Hari ini (11 Ogos 2015) dapat panggilan telefon dari seorang
warga emas berusia 68 tahun dari Taman Sri Rembau yang saya tidak kenal sebelum
ini. Katanya esok dia perlu ke Hospital Seremban untuk menjalani pemedahan mata
kerana matanya kabur, ada selaput mata. Dia perlukan tambang bas untuk ke
hospital, 7.30 pagi perlu ada hospital katanya. Saya tanya pakcik nak pergi
dengan siapa. Katanya isteri dia akan temankan naik bas.
Puas dia minta pada pihak lain duit tambang tapi belum
dapat. Pakcik ini tidak bekerja, dulu bekerja swasta. Anaknya pula baru kerja, susah
dapat cuti. Memang saya faham, kerja swasta ni kalau belum “confirm” , rekod
akan buruk kalau minta cuti walaupun ada sebab melainkan kematian saudara
terdekat.
Terima kasih kepada sahabat saya Sdr Izamri yang sudi
membawa pasangan warga emas ini ke Hospital Seremban esok. Semoga Allah permudahkan
urusan mereka dan sembuhkan pakcik Mohd Taib bin Suman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan