KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150812

Mencuri akibat kesempitan hidup



Kepada sesiapa yang ada maklumat mengenai tertuduh di bawah ini harap hubungi saya 0122267406. Kita tengok apa yang kita boleh bantu agar beliau sekeluarga mampu berdikari.


Mencuri akibat kesempitan hidup
12 Ogos 2015


SEREMBAN - “Anak guam saya hilang pertimbangan akibat kesempitan hidup selepas dibuang kerja, menyebabkan dia mencuri,”  demikian rayu Noliana Ali Othman mewakili Nooraswan Mohamad Nor, 33, di Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.

Tertuduh didakwa mencuri 29 barang keperluan harian antaranya, lampin pakai buang, sabun mandian bayi, pencuci muka, gula pasir, tembikai, daging ayam mentah, sarapan bijirin dan mi segera di pasar raya Aeon Seremban 2, di sini, Sabtu lalu, sekitar jam 9.08 malam.

Noliana turut memohon agar mahkamah memberikan denda dan penjara paling minimum memandangkan anak guamnya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Menurutnya lagi, kesanggupan tertuduh mengaku bersalah juga perlu diambil kira berikutan telah menjimatkan masa mahkamah kerana tidak perlu menjalankan sebarang perbicaraan.

Majistret KB Elena Hong Tze Lan kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 kepada Nooraswan yang kini sekadar membantu isterinya berniaga nasi lemak dengan pendapatan lebih kurang RM800 hingga RM1,000 sebulan.

Bapa kepada tiga anak itu ditahan oleh pengawal keselamatan ketika cuba keluar melalui bahagian bakeri, bersama barang-barang dicuri berjumlah RM520.60 yang dimuatkan dalam sebuah troli.  

Pihak pasar raya terpaksa menyerahkan Nooraswan kepada polis, berikutan kegagalannya menunjukkan resit pembayaran sah ketika diperiksa lebih lanjut oleh penyelia keselamatan, di situ.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ainnan Mohd Rasid meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

camno..PM kito masuk wang awam dalam akaun sendiri...camno tok