Terima kasih kerana memberikan penjelasan yang sebenar
mengenai status pembinaan Hospital Rembau ini. Adalah disarankan untuk
sementara waktu kerajaan perlu menaik taraf kemudahan serta menambah kakitangan
di Klinik Kesihatan Rembau agar lebih banyak kes boleh dirujuk di sini tanpa
perlu pergi ke Hospital Tampin atau Hospital Seremban.
Juga dicadangkan agar Klinik Kesihatan Rembau menyediakan
kemudahan van untuk membawa pesakit yang perlu menjalani pembedahan di Hospital
Seremban, terutama warga emas yang miskin.
*****************************
Hospital Daerah Rembau siap 2018
Kelewatan projek disebabkan masalah reka bentuk
REMBAU 11 Ogos - Pembinaan Hospital Daerah Rembau bukan
projek terbengkalai tetapi kelewatan disebabkan masalah reka bentuk yang dahulunya
menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS), iaitu jika diteruskan akan
mendatangkan masalah pada bebanan bangunan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek
hospital yang kos asal pembinaannya sebanyak RM99 juta dengan disediakan 76
katil itu yang kini dibawah projek khas oleh Kementerian Kerja Raya melalui
Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan telah menimbangkan semula reka
bentuknya.
“Juruperunding asal telah dike tepikan disebabkan masalah
dalam lukisan reka bentuk, di mana banyak lukisan yang dipaparkan itu terpaksa
distruktur semula supaya kaedah binaan baharu diguna pakai agar bebanan dapat
ditampung dalam binaan waktu ini,” katanya.
Mohamad bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak
pembinaan Hospital Daerah Rembau di sini hari ini.
“Benar projek ini terkebelakang daripada pelan asal. Biar
saya beritahu di sini, jika tidak ada masalah sekali pun dalam aspek reka
bentuknya, projek sebenar hospital itu akan siap pada September 2016.
“Oleh kerana kita perlu menstruktur semula reka bentuk
bangunan asal, maka projek itu mengalami kelewatan selama 400 hari. Oleh itu,
kita telah membuat jangkaan masa siap yang baharu iaitu pada awal 2018,”
tegasnya.
Mohamad juga memberitahu, walaupun kos asalnya adalah RM99
juta, tetapi disebabkan berlakunya Pengeluaran Arahan Perubahan/Pertambahan
Kerja (VO) yang bukan di atas kesilapan kontraktor sebaliknya kesilapan lukisan
reka bentuk, itu akan diuruskan oleh kontraktor maka hal itu perlu diberi
pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kerja Raya melalui JKR.
1 ulasan:
slm tok...tapi NOGORI SEMBILAN abeh doh CINO sapu tanah kito..camno nak beradat-adat..abeh tanaoh doh takdo wareh..huhahu...
Catat Ulasan