Sudah 2 kes mereka yang memerlukan bantuan tersiar di akhbar
tapi tindakbalas dari masyarakat adalah agak mengecewakan. Satu di selatan
tanahair, satu di pantai timur. Kenapa? Adakah kerana apabila kisah kesusahan
hidup mereka tersiar di akhbar, masyarakat beranggapan bahawa akan ada agensi
kerajaan, hartawan, dermawan yang akan turun membantu?
Apa salahnya apabila tersiar sesuatu berita mereka yang
memerlukan itu kita yang berhampiran bertanya khabar selang beberapa hari,
minggu dan bulan.
Jangan terperanjat ada kes, tiada tindakan langsung. Bahkan
mungkin lebih teruk sebelum tersiar dalam akhbar.
Prihatinlah.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dua
keluarga ini.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437
Tiada ulasan:
Catat Ulasan