KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150831

Katil rawatan bekam diperlukan


Seorang anak muda telah lebih 5 tahun bergiat dalam rawatan bekam secara kecil-kecilan di rumahnya di Senawang dengan bayaran yang minima. Beliau tiada modal untuk membeli katil rawatan bekam yang khusus katanya.

Sekiranya ada sesiapa yang ingin memberi sumbangan katil rawatan bekam yang terpakai atau yang baharu untuk anak muda ini adalah amat dialu-alukan. Atau jika ada yang hendak menjualnya pada harga yang rendah juga adalah dialukan.

Mereka yang ingin membantu anak muda ini boleh hubungi saya 0122267406

20150829

Sumbangan kamus untuk pelajar miskin

Menyampaikan kamus untuk anak yatim kurang berkemampuan, pelajar PRA U, SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan


Sumbangan katil dan tilam dialukan untuk sekolah tahfiz


Sekolah Tahfiz di Chengkau, Rembau ini dijangka akan beroperasi pada bulan Oktober 2015. Sekolah tahfiz ini memerlukan 20 set katil 2 tingkat beserta 40 tilam. Kepada mereka yang ingin menyumbang boleh hubungi saya 0122267406 (Rozmal) atau hubungi Ustaz Septiyan 0132646001

Info lanjut di laman web http://tahfizalgontory.blogspot.com atau FB : Tahfiz arabic al-gontory

Sumbangan juga boleh salurkan ke akaun Maybank, TARB GONTORY RESOURCES
562843505815

Lagi cubaan culik gadis guna van

Lagi cubaan culik gadis guna van. Semoga penjenayah ini segera ditangkap

Cemas disapa abang sado
29 Ogos 2015


Alor Gajah: “Saya takut apabila van itu tiba-tiba berhenti di depan saya sebelum lelaki bertubuh tegap turun menghampiri dan bertanya mahu ke mana sebelum saya berundur dan berlari sekuat hati,” kata pelajar perempuan tingkatan empat dikenali sebagai Nurul Amira, 16, yang mendakwa cuba diculik tiga lelaki berusia awal 30-an menaiki van putih di Kampung Paya Datuk di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa dari taman perumahan di sekitar Paya Datuk di sini, bersendirian menunggu bas berhampiran Balai Raya Kampung Paya Datuk.

Pelajar perempuan sekolah menengah di Simpang Ampat di sini, berkata, dia melihat van berkenaan berhenti beberapa meter dari tempat dia menunggu bas sebelum pintu penumpang depan terbuka.

“Saya perasan van itu dipandu laju selepas lampu isyarat merah sebelum ke kiri dan berhenti tidak jauh dari saya, selepas itu seorang lelaki awal 30-an turun dari van dan menuju ke tempat saya menunggu bas.

“Ketika itu, saya perasan selain pemandu, seorang lagi lelaki berada di tempat duduk belakang membuka pintu kiri dan bertanya mahu ke mana,” katanya yang masih trauma terutama selepas membaca cerita diviralkan di Facebook dan WhatsApp.

20150828

Mencari bilik sewa di Puchong



Ada seseorang sedang mencari bilik sewa sekitar Puchong, Selangor untuk lelaki Islam. Jika ada sila hubungi saya 0122267406

- HARAKAHDAILY 24/8/2015

20150826

Hampir jadi mangsa culik



Hampir jadi mangsa culik
26 Ogos 2015


KUALA PILAH - “Saya sering menasihatkan Nurhidayah jika ada orang yang tidak dikenali mengajak naik kenderaan, jangan dilayan,” kata bapa mangsa  kes cubaan menculik di hentian bas di Terachi, Mohamad Darus Isa, 54, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi kelmarin, mangsa Nurhidayah, 17, didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang mempelawa mangsa menaiki van untuk menghantarnya ke sekolah.

Menurut bapa mangsa, dia hanya dimaklumkan kejadian itu selepas waktu persekolahan kira-kira jam 6 petang.

“Saya dapat panggilan telefon daripada ibu rakan anak saya yang memaklumkan tentang kejadian itu. Saya memang terkejut, lalu bergegas ke rumah anak rakan di kampung Mampas Kecil.

“Sebaik tiba, Nurhidayah menceritakan apa yang berlaku. Bila dengar ceritanya, saya terus bawa dia ke Balai Polis Terachi untuk buat laporan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya kampung Air Hitam Batu 16 ½ Terachi, semalam.

Mohamad Darus berkata, pada waktu kejadian, anaknya sendang menunggu bas untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh.

Menurutnya, ketika bersendirian di hentian bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah, tiba-tiba sebuah van berhenti di hadapan anaknya.

“Seorang daripada tiga lelaki itu keluar kenderaan, bertanya hendak ke mana dan mempelawa anak saya untuk dihantar ke sekolah. Bagaimanapun, anak saya enggan kerana ingat nasihat saya supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali.

“Akibat enggan ikut arahan, seorang lagi lelaki keluar dari kenderaan dan menarik serta mengugut anak saya dengan pisau lipat,” katanya.

Jelasnya, anaknya turut dipukul di bahagian belakang dengan menggunakan objek keras kerana cuba melepaskan diri.

Mohamad Darus berkata, anaknya cedera di tangan kanan akibat terkena pisau lipat.

“Anak saya berjaya melepaskan diri setelah dia menendang kemaluan salah seorang lelaki berkenaan.

“Saya sering cakap dengan anak, kalau berada dalam situasi cemas dan cara untuk pertahankan diri adalah dengan menendang kemaluan mereka. Alhamdulillah, anak saya praktik apa yang saya katakan,” katanya.

Katanya, selepas anaknya berjaya melepaskan diri, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki van menghala ke Kuala Pilah.

“Bagaimanapun, anak saya tetap ke sekolah dengan menaiki bas kerana perlu menduduki peperiksaan penting untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, pihaknya telah menerima laporan dari mangsa pada petang kejadian.

Menurutnya, hasil pengecaman, ketiga-tiga suspek dipercayai lelaki Melayu berdasarkan bahasa percakapan yang digunakan.

“Mangsa tidak dapat mengecam ‘foto fit’ kerana pada waktu kejadian suasana masih gelap,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan disahkan hanya mengalami kecederaan ‘soft tissues injuries’.


Sumbangan



Sahabat saya, Izamri Med yang juga merupakan AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan menyampaikan bantuan beras hasil sumbangan orang ramai untuk rumah anak yatim di Rembau pada 26 Ogos 2015.


Mereka yang ingin memberi sumbangan barangan makanan basah atau kering boleh menghantar terus ke ;
Rumah Anak Yatim dan Miskin PEYAKIN
No. 47, Jalan DPK 7
Taman Desa Permai
Kundur, 71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No Tel : 019-6955959

20150825

Tiga dicari bantu siasatan



Tiga dicari bantu siasatan
25 Ogos 2015

SEREMBAN - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga lelaki termasuk dua beradik dipercayai dapat membantu siasatan kes samun di Kampung Rawa, Lenggeng, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusof berkata, tiga lelaki yang diburu itu ialah Muhammad Khairuddin Osman, 20; Muhamad Jamalul Tarmizi Mohd Yasin, 26; dan adiknya Muhamad Jamalul Roshidi Mohd Yasin, 25.

“Alamat terakhir Muhammad Khairuddin ialah di No 29-2 Jalan Pantai Murni 6, Pantai Dalam, Kuala Lumpur manakala dua adik beradik Muhamad Jamalul Tarmizi dan Muhamad Jamalul Roshidi pula di Lot 7073 Kampung Paya Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang, Selangor.

“Orang ramai yang melihat mereka dan mempunyai maklumat tentang mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Nadiahtul Ain Kamallazim di talian 019-9995440 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Nilai, Asisten Superintendan Ahmad Jamaludin di talian 019-3316735,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-768 2222 dan Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai 06-758 4999 sekiranya mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga lelaki tersebut.

Pada 22 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 10.15 pagi apabila rumah mangsa dimasuki tiga lelaki memakai topi keledar berpenutup.

Suspek dipercayai warga tempatan itu telah menggeledah empat bilik di dalam rumah itu untuk mencari barang berharga selain turut memasuki sebuah bilik  didiami mangsa yang koma namun tidak mencederakannya dan melarikan diri menaiki motosikal selepas mengambil barang berharga.

Lagi kes cubaan culik di N.Sembilan



Dikhabarkan berlaku satu kes cubaan culik pada Isnin 24 Ogos 2015 sekitar jam 6.30 pagi dimana seroang pelajar perempuan Melayu 17 tahun sedang menunggu bas di Terachi. Sebuah van berwarna putih telah berhenti , dua orang lelaki telah keluar dari van cuba menarik mangsa, berlaku pergelutan dan mangsa berjaya lari dengan kecederaan ringan serta mendapat rawatan di hospital Kuala Pilah.

Saspek kemungkinan 3 lelaki Melayu berbadan rendah serta kurus.

Ada sesiapa dapat sahkan berita ini?