KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081230

Teks Khutbah Kewajipan Bantu Palestin

Berikut ialah teks khutbah terkini yang disediakan oleh panel perunding Aman Palestin Malaysia untuk diedarkan kepada khatib-khatib sebagai pilihan sekiranya tidak terdapat teks khutbah khusus membicarakan kepentingan dan kewajipan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia membantu umat Islam di Palestin. Tolong cetak dan berikan kepada semua khatib-khatib di kariah kita.

Sila klik pautan berikut http://rozmal.blogspot.com/2008/12/teks-khutbah-kewajipan-bantu-palestin.html

Teks Khutbah Jumaat Bantu Palestin

Adalah diharapkan JAKIM dan Majlis Agama Islam semua negeri di Malaysia ini dapat menyediakan teks khutbah Jumaat pada 2 Januari 2009 ini agar semua masjid membaca teks khutbah khusus untuk membangkitkan kesedaran kepada semua umat Islam di Malaysia ini bahawa membantu rakyat Palestin adalah merupakan satu kewajipan.

Berikut adalah teks khutbah yang disediakan oleh Dr Zainurrashid Zainuddin , Perunding AMAN Palestin pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2008/05/teks-khutbah-sempena-palestin-dijajah.html

Juga disarankan setiap umat Islam mengadakan solat hajat samada secara individu ataupun berjemaah untuk memohon kepada ALLAH swt membantu umat Islam di Palestin yang sedang dizalimi.

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)

20081229

Fardu Ain bantu Palestin, Indonesia beri 2 billion

Pemerintah RI, dalam hal ini Menteri Kesehatan (Menkes) segera akan mengirimkan bantuan obat-obatan senilai lebih Rp2 miliar atau 200 ribu dolar AS, dan tentu saja akan berkoordinasi dengan Departemen Luar Negeri (Deplu).

Di Indonesia sendiri, kecaman terus disampaikan, baik oleh pemerintah, parlemen maupun berbagai organisasi.

"Tak cuma hentikan serangan tapi harus ada keputusan untuk memberikan sanksi tegas terhadap Israel," katanya.

SYEIKH AZHAR DAN MUFTI MESIR SERUKAN NEGARA ISLAM MENGERAHKAN KEMAMPUAN " UNTUK MEMBANTU GAZA.
FARDHU 'AIN, HUKUMNYA

Hidayatullah.com--Grand Syeikh Al-Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi menyerukan negara-negara Islam untuk "mengerahkan segenap kemampuan mereka" untuk membantu Gaza yang tengah digempur secara brutal oleh Israel.

"Ini adalah fardhu ‘ain bagi setiap umat Islam, baik pemimpin maupun rakyat biasa. Tidak hanya diam di hadapan bala dan musibah besar ini."

Sementara itu, Mufti wilayah Sidon (Shayda), Lebanon, Syeikh Salim Susan as-Shaydawi, menyerukan masyakarat Lebanon untuk menginfakkan sebagian harta mereka sebagai bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Gaza.

Sumber : http://www.hidayatullah.com 2Milliar FarduAin

20081228

Kalau camni , malu jadi rakyat Malaysia


Ahad 28 Disember 2008 saya mengeluarkan duit dari ATM di CIMB Senawang di Taman Sri Mawar. Malunya saya apabila mendapati lantai di mesin-mesin ATM penuh dengan resit-resit ATM.

Sebelum ini telah banyak kali saya tulis mengenai sikap rakyat Malaysia yang pengotor dan yang tidak ada kesedaran sivik di SINI

Agaknya kita ni terlampau ramai bercita-cita jadi angkasawan hinggakan tidak kisah pada sampah di bumi.

Tidak hairanlah negara sekarang dilanda pelbagai bala dan wabak penyakit seperti demam Denggi , demam Chikungunya , demam Malaria , Taun , Keracunan Makanan akibat dari sikap kita yang tidak pentingkan kebersihan.

Jangan peluk tubuh, kita boleh bantu rakyat Palestin

Rejim zionis semakin mengganas , rakyat Palestin dibunuh secara massa tanpa belas kasihan. Jangan banyak tanya dibenak fikiran kita kenapa negara Islam tidak membantu, kenapa pemimpin negara Islam tidak tegas. Tanya diri kita apa yang boleh kita bantu.

Antaranya ialah :
1. Mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan kepada umat Islam di Palestin dan di seluruh pelusuk dunia yang ditindas.
2. Menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui NGO-NGO antaranya AMAN Palestin http://www.amanpalestin.org
3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong rejim zionis seperti yang disarankan oleh laman web ini http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php
4. Menyebarkan e-mel dan maklumat ini kepada semua umat Islam

Daftar jadi pengundi di Giant , Senawang

Kini anda boleh mendaftar menjadi pengundi atau pemilih untuk pilihanraya di Hypermarket Giant , Senawang. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kini membuka kaunter setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Kaunter SPR di Giant Senawang terletak antara kaunter POS Malaysia dan Pizza Hut. Juga disediakan perkhidmatan menukar alamat tempat mengundi.

Untuk maklumat lanjut hubungi :
Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan
Tingkat 6 , Wisma Persekutuan
70000 Seremban
Tel : 06-7639975 , Faks : 06-7632029
www.spr.gov.my

20081227

Kuliah Us Arshad 2 Jan Senawang

Kuliah Feqah
Oleh : Ustaz Dato Hj Arshad , Imam Masjid Bandar Baru Senawang
Jumaat 2 Januari 2009
Di Surau Taman Alamanda
Semua Dijemput Hadir

20081224

Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan

Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.

Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style.

Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.

Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar.

Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.

Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.

Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.

Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.

*******************************
Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
Utusan Malaysia 24 Dis 08
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu.

Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.

Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.

Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan.

"Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

400000 dijangka hilang kerja di Malaysia

400,000 dijangka akan hilang pekerjaan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bukan saya kata tapi menurut Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF). Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Bantulah mereka yang memerlukan terutama ahli keluarga , sanak saudara , jiran tetangga dan rakan seperjuangan. Untuk maklumat kerja kosong di N.Sembilan sila ke http://jobns.blogspot.com

Untuk maklumat usahawan N.Sembilan sila ke http://usahawann9.blogspot.com . Kepada mereka yang ingin mengiklankan secara percuma dalam http://jobns.blogspot.com atau http://usahawann9.blogspot.com boleh hubungi saya rozmal@yahoo.com atau ke laman blog saya http://waghih.blogspot.com . Iklan skim cepat kaya , pelaburan dan perniagaan meragukan tidak akan dilayan.

********************************
Keusahawanan jalan atasi pengangguran
Utusan Malaysia 24 Dis 08
UTUSAN Malaysia semalam memilih laporan bertajuk 4,749 bakal diberhenti sebagai tajuk utama di muka depan akhbar. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Sikap bergantung kepada pekerjaan dan kurang minat kepada bidang keusahawanan sebenarnya menjerumuskan seseorang di dalam situasi yang tidak menentu seperti ini.

Sebenarnya sekiranya seseorang itu melibatkan diri dengan keusahawanan, mereka bukan sahaja dapat mewujudkan pekerjaan untuk diri sendiri malah dapat memberi pekerjaan kepada orang lain yang bekerja dengan mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

Rawatan bekam di rumah anda

Sekiranya anda tinggal sekitar Senawang atau Seremban dan memerlukan rawatan bekam di rumah anda sila hubungi :

Mohamad Husaini Husin
013-3598318 , 06-6770690
No 53 , Jln PS5/13 , Taman Pinggiran Senawang

Untuk maklumat lanjut khasiat rawatan bekam sila ke pautan berikut : BEKAM


20081223

Indeks jenayah dijangka naik

Sesuatu untuk difikirkan bersama. Hiduplah bermasyarakat , elakkan gaya hidup individualistik

Utusan Malaysia 23 Dis 08

KOTA KINABALU 22 Dis. - Kadar indeks jenayah di negara ini dijangka meningkat pada tahun depan berikutan ramai yang hilang pekerjaan akibat kesan krisis ekonomi dunia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kebiasaannya kesan krisis ekonomi akan mendorong berlaku kegiatan jenayah disebabkan bilangan mereka yang tiada sumber pendapatan tetap telah bertambah.

Berita lanjut di UTUSAN

20081222

Kena turun padang selamatkan Mat Rempit

Jangan bergantung semata-mata pada ceramah , forum , bengkel , seminar , muktamar , perhimpunan agung , konvensyen untuk menyelamatkan generasi kini terutamanya orang Melayu dari gejala mat rempit , pengkid , bohsia , bohjan , peminum arak , tahi judi dan sebagainya. Perlu turun padang jumpa semua mereka ini dengan penuh kasih sayang untuk menyelamatkan mereka dari kesengsaraan dunia dan azab akhirat.

Justeru itu setiap daerah , setiap DUN , setiap kawasan Parlimen , setiap kariah masjid , setiap komuniti perlu ada sukarelawan yang melakukan kerja seperti ini. Kalau hendak tahu lebih lanjut cara hendak menyelamatkan remaja dan orang tua yang bermasalah di kawasan kita belajarlah dari sebuah sukarelawan LANDAS.

Maklumat lanjut di Laman web LANDAS http://urusetialandas.blogspot.com

20081221

Hadapi Gawat Ekonomi dengan Berbelanja bukan Menabung

Ketika negara diambang kegawatan ekonomi atau mungkin tempias kegawatan ekonomi dunia adakah kita harus berbelanja atau menabung ? Jawapannya ialah kepada mereka yang berkemampuan haruslah berbelanja , bukannya menabung. Ini adalah teori ekonomi yang mudah yang diajar oleh Rasulullah saw.

Cuba lihat berapa harta dan wang simpanan yang ada pada Rasulullah yang ditinggalkan untuk anak cucu baginda apabila baginda wafat ? Hampir tiada , kecuali Al Quran dan As Sunnah. Apa sahaja harta yang diperolehi oleh baginda , dihadiahkan kepada baginda , diamanahkan kepada baginda , baginda akan belanjakan dengan cara berhemah kesemuanya.

Begitu juga kita sekarang ini. Kita harus berbelanja dan hanya menabung sekadar yang perlu. Kepada mereka yang mempunyai tabungan yang lebih atau berkemampuan haruslah menggerakkan ekonomi setempat dengan cara berhemah.

Sekiranya di tempat kita tiada kelas Al Quran dan Fardu Ain untuk kanak-kanak maka kita belanjakanlah duit kita untuk membina bangunan tambahan di surau. Kontraktor yang membina bangunan tambahan akan mendapat rezeki tambahan. Guru-guru KAFA atau SARA yang mengajar pun akan mendapat elaun dari Jabatan Agama. Kanak-kanak di taman perumahan kita akan mendapat didikan agama yang sempurna. Apabila kanak-kanak berkumpul maka para peniaga goreng pisang dan peniaga keropok lekor pun akan mula tumbuh.

Yang pentingnya tabungan dunia tadi akan berubah ke tabungan akhirat.

Ini adalah contoh mudah menghadapi kegawatan ekonomi yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430 HIJRAH

Banyakkan cermin diri serta beristighfar
Kurangkan bercakap dan mengkritik
Banyakkan bekerja , berfikir dan memberi sumbangan

InsyaALLAH akan selamat , aman dan makmur Malaysia yang tercinta

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah pada pautan berikut http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html

20081219

Mewarna rambut boleh menyebabkan kanser

Menjadi fesyen masa kini muda mudi , tua muda , lelaki dan wanita dari pelbagai kaum di Malaysia ini mewarna atau mencelup rambut mereka dengan pelbagai warna perang , merah , biru walaupun rambut mereka tidak beruban. Adakah penggunaan pewarna rambut boleh menyebabkan penyakit barah atau kanser ?

Menurut Dr John Bailey seorang ahli kimia dari Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat ( FDA – Food and Drug Administration ) menyatakan apabila seseorang itu jarang menggunakan pewarna rambut seumur hidupnya maka akan lebih kuranglah pendedahan seseorang itu kepada bahan pewarna yang boleh menyebabkan barah atau kanser ?

Kepada mereka yang mewarnakan rambut fikir-fikirlah dulu.

Sebenarnya rambut dan kulit orang Asia terutamanya kulit orang Melayu ini dicemburui oleh mereka dari negara barat yang berkulit putih dan berambut perang.

Kalau mereka dari negara barat mencemburui rambut kita yang hitam ikal mayang , kulit sawo matang lembut dan licin kenapa pula kita harus berbangga untuk meniru rambut mereka yang perang , merah , kelabu dan sebagainya ?

ALLAH dah jadikan rambut kita , kulit kita cantik , adakah kita masih tidak berpuas hati ? Sedangkan ramai bangsa lain yang inginkan rambut dan kulit macam kita ?

Hendak ALLAH tarik balik nikmat rambut hitam dan kulit sawo matang dari orang Melayu ?

Rujukan : http://www.fda.gov/bbs/topics/CONSUMER/CON00205.html

20081217

Bagaimana nak sayangi Mat Rempit dan Bohsia

Adakah Mat Rempit dan Bohsia mesti dibenci atau disayangi ? Bagaimana untuk menyayangi Mat Rempit dan Bohsia agar kita dapat membimbing mereka ke jalan yang sejahtera dan aman ? Untuk mengetahuinya perlu ada ilmu.

PROGRAM LANDAS DI NEGERI SEMBILAN
Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS)
Pada: 20 - 21 Dis 2008 ( Sabtu – Ahad )
Tempat : Dewan Sek Agama Rakyat (SAR), Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Pendaftaran pada 20/12/08 Jam: 9 pg - 9.30 pg
Program berakhir pada 21/12/08 Jam: 5.00 ptg

Maklumat lanjut hubungi:
Atriza 0136485597 , Suhairi 0192998345 , Shamsul 0196532973

Laman web LANDAS http://urusetialandas.blogspot.com

ATURCARA
Pendaftaran
Ta'aruf
Latihan secara teori dlm bengkel
Bina komitmen dan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi
Lapangan mendekati remaja & belia bermasalah
Buat profail dan pemetaan kawasan
Masalah dan latihan praktikal di lokasi terpilih
Merancang Geraktindak belia/remaja dlm masyarakat
Mengenali isu-isu masyarakat & persfektif keperluan terlibat
Kemahiran berdakwah secara praktikal di lapangan dan turun ke kawasan terlibat

Skim Latihan Pekerja Yang Diberhentikan

Kepada mereka yang diberhentikan kerja atau mengenali sesiapa yang diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi boleh menyertai Skim Latihan Pekerja Yang Diberhentikan anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Skim latihan ini adalah percuma dengan beberapa syarat antaranya majikan mestilah berdaftar dengan PSMB dan pekerja diberhentikan bukan sebab disiplin dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut skim ini hubungi
WISMA PSMB
Jalan Beringin, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 2096 4800 Fak : 03 - 2096 4999
Laman web http://www.hrdnet.com.my

Menurut maklumat di laman web PSMB terdapat 2 Penyedia Latihan di N.Sembilan iaitu:

Itjaya Training Centre Sdn. Bhd
599b - 600 A/B, 1st Floor
Jalan Haruan 4/8
Oakland Commercial Centre
06-633 3933
06-633 3122
Program Ditawarkan :
Certificate In Computing Applications
Advance Certificate In Business English And Communication


Max-Human Capital Sdn Bhd
Lot 3983/7 & 3983/8
Jalan Haruan 1
Oakland Industrial Park
019-2309730
06-6334812
Program Ditawarkan :
Certificate In Entrepreneurship
Certificate In Business It
Sijil Dalam Asas Keusahawanan (Pengurusan Restoran Dan Kedai Makanan)

Program Sangkutan Dan Latihan Dikalangan Siswazah Menganggur Dan Program Khas Peningkatan Latihan Kemahiran Pekerja Diberhentikan
http://www.epu.jpm.my/Bi/prog_khas_siswazah/skim_programakhbar1.html

Boleh buat sendiri alat jimat minyak





Baru-baru ini saya jumpa biras saya. Dia guna kereta Iswara Otomatik. Sebelum ni banyak guna minyak. Beberapa bulan sudah dia pasang alat jimat minyak yang dipasang oleh sebuah bengkel kereta di Pulau Kambing , Kuala Terengganu. Harga kit dan kos pemasangan hanya RM80. Sejak dia pasang katanya memang banyak jimat minyak sekitar 40% dan kereta pun lebih berkuasa.

Alatnya mudah sahaja , boleh didapati di kedai alat ganti atau kedai hardware. Hos getah kecil, valve besi , pengunci plastik dan bekas air plastik.

Mereka yang ada kemahiran asas baiki kereta mungkin boleh mencubanya.

Juga boleh juga cuba alat jimat minyak Sham Hidro dari Seremban http://fuelsaver-on9.blogspot.com/

20081215

Hidupkan Surau kalau nak kurangkan kadar jenayah

Baru-baru ini saya bersama beberapa wakil penduduk taman-taman perumahan sekitar Senawang telah berkesempatan menghadiri satu taklimat pencegahan jenayah di Balai Polis Senawang. Kerjasama antara orang ramai dan polis adalah amat penting dalam usaha mencegah jenayah di persekitaran kita tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Usaha pencegahan jenayah ini disulitkan lagi dengan kekurangan anggota polis , jawatan kosong yang belum diisi serta nisbah polis kepada penduduk yang agak tinggi.

Justeru itu semua pihak harus memahami bahawa usaha pencegahan jenayah ini tidak akan berjaya tanpa persefahaman dan kerjasama erat antara polis dan orang awam.

Apa yang menarik perhatian ialah kenyataan Ketua Balai Polis Senawang yang mengatakan dia datang dari sebuah kampung di Selangor. Di kampungnya tiada sebarang kes jenayah. Ini adalah kerana semua penduduk di kampung tersebut menjadikan surau sebagai pusat komuniti mereka dan mereka kenal antara satu sama lain di setiap kampung.

Bagaimana dengan kita , adakah kita kenal jiran-jiran kita , kita kenal anak-anak jiran kita , kita menjadikan surau atau masjid sebagai pusat komuniti ?

Banyak maklumat mengenai kejadian jenayah setempat akan diperolehi jika kita mempunyai hubungan yang erat antara polis dan orang awam , hubungan yang erat antara penduduk dan jawatankuasa penduduk.

Kejadian jenayah kecurian motosikal akan bertambah menjelang Sambutan Kemerdekaan , Sambutan Krismas dan Sambutan Tahun Baru. Kerana motosikal yang dicuri ini akan digunakan untuk tujuan lumba haram.

Antara kecuaian di pihak orang awam dalam usaha pencegahan jenayah ialah :
1. Tidak membuat laporan polis kejadian jenayah yang dianggap kecil seperti kecurian tong gas , pecah rumah tanpa barang berharga hilang dan sebagainya.
2. Tidak mencatat nombor plet kenderaan serta butiran lain mereka yang diragui masuk ke kawasan taman perumahan dan tidak menghubungi polis apabila nampak mereka yang mencurigakan.
3. Membiarkan anak-anak membawa kenderaan tanpa lesen
4. Tidak menghubungi terus balai polis terdekat dengan tidak menggunakan talian 999. Talian 999 akan mengambil masa lebih lama untuk tindakan polis.
5. Tidak mengenali Pengerusi Rukun Tetangga , Pengerusi Taman , Pengerusi Persatuan Penduduk untuk sebarang masalah berkaitan jenayah untuk mendapatkan kerjasama polis.
6. Tidak memasang kunci tambahan pada kenderaan dan rumah.
7. Membiarkan kunci tinggal di kenderaan apabila membuka pagar rumah , pintu rumah atau ke kedai.

20081214

Melayu tak ada harga satu sen pun

Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga satu sen pun , kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita semua di dunia ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah mana-mana orang dan bangsa pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu Nabi Adam as.

Datuk orang Melayu adalah Adam , datuk orang Cina adalah Adam , datuk orang India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang Inggeris adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu.

Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi , malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan kata oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga , kalau kita bangsa Cina kita masuk neraka.

Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan kasih sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan seseorang itu hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun mestilah kerana ALLAH.

Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar , kita kesian , kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi walaupun dia bangsa Melayu , bangsa Cina , bangsa India , pendatang tanpa izin sekali pun , lalu kita pun tolonglah menyelamatkan dia , tolong selamatkan anak-anak dia , tolong semalatkan harta benda dia , tolong panggilkan bomba.

Di akhirat nanti pun begitu juga , mereka yang melanggar perintah ALLAH akan menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu selamatkan mereka , kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita , akan pemerintah alam ini.

Marilah kita banyak menyebarkan kasih sayang sesama kita hanya kerana ALLAH agar negara ini selamat , aman dan makmur.

20081212

Tawaran Letak Nama Sendiri Telaga di Kemboja

Dalam perjalanan pulang dari Terengganu pada hari Rabu 10 Oktober 2008 sekitar jam 5-6 petang saya mendengar siaran radio IKIM mengenai Program Korban dan Menaja Guru Al Quran di Kemboja yang dikendalikan oleh Darul Fuqaha dengan kerjasama IKIM.

Banyak persamaan dari segi budaya , bahasa dan agama antara orang Melayu di Malaysia dan orang Kemboja berketurunan Melayu Campa di Kemboja. Kehidupan umat Islam di Kemboja adalah serba kekurangan.

Guru-guru Al Quran juga serba kekurangan. Mereka ini mengajar secara sukarela tanpa upah dalam pada masa yang sama mereka terpaksa bekerja mencari nafkah. Justeru itu jadual mengajar Al Quran mereka tidak tetap.

Anak-anak Melayu Campa ada yang belajar Al Quran di dalam kandang lembu kerana tiada tempat lain.

Antara salah satu inisiatif Darul Fuqaha ialah untuk menaja guru Al Quran dengan diberi elaun tetap sebulan RM 70. Komen ustaz dalam radio IKIM pada kita RM 70 tu habis untuk bayar bil telefon saha. Tapi di Kemboja RM 70 cukup untuk belanja keluarga sebulan.

Kepada mereka yang ingin tahu kesusahan umat Islam di Kemboja, ingin menaja guru Al Quran atau menaja perigi kerana masjid dan rumah di sana tiada kemudahan air paip dan perigi (RM400) bolehlah jenguk-jenguk laman web Darul Fuqaha http://www.darulfuqaha.com atau http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=1

Bolehlah letak nama perigi itu nama sendiri kalau nak wakaf dengan nama Telaga Jamaluddin , Telaga Halimah , Telaga Abdullah , Telaga Najib , Telaga Anwar , Telaga Abdul Hadi , Telaga Kauthar dan sebagainya. Agar pahala mereka yang mengambil wudhu, minum air akan dapat pada mereka yang menajanya hinggalah mereka mati , selagi telaga itu wujud hingga ke hari kiamat.

Perisian Perakaunan Mudah Mesra Pelanggan

Zain almuhaasib Enterprise adalah pengedar perisian perakaunan Mysoft Corporation Sdn Bhd yakni perisian MR ACCOUNTING XP, MR ACCOUNTING SENIOR & ERP. sebarang pertanyaan sila email zainalmuhaasib@yahoo.com Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya atau call HP: 016-2706812 (Zainal)
Laman web http://www.almuhaasib.com/

Kursus Pendawaian dan Hawa Dingin Percuma di N.Sembilan

Kursus 1 - Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan – 3 bulan
Kursus 2 - Penghawa Dingin & Ventilasi Mekanikal – 4 bulan

Hubungi Sdr Nazri Esa 012-6775537 / 013-3098875 ( Pendaftar Kursus , Senawang )

KEISTIMEWAAN
1. Kursus adalah percuma tajaan CIDB
2. Diiktiraf oleh CIDB dan Suruhanjaya Tenaga
3. Asrama disediakan
4. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tahap PW1 ke PW4 dan Chargeman
5. Kandungan kursus 80% secara praktikal
6. Tawaran kad hijau serta perlindungan insuran 24 jam , t-shirt dan topi keselamatan adalah percuma
7. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti
8. Peluang pekerjaan dalam pebagai bidang industri
9. Peralatan amali dan peralatan pembelajaran ditaja oleh CIDB

Terbuka kepada semua lepasan SPM berumur 35 tahun ke bawah
Tempat terhad untuk setiap sessi
Yuran pendaftaran hanya RM 82

Tawaran Kursus Secara Percuma program tajaan CIDB (Construction Industry Development Board - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan www.cidb.gov.my )

SESSI PENGAJIAN

Kursus 1 - Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan – 3 bulan
TEMPOH PENGAJIAN PENDAFTARAN
Jan – Mac Dis
Apr – Jun Mac
Jul – Sep Jun
Okt – Dis Sep


Kursus 2 - Penghawa Dingin & Ventilasi Mekanikal – 4 bulan
TEMPOH PENGAJIAN PENDAFTARAN
Jan – Apr Dis
Mei – Ogo Apr
Sep – Dis Ogo

20081211

Tanah runtuh, banjir, kenapa tak rujuk ulamak ?

Rakan sekerja saya sering menghadiri kuliah mingguan ulamak terkenal Negeri Sembilan yang mendapat pengiktirafan kerajaan negeri. Kami panggil ulamak tersebut Dato. Dato sering berpesan kepada anak muridnya supaya banyakkan berzikir , jaga solat , baca Al Quran dan sebagainya.

Sebelum kejadian banjir besar yang melanda Johor dan Pahang beberapa tahun sudah , beberapa ulamak Negeri Sembilan termasuk Dato telah dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk akan melanda negara. Lalu diajarkan anak-anak muridnya amalan tertentu , ayat Al Quran, zikir agar ALLAH swt melindungi negara ini, tidak menambah burukkan lagi banjir tersebut yang hampir mengkaramkan beberapa kawasan.

Pada tahun ini Dato serta alim ulama di N.Sembilan sekali lagi merasakan sesuatu yang buruk juga akan melanda negara. Lalu diajarkannya anak-anak muridnya mengamalkan zikir , bacaan ayat Al Quran , solat tertentu.

Segala apa yang berlaku, baik bala, musibah, mala petaka, ianya sudah tersurat dan merupakan ketentuan Ilahi. Semuanya ada didalam Al Quran, termasuk kajian saintifik mahupun fenomena alam semulajadi.

Ayat Al Quran ada menyatakan bahawa tangan manusialah yang melakukan kerosakan di muka bumi. Ayat Al Quran juga ada menyatakan gunung ganang dan bukit bukau adalah merupakan pasak kepada bumi.

Kalau dulu orang nak buat rumah mereka bukan sahaja rujuk pada arkitek, jurutera, malah mereka akan rujuk juga pada alim ulamak samada pembangunan sesuai dilakukan di kawasan tertentu. Tetapi sekarang pandangan alim ulamak dipandang sepi, kerana kita berfikiran alim ulamak ini tak tahu apa-apa pasal geologi.

Bala, musibah, tanah runtuh, banjir adalah peringatan untuk kita semua, walaupun kita tidak terkena musibah tersebut. Peringatan kepada kita semua agar kita memerhatikan keadaan sekeliling kita, adakah kita peka dengan persekitaran dan kejiranan kita. Adakah kita mengamalkan sikap tegur menegur , atau berpeluk tubuh, atau tunggu dan lihat, atau tuding menuding jari.

20081207

Bagaimana nak majukan Arked MARA, Bazaar MAINS


Fenomena premis perniagaan yang dimajukan oleh MARA , MAINS , UDA , PBT dan lain-lain agensi kerajaan kurang mendapat sambutan disebabkan oleh beberapa faktor. Namun ianya sepatutnya tidak menjadi alasan untuk membiarkan ianya terus tidak dmajukan atau dipromosikan. Yang rugi ialah rata-ratanya peniaga kecil dan juga pembayar cukai yang menampung projek membina premis perniagaan berkenaan.

Salah satu cara untuk memajukan sesuatu premis perniagaan ialah dengan menempatkan pejabat atau kaunter agensi kerajaan atau swasta di tingkat atas sesuatu premis. Pada 6 Disember 2008 saya lalu dihadapan pekan Marang , Terengganu. Ternampak bangunan Arked MARA. Menariknya Arked MARA di Marang ini boleh dikatakan semuanya berpenghuni. Tingkat atas bangunan Arked MARA ini diletakkan pejabat agensi kerajaan dan swasta antaranya pejabat Jabatan Pendaftaran Negara , Tabung Haji , Pejabat Belia dan Sukan , Pejabat MARA dan lain-lain lagi. Dibawahnya pula ialah kedai-kedai pelbagai perkhidmatan.

Di Seremban antara permis perniagaan yang didapati kurang pengunjung walaupun berada di tengah bandar serta tepi jalan utama ialah Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam N.Sembilan) , Seremban Plaza (MARA) dan Plaza Ampangan (UDA).

Semoga semua pihak bersama membantu untuk kebaikan kita bersama.

20081205

Restoran untuk dijual di tengah bandar Seremban

Tawaran istimewa. Perniagaan Restoran untuk dijual di tengah bandar Seremban.
Peralatan restoran lengkap , seperti serving dish , dapur , hood , freezer ,chiler , sink , pemanas air dan sebagainya.

Restoran juga terjaga bersih.Harga boleh dirunding.

Jika Berminat ,sila hubungi 016-3143131 / 013-6367565

Lokasi : No 1 , Bangunan Bazaar MAINS

Terima kasih Menteri Besar N.Sembilan

Terimakasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana prihatin dengan nasib para peniaga di Bazaar MAINS Seremban. Semoga YAB Dato Seri mendapat haji yang mabrur. Semua cadangan yang diberikan sebelum ini bukanlah milik sesiapa , bukan milik saya , bukan milik peniaga Bazaar MAINS , bukan milik Sdr Zulkefly Mohamad Omar , jika cadangan itu baik ianya datang dan diilhamkan dari ALLAH swt.

Sepakat Membawa Berkat !

Layari Blog Bazaar MAINS http://bazaarmains.blogspot.com

( Rujukan sebelum ini : Faktor Bazaar MAINS kurang pengunjung http://waghih.blogspot.com/2008/10/faktor-bazaar-mains-kurang-pengunjung.html )

Kepada semua muslimin dan muslimat , Selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha. Semoga ALLAH mencurahkan perasaan kasih sayang di kalangan umat Islam di Malaysia ini , khususnya di Negeri Sembilan

**********************

Promosi Bazar MAINS

Utusan Malaysia 5 Dis 08. SEREMBAN 4 Dis. - Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai langkah untuk menarik perhatian orang ramai berkunjung ke Kompleks Bazar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) di sini yang dikatakan semakin sepi.

Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan berkata, antara usaha yang sudah dijalankan adalah memindahkan Pasar Malam MPS dari Jalan Lee Sam ke Jalan Datuk Abdul Rahman berhadapan bazar tersebut.

"Selain itu kita juga meneruskan usaha promosi bazar tersebut melalui pelbagai program dan aktiviti termasuk melengkapkan ia dengan kemudahan Internet WiFi bagi menarik perhatian lebih ramai pengunjung," katanya, di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, usaha lain yang bakal dilaksanakan adalah mewujudkan laman web bazaar, memasang papan tanda arah di mengadakan iklan di akhbar serta majalah.

Dalam usaha membantu pihak MAINS selaku pihak pengurusan yang menanggung kerugian, kata beliau, pihaknya akan melaksanakan pelbagai pembaharuan termasuk memohon pengecualian cukai pintu dan tanah daripada pihak berkuasa tempatan.

"Sehingga kini MAINS mengalami kerugian kerana kadar sewa yang rendah kerana pemberian 50 peratus subsidi peniaga di samping terpaksa menanggung kos penyenggaraan sepenuhnya.

"Usaha lain yang bakal diadakan untuk mengatasi kerugian tersebut adalah mewujudkan ruang niaga dan tapak gerai untuk menjana tambahan pendapatan bagi mengurangkan kerugian," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Apabila poster Rokok Haram tampal di surau

Surau Taman Alamanda , Senawang terletak di tepi jalan berhampiran padang bola. Taman Alamanda pula adalah merupakan laluan utama antara Taman Desa Dahlia, Taman Satria dan Taman Desa Melor. Lalu Surau Alamanda sering dijadikan tempat persinggahan mereka yang ke tandas , berehat , mandi lepas main di padang.

Boleh dikatakan orang Melayu Islam yang menggunakan surau sekadar untuk menggunakan tandas , menukar lampin bayi , berehat , tidur , mandi , basuh kaki , basuh tangan bahkan basuh basikal oleh kanak-kanak keempat-empat taman tadi , lebih ramai daripada mereka yang datang semata-mata untuk solat jemaah.

Lebih buruk lagi ruang solat bahagian wanita digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk tidur , berehat dan MENGHISAP ROKOK apabila tiada jemaah di surau.

Ini terbukti setiap kali datang ke surau ini ada bau rokok , ada saja abuk dan puntung rokok. Bahkan gelas yang digunakan untuk diberi penceramah minum digunakan sebagai tempat abuk rokok.

Puas sudah dinasihat, puas sudah letak poster jaga kebersihan dan sebagainya.

Namun yang masih KURANG AJAR yang tak HORMAT surau ialah orang MELAYU yang beragama Islam. Yang menghina tempat suci Islam ialah orang Melayu sendiri. Tak pernah saya nampak orang Cina , orang India datang ke surau ini untuk melepak.

Macamana kita nak penganut agama lain hormat Islam kalau orang Melayu yang beragama Islam sendiri yang kurang ajar ? Macamana kita hendak menyeru umat Islam menegakkan Islam kalau mereka yang perjuangkan Islam menghisap rokok ?

Setelah puas berikhtiar akhirnya gunakanlah cara terakhir dengan menampal POSTER yang dibuat sendiri yang bertulis MEROKOK ADALAH HARAM dan disertakan Fatwa-Fatwa Majlis Agama Islam Negeri. ( Rujukan : http://pasns.blogspot.com/2008/11/yoga-dan-merokok-dua-dua-haram.html ). Poster-poster ini ditampal dibanyak bahagian di surau.

Alhamdulillah selepas 1-2 minggu , tiada lagi nampak abuk rokok , puntung rokok di dalam surau dan persekitaran. Tiada lagi bau rokok apabila masuk surau.

Nampaknya inilah satu-satunya cara untuk mengelakkan generasi muda , kanak-kanak sekolah , remaja perempuan untuk menjauhkan diri dari najis rokok.

Kepada mereka yang sudah ketagih rokok , usahakanlah cara untuk berhenti merokok, DEMI anak-anak kita sendiri. Nak tak kita tengok semua anak-anak kita yang sekolah rendah termasuk yang perempuan sudah mula berjinak-jinak dengan rokok ?

Kepada mereka yang sukar untuk berhenti rokok , elakkanlah merokok di hadapan remaja dan kanak-kanak.

Ayah saya sendiri merupakan perokok tegar walaupun pelbagai cara dilakukan untuk berhenti merokok. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha , ALLAH yang menentukan segala-galanya.

20081204

Iran akan hantar haiwan ke angkasa lepas

Tidak lama lagi Iran akan menghantar haiwan ke angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan sains menggunakan roket yang dibangunkan oleh mereka sendiri. Iran seterusnya merancang untuk menghantar angkasawan mereka menggunakan roket mereka sendiri. Bila agaknya Malaysia akan membangunkan roket dan kapal angkasa sendiri ?

Layari Laman Web Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia http://ikam-space.blogspot.com dan Kelab Angkasa Malaysia http://amal-ns.blogspot.com

**************************
Iran to Send Animals into Space

TEHRAN (FNA)- Iran's Aerospace Research Institute said the country plans to launch further exploratory rockets into space with live animals aboard, paving the way for manned space flights.

Mohammad Ebrahimi, deputy head of Iran's Aerospace Research Institute, said Tuesday Iran plans to send Kavoshgar (Explorer) 3 and 4 rockets into space in the near future.

The Kavoshgar 2 was successfully launched on Wednesday. The rocket consisted of a carrier, space-lab and restoration system.

Ebrahimi said the rocket analyzed air pressure and wind speed, and conducted astronomical tests at altitudes of 50 to 200 km (30 to 125 miles).

The Kavoshgar 2 is a two-stage solid fuel rocket capable of carrying a small payload and reentering the lower atmosphere with a high degree of accuracy.

The Iranian scientist said future rockets would be designed to carry live animals. Such an ability would pave the way for Iran to send men into space, he added.

News number: 8709131629 18:31 2008-12-03

http://english.farsnews.com/newstext.php?nn=8709131629

Darah tinggi, kolesterol, sakit pinggang, cuba ini

Minta maaf kerana pihak kami http://emascotekn9.blogspot.com tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran Herba Emas Cotek melalui pos. Akan tetapi dua laman web di bawah ini menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui pos , harap dapat berurusan terus dengan mereka.

Emas Cotek Kuala Pilah http://ccyberherbs.blogspot.com
Emas Cotek Ampangan http://ampangan.blogspot.com

Merawat pelbagai penyakit melalui bekam

Kawan saya Ustaz Abdul Hadi di Seremban Jaya adalah merupakan pengamal rawatan bekam. Bekam adalah merupakan kaedah perubatan yang diamalkan dan disarankan oleh Rasulullah saw. Tempat rawatan bekam beliau ialah di rumah teres setingkat jalan bertentangan dengan stesen minyak Petronas di Taman Seremban Jaya. Untuk wanita akan dibuat oleh isteri beliau atau sahabat isteri beliau. No tel Ust Hadi untuk temujanji 013-6697374 , atau boleh hubungi sahabat saya lagi seorang Sdr Sharizal 017-2218189.

Kalau dari Lebuhraya keluar di Tol Senawang. Lepas keluar tol jumpa lampu isyarat pertama masuk kanan. Terus dalam lebih kurang 2 km akan jumpa stesen Petronas sebelah kiri. Tempat rawaran bekam Ustaz Hadi deret rumah teres sebelah kanan.

*********************
Berbekam makin popular

Utusan Malaysia 1 Nov 2008. SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pengamal rawatan tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara berbekam iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang menghadapi pelbagai jenis penyakit.

Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, sejak beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan oleh orang ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan.

Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.

''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kecuali Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu.

''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan teknik ini kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan.

Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan.

''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. Ia berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan menagih dadah.

''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling sesuai. Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam basah, bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik.

''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah untuk keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan perjalanan darah di bahagian kedua urat belikat.

''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," katanya lagi.

Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan jangkitan.

''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. Sarung tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya.

Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan bayaran sebanyak RM60.

''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah saya tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar setakat mereka mampu," tambahnya.

Mengenai rancangan masa depannya pula, beliau berhasrat untuk memiliki sebuah pusat rawatan tradisional yang lengkap.

''Saya bercita-cita memiliki sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja menyediakan rawatan berbekam tetapi juga menyediakan pelbagai rawatan alternatif yang lain yang semuanya berasaskan pada herba," katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat berbekam boleh menghubunginya di talian 013-6697374.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive

Siapa kata Adat Perpatih tak boleh diubahsuai ?

Senario rumah terbiar , tanah terbiar sudah menjadi perkara biasa di N.Sembilan terutamanya di Rembau , Kuala Pilah , Jelebu , Johol dan lain-lain daerah yang mengamalkan sistem Tanah Adat Perpatih. Salah siapa ? Salah pengamal adat atau mereka yang diamanahkan ? Kenapa pula bila nak buat Projek Landasan Kereta Api Berkembar boleh pula Tanah Adat ini dijual ?

Kenapa pula bila nak diberi ( bukan jual pun ) tanah ini kepada ahli keluarga perempuan yang bukan dari perut yang sama ianya tidak boleh diubahsuai , sedangkan mereka ini hidup merempat memerlukan tanah dan rumah ? Salah siapa ? Siaplah jawapannya nanti dalam kubur dan di hari akhirat ? Apatah lagi hendak diberikan pada adik beradik lelaki yang tiada rumah dan tanah.

Oh Negeri Sembilan , banyak rumah terbiar akibat sistem Tanah Adat, banyak rumah terbengkalai akibat projek perumahan tidak siap.

Tanah Adat Punca Kemiskinan Di N.Sembilan ? http://waghih.blogspot.com/2008/08/tanah-adat-punca-kemiskinan-di.html

Generasi muda mahu adat perpatih diubahsuai http://rozmal.blogspot.com/2008/08/generasi-muda-mahu-adat-perpatih.html

Perbandingan di Terengganu
http://waghih.blogspot.com/2008/10/buat-surau-guna-duit-sendiri-jangan.html

Beberapa gambar rumah terbiar di N.Sembilan
http://psittacula.wordpress.com/2007/02/27/rumah-lama/

*******************************
Projek kereta api berkembar diperjelas
Sinar Harian 3 Disember 2008
REMBAU – Satu majlis pembentangan taklimat berhubung Projek Landasan Kereta api Berkembar Elektrik yang menghubungkan Seremban – Gemas diadakan melibatkan pemilik tanah di Dewan Merdeka Baru, Majlis Daerah Rembau, kelmarin.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Mohd Sidek Ahmad berkata, bagi pelaksanaan projek yang dijangka siap awal Januari 2012 , masyarakat akan mendapat manfaat daripada segi penjimatan masa perjalanan Seremban ke Gemas dan memberi peluang pembangunan kepada negeri ini.

Menurutnya, di Daerah Rembau ini, ia melibatkan pengambilan tanah sebanyak 326 lot yang dimiliki lebih 800 tuan tanah.

“Disebabkan jumlah tuan tanah yang ramai, sesi taklimat seperti ini dapat menjelaskan lagi keadaan sebenar, dan juga memberi peluang kepada pemilik tanah mengemukakan sebarang pertanyaan, pendapat dan kemusykilan.

“Sesi taklimat akan dijalankan lagi, dan selepas ini melalui Jabatan Penilaian Harta akan menilai berapa pampasan yang akan diberikan kepada pemilik tanah.

“Pemilik tanah mempunyai hak terhadap tanah mereka dan sekiranya mereka tidak bersetuju, mereka boleh mengemukakan bantahan selepas tempoh tiga bulan Borang H, disampaikan kepada semua pemilik tanah,” katanya.

Projek landasan kereta api itu kelak yang dijangka siap 2012, akan melibatkan pembinaan lima buah stesen di negeri ini iaitu di Senawang, Sg Gadut, Rembau, Tampin dan Gemas selain di Batang Melaka, Melaka.

Kira-kira 50 pemilik tanah hadir mendengar penjelasan yang disampaikan beberapa wakil termasuk daripada konsultan projek, KLIA Consultant dan beberapa wakil Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta Pegawai Daerah Rembau, Mohd Rawi Baharom berhubung pengambilan tanah rizab untuk projek pembangunan oleh kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan.

Terdahulu, majlis taklimat ini sudah berjalan sejak minggu lalu dalam memberi penerangan kepada tuan-tuan tanah yang terlibat agar mereka lebih jelas mengenai status projek landasan kereta api tersebut.

Melalui sesi taklimat ini juga, kerajaan memutuskan akan membayar pampasan di atas tanah dan juga kediaman yang diambil bagi Projek Landasan Kereta api Berkembar Elektrik sepanjang 98km yang dijangka siap menjelang Januari 2012.

Konsultan yang dilantik memaklumkan, Daerah Rembau mempunyai kepadatan penduduk yang ramai dan daripada 98km projek tersebut, hampir 20km melibatkan jajaran di bahagian Rembau.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2215203.asp

Bersyukurlah banyak-banyak punyai anak sihat

Jika kita dikurniakan anak-anak yang sihat , bersyukurlah banyak-banyak. Ianya adalah salah satu daripada jutaan nikmat pemberian ALLAH yang tidak terkira kepada kita. Bersyukurlah banyak-banyak dengan membalas pemberian ALLAH ini dengan mematuhi segala perintahNYA dan menyayangi sungguh-sungguh Rasul Nabi Muhammad saw. Ikuti kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah memelihara anaknya di sini http://isman9.wordpress.com/2008/12/02/nabilah-huda-mendapat-rawatan-leukemia/

Sama-samalah kita berdoa , kerana kita semua mampu berdoa agar ayah-ayah dan ibu-ibu yang memelihara anak-anak mereka yang sakit agar dikuatkan iman mereka , dipermudahkan urusan harian mereka , disembuhkan anak-anak mereka. Sekiranya kita mampu lebih lagi , ringankanlah beban kewangan mereka. Marilah kita wujudkan masyarakat yang prihatin dan berkasih sayang hanya semata-mata kerana ALLAH swt , mengharapkan belas kasih sayang ALLAH.

Marilah kita doakan anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Yang dapat sentiasa mendoakan kita apabila kita mati kelak.

20081203

Beberapa Laman Web Jawatan Kosong

Sebagai membantu mereka yang mencari kerja , terdapat beberapa laman web yang memberi perkhidmatan percuma pengiklanan jawatan kosong. Bagaimanapun kepada mereka yang mencari pekerjaan , agar sentiasa berhati-hati dengan tawaran yang luar biasa. Sentiasa dapatkan khidmat nasihat atau merujuk kepada mereka yang boleh dipercayai serta professional agar tidak diperdaya atau ditipu.

Laman Jawatan Kosong Sektor Awam http://jawatankosongawam.blogspot.com
Laman Jawatan Kosong di N.Sembilan http://jobns.blogspot.com
Laman Biasiswa dan Kerjaya http://malayahistory.blogspot.com

Sesiapa yang mengetahui laman web jawatan kosong , kaunseling kerjaya dan sebagainya yang dapat memberi manafaat kepada umum harap dapat dikongsi bersama.

20081202

Tangani AIDS HIV cara Iran yang diiktiraf dunia

AIDS HIV adalah merupakan satu lagi bala , musibah , bencana yang melanda Malaysia. Semua pihak harus memainkan peranan mencegahnya dari pemimpin hinggalah ke rakyat biasa. 91 peratus penghidap HIV di Pahang adalah orang Melayu (Sebanyak 7,756 orang atau 91 peratus daripada 8,523 penghidap penyakit HIV di Pahang merupakan kaum Melayu. – Utusan Malaysia 19 Nov 08 ). Iran berjaya menanganinya , mengapa tidak Malaysia ?

Rujukan : Utusan

Malaysia Perlu Contohi Iran Dalam Mencegah HIV

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu mempelajari kaedah mencegah HIV daripada Iran yang diiktiraf sebagai berjaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon.

Beliau berkata program mencegah penyakit Aids oleh Iran adalah antara yang termaju di dunia.

"Konsep klinik segitiga yang merangkum perkhidmatan untuk rawatan dan pencegahan jangkitan melalui aktiviti seksual, penggunaan suntikan dadah dan HIV/AIDS adalah sesuatu yang Malaysia ingin tahu," kata Noriah dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Faizah Mohd Tahir pada majlis perasmian seminar mengenai pendekatan bersama Malaysia-Iran dalam mencegah, memelihara, merawat dan menyokong HIV/AIDS di sini, Isnin.

Malaysia juga perlu mengamalkan aspek yang menjurus kepada kerohanian dalam menghapuskan stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang positif HIV selain dalam meningkatkan kaedah mencegah HIV, kata Noriah.

Prof Dr Mohammad Esmaeel Akbari dari Universiti Perubatan Shahid Behesti, pula berkata kaedah mencegah HIV cara Barat mungkin tidak berapa berkesan.

"Dalam Islam, kita bertanggungjawab terhadap diri kita dan masyarakat. Stigma dan diskriminasi tidak patut berlaku dalam jendela Islam kerana sebagai orang Islam, kita juga bertanggungjawab terhadap anggota masyarakat.

"Para ulama juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai mengenai pencegahan HIV kerana ia tidak boleh menumpukan kepada aspek fizikal kesihatan semata-mata tetapi juga pada aspek kerohanian," kata Dr Mohammad Esmaeel dalam ucaptamanya.
Pengerusi Pink Triangle Foundation, Hisham Hussein bersetuju bahawa pemimpin agama mempunyai peranan dalam mencegah HIV dan diskriminasi kerana mereka mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat.

-- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=375543