Tn Hj Ishak Omar, Pengarah JPrD Kota
serta muslimat Rembau menyampaikan sumbangan kepada satu keluarga di
Kg Baru Penajis yang memerlukan bantuan perubatan pada 26 April 2015.
"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20150426
Sumbangan mesin jahit diperlukan untuk membantu keluarga yang memerlukan
Saya mendapat maklumat sebuah keluarga
yang sebelum ini menyara hidup melalui upah menjahit kini tidak lagi
dapat berbuat demikian kerana mesin jahitnya telah rosak.
Ini dibebankan lagi apabila salah
seorang ahli keluarganya sakit yang kerap memerlukan rawatan.
Mereka yang ingin menyumbang mesin
jahit terpakai yang sesuai digunakan untuk ambil upah menjahit sila
hubungi saya 0122267406 , Rozmal
PELUANG MENYUMBANG PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ DI REMBAU
Alhamdulillah, pembinaan Sekolah Tahfiz
Al Gontory di Chengkau, Rembau kini hampir 90 peratus siap.
Terima kasih kepada para penyumbang
yang telah membantu.
Namun sumbangan masih diperlukan untuk
menyiapkan sekolah tahfiz ini.
Mereka yang ingin menghulurkan
sumbangan sila hubungi Ustaz Septiyan 0132646001 e-mel
tahfizarabicalgontory@gmail.com
atau dapatkan maklumat lanjut di http://tahfizalgontory.blogspot.com
atau salurkan ke akaun Maybank, TARB
GONTORY RESOURCES
562843505815
Jom sertai Program Dapur Rakyat
RM30 besar ertinya utk keluarga miskin.
Jom sertai Program Dapur Rakyat. Tel Hakki 0133840022 atau Bank Islam
DPPKR 05012010065457
20150424
Sumbangan generator untuk keluarga tak mampu bayar tunggakan elektrik
Ada satu keluarga di Seremban yang telah dipotong bekalan
elektrik kerana tak mampu menjelaskan tunggakan elektrik yang berbelas bulan
mencecah RM1,000. Kalau nak sambung semula memerlukan sekitar RM1,400 untuk kos
penyambungan semula.
Memandangkan kos begitu tinggi pilihan yang lebih kos
efektif selain menggunakan lilin ialah menggunakan generator.
Oleh itu sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menyumbang
generator terpakai atau hendak menjual generator kecil (pasar malam) terpakai
pada kos yang berpatutan sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)
20150423
Operasi saman pelajar menunggang tanpa lesen dan topi keledar
Dikhabarkan operasi menyaman pelajar yang menunggang
motosikal tanpa lesen dan topi keledar telah dilakukan hari ini di Port
Dickson. Ramai yang kena saman katanya.
Kemungkinan operasi ini akan diadakan seluruh N.Sembilan dan
seluruh negara.
Peringatan sudah diberikan.
Patuhilah undang-undang jalanraya walaupun di kawasan
kampung dan taman perumahan.
Adakah terdapat sekolah di Negeri Sembilan ini yang menggunakan kabin
Adakah terdapat sekolah di Negeri Sembilan ini yang
menggunakan kabin sebagai bilik darjah kerana tidak cukup tempat untuk
menampung pertambahan pelajar?
20150422
Tak mampu bayar tunggakan bil elektrik, guna lilin
Nampaknya semakin banyak keluarga yang dipotong bekalan
elektrik kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik. Kalau sikit
bolehlah bantu, kalau satu kes bolehlah bantu. Ini dah semakin banyak, mencecah
RM800, RM1000, RM1300, RM1500.
Hari ini ada satu lagi kes. Mereka kini menggunakan lilin,
di tengah kesibukan kota.
Pilihan yang ada ialah samada mereka terus menggunakan
lilin, menumpang rumah saudara mara berhampiran atau balik kampung.
Setidak-tidaknya nasib mereka yang dipotong bekalan elektrik
ini adalah jauh lebih baik dari nasib saudara kita yang menjadi pelarian di
Syria dan negara bergolak lain. Dan juga mungkin lebih baik dari mangsa banjir
di Kelantan yang masih tinggal dalam khemah.
Keputusan UPIM sudah keluar untuk lepasan SPM 2014
Keputusan UPIM sudah keluar untuk lepasan SPM 2014. Sila
semak di http://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/
Tahniah kepada yang berjaya.
20150420
Golongan Susah Tertindas
Baru saya tahu rupa-rupanya ramai yang terpaksa dan tiada
pilihan untuk bawa motosikal atau kereta tanpa cukai jalan dan insuran
semata-mata untuk mencari rezeki kerana tidak mampu untuk memperbaharui cukai
jalan dan insuran.
Golongan Susah Tertindas
Langgan:
Catatan (Atom)







