KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150824

Ada perpustakaan awam rupanya di Pasaraya Kipmart, Senawang ni.




Perpustakaan awam di Pasaraya Kipmart
24 Ogos 2015

Baru empat bulan beroperasi, perpustakaan awam pertama yang ditempatkan di sebuah pasar raya di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Perpustakaan komuniti Pasaraya Kipmart, di sini, bukan saja memberi peluang kepada penduduk berdekatan mengunjunginya, malah memberi kemudahan kepada kanak-kanak menghabiskan masa dengan membaca ketika ibu-bapa mereka sedang sibuk membeli-belah.

Penolong Pengarah (Bahagian Pelanggan) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Hamdan Nordin berkata, sejak dibuka April lalu, perpustakaan tersebut sudah menerima lebih 2,500 orang pengunjung.

Malah, katanya, seramai 463 orang sudah mendaftar menjadi ahli kepada perpustakaan terbabit bagi membolehkan mereka meminjam dalam tempoh tertentu seperti perpustakaan awam lain.

“Kemudahan ini dibuka atas kerjasama dengan Pasaraya Kipmart dan merupakan perpustakaan pertama yang dibuka di bangunan pusat membeli-belah.

Tiada ulasan: