Tolong jangan melatah bila dengar cerita macam ni atau nak
salahkan sesiapa. Siapa nak bantu, turun bantu, siapa tak nak bantu, sila doa
atau duduk diam-diam. Kalau nak bantu, fikir dulu apa yang sepatutnya dibantu,
agar saudara kita ini mampu berdikari.
Pondok tukang kasut jadi rumah
31 Julai 2015
Seremban: “Hanya pondok ini tempat saya berteduh dan mencari
rezeki setiap hari, tetapi sampai bila saya boleh tinggal di sini,” kata
Baharuddin Abdul Rahman, 51, yang menghuni pondok usang di Taman Sri Mawar,
Senawang dekat sini.
Baharuddin bekerja sebagai tukang kasut tinggal di pondok
berkenaan selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu.
Katanya, setiap hari dia dibelenggu kebimbangan sekiranya
pondok itu dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dia tidak mempunyai
kediaman lain dan tempat mencari rezeki.
“Sebelum ini, pondok itu dijadikan tempat membaiki kasut
oleh seorang lelaki warga emas, tetapi selepas lelaki itu meninggal dunia, saya
mengambil alih pekerjaannya kerana saya mempunyai kemahiran sama.
“Pendapatan diperoleh tidak menentu sekadar cukup menampung
kehidupan saya. Saya tidak mampu untuk menyewa rumah apatah lagi memiliki
kenderaan,” katanya ketika ditemui di pondoknya itu, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan