KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150818

Penjenayah arah ikat ibu, bapa



Penjenayah arah ikat ibu, bapa
18 Ogos 2015


Rembau: “Saya hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Pada masa sama, ibu menggigil ketakutan dan trauma,” kata Norain Mazlan, 31, menceritakan mengenai rumah yang didiami mereka sekeluarga dipecah masuk tiga penjenayah di Kampung Chenong, Chengkau, di sini semalam.

Kejadian berlaku jam 5 pagi apabila ketiga-tiga penjenayah bersenjatakan parang dan bertopeng itu memecah masuk rumah yang didiami lima sekeluarga sebelum mengikat dan mengurung mereka dalam sebuah bilik.

Menceritakan kejadian itu, Norain berkata, ketika itu dia tidur dalam bilik bersama suaminya, Misran Adil, 31, dan anak perempuan mereka, Nor Aisyah, 1, sebelum menyedari lampu bilik terbuka.

“Saya terjaga dan melihat dua lelaki bertopeng mengacu parang ke arah kami tiga beranak. Dua daripada mereka (penjenayah) mengarahkan kami supaya senyap jika tidak mahu dicederakan.

“Selepas itu, seorang lagi penjenayah menyuruh saya keluar dan mengarahkan saya mengetuk bilik ibu bapa yang ketika itu berkunci. Sebelum itu, mereka mengikat suami dan anak menggunakan dawai serta menyumbat mulut dengan kain.

Tiada ulasan: