Lagi cubaan culik gadis guna van.
Semoga penjenayah ini segera ditangkap
Cemas disapa abang sado
29 Ogos 2015
Alor Gajah: “Saya takut apabila van
itu tiba-tiba berhenti di depan saya sebelum lelaki bertubuh tegap
turun menghampiri dan bertanya mahu ke mana sebelum saya berundur dan
berlari sekuat hati,” kata pelajar perempuan tingkatan empat
dikenali sebagai Nurul Amira, 16, yang mendakwa cuba diculik tiga
lelaki berusia awal 30-an menaiki van putih di Kampung Paya Datuk di
sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa
dari taman perumahan di sekitar Paya Datuk di sini, bersendirian
menunggu bas berhampiran Balai Raya Kampung Paya Datuk.
Pelajar perempuan sekolah menengah di
Simpang Ampat di sini, berkata, dia melihat van berkenaan berhenti
beberapa meter dari tempat dia menunggu bas sebelum pintu penumpang
depan terbuka.
“Saya perasan van itu dipandu laju
selepas lampu isyarat merah sebelum ke kiri dan berhenti tidak jauh
dari saya, selepas itu seorang lelaki awal 30-an turun dari van dan
menuju ke tempat saya menunggu bas.
“Ketika itu, saya perasan selain
pemandu, seorang lagi lelaki berada di tempat duduk belakang membuka
pintu kiri dan bertanya mahu ke mana,” katanya yang masih trauma
terutama selepas membaca cerita diviralkan di Facebook dan WhatsApp.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan