Bajet Kementerian Pendidikan Tinggi
kurang RM2.4 bilion, adakah yuran IPTA akan naik?
Memanglah Kementerian Pendidikan Tinggi
tak terjejas. Tetapi adakah pelajar di IPTA akan terjejas? Pengajian
di IPTA akan terjejas? Adakah yuran IPTA akan naik? Pengambilan
pelajar akan dikurangkan? Elaun pensyarah akan berkurangan?
Berapa IPTA ada di Malaysia? Kalau ada
20 IPTA, pukul rata 1 IPTA akan kurang RM120 Juta peruntukan untuk
tahun depan. Kalau nak naik yuran IPTA tahun depan, maklum awal, biar
senang yang tak mampu tak perlu belajar, biar mereka bekerja.
Hentikan pengambilan pekerja asing, agar lepasan SPM, Sijil, Diploma
yang tak mampu sambung belajar, galakkan mereka bekerja di ladang
sawit, menjadi buruh binaan, pekerja kilang, pencuci kereta dan
sebagainya.
PENGURANGAN PERUNTUKAN TIDAK JEJAS KPT:
IDRIS
24 Oktober 2015 - Menteri Pendidikan
Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengurangan peruntukan
sebanyak RM2.4 bilion untuk kementerian itu tidak akan menjejaskan
usaha memajukan sektor pendidikan tinggi negara.
Beliau berkata, "Memang agak
berkurangan sedikit tetapi pengurangan ini untuk melatih supaya pihak
universiti lebih efisien dalam pelaksanaan programnya."
Idris mengulas mengenai Bajet 2016 yang
dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat
semalam yang memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian
Pendidikan Tinggi berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan