KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150811

Sekadar ihsan sesama insan



Sudah lebih 20 tahun saya kenal Tuan Haji Jaafar, Pegawai Bomba yang menziarahi warga emas ni. Sejak syarikat tempat saya bekerja adakan latihan bomba sukarela bersama anggota beliau. Memang Tuan Haji Jaafar amat komited dan berdedikasi dalam melakukan tugasan sebagai penjawat awam. Tuan Haji Jaafar juga adalah merupakan Pengerusi atau Nazir Masjid Kariah Bandar Baru Senawang. Tahniah kepada Tuan Haji Jaafar yang amat prihatin akan nasib mereka di sekelilingnya samada semasa atau di luar waktu bertugas yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tabik Spring !


Sekadar ihsan sesama insan
11 Ogos 2015

Kuala Pilah: “Walaupun tandas berbau busuk dan hancing, saya tidak peduli, asalkan membantu menyuap makanan kepada Alang.

“Saya lakukan semua ini bukan mencari publisiti, tetapi atas belas ihsan sesama manusia,” kata penduduk dikenali Johan, 40, ketika menceritakan kehidupan warga emas, Ahmad Topee Mohd Yusof, 71, yang terlantar akibat lumpuh dalam tandas di rumahnya di Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti, di sini.

Johan yang enggan mendedahkan identitinya mengakui, walaupun dia tidak mempunyai pertalian keluarga, tetapi tetap menguruskan warga emas dikenali sebagai Alang selepas keluarga terdekat serta penduduk tidak mempedulikannya.

Katanya, warga emas terbabit sebelum ini tinggal bersendirian di rumah itu sebelum dijaga anak saudaranya, dua bulan lalu.

“Saya mula menjaganya sejak akhir Jun lalu, malah dimaklumkan, dia menerima bantuan bulanan RM300 lebih 10 tahun lalu dan wang ini saya gunakan membelikan makanan selain memasak untuknya,” katanya memaklumkan menghantar makanan tiga kali sehari buat warga emas itu.


Tiada ulasan: