Saya dihubungi oleh seseorang yang
menyatakan kerisauan yang amat sangat akan masalah perzinaan dan
hamil luar nikah yang membarah di kalangan pelajar IPTA, di satu
daerah di luar bandar, di satu negeri di Malaysia. Nampaknya isu ini
tidak lagi menjadi tumpuan utama untuk ditangani oleh mana-mana
pihak, termasuk dari kalangan persatuan, pertubuhan, jemaah yang
berlatar belakangkan Islam atau Melayu.
Saya hanya mampu berdoa agar kita semua
lebih peka akan masalah ini. Dekati para remaja di IPTA, bimbing
mereka. Banyakkan program agama di IPTA, adakan kerjasama dengan
penduduk setempat, surau atau masjid setempat, pertubuhan setempat
untuk membimbing mereka.
Sekiranya nafsu mereka sudah tidak
dapat dikawal lagi, kahwinkan mereka. Tak perlu adakan majlis kenduri
kendara yang besar, hantaran berdulang-dulang, mas kahwin yang mahal
dan sebagainya. Cukup dengan akad nikah dan majlis doa selamat yang
ditaja oleh mana-mana pihak atau individu.
Islam itu mudah, jangan menyusahkan
dengan adat yang bukan-bukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan