Semalam 11 Ogos 2015 saya ceritakan kisah seorang warga emas
yang susah, pakcik Mohd Taib Suman, 68 tahun dari Rembau yang perlukan tambang
bas untuk ke Hospital Seremban untuk pembedahan mata, kerana masalah kabur
penglihatan akibat selaput mata.
Hari ini pakcik Taib telefon, pihak hospital kata masa
menunggu terlalu lama dan terlalu ramai orang menunggu untuk pembedahan. Paling
awal ialah pada bulan Januari 2016. Kalau hendak cepat perlulah buat di
hospital swasta yang kosnya saya rasa sekitar RM6,000 untuk sebelah mata di
hospital swasta.
Tak pelah, pakcik Taib kata tunggu sajalah. Dia ucapkan
terima kasih kepada mereka yang membantu beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan