Saya dihubungi oleh seseorang yang tidak saya kenali sebelum
ini dari Kuala Kangsar, Perak. Dia menjaga saudara kandungnya, seorang warga
emas yang OKU yang hanya mampu berbaring. Memerlukan bantuan untuk membeli
lampin pakai buang dewasa. Warga emas ini ada mendapat bantuan bulanan JKM
sebanyak RM300, namun ianya tidak cukup untuk menampung keperluan lain seperti
ubat, makan, minum dan sebagainya.
Saya tanya adakah Baitul Mal atau Pusat Zakat bantu? Katanya
kalau dapat JKM, tidak dapat zakat. Saya kata kalau di N.Sembilan , Baitul Mal
akan bantu bukan dalam bentuk kewangan, tetapi perlu buat permohonan khusus
contohnya lampin pakai buang, peralatan sokongan perubatan dan sebagainya untuk
dipertimbangkan.
Warga emas ini memerlukan 3 lampin pakai buang dewasa setiap
hari saiz XL. Harganya ialah RM17.90 untuk 10 lampin. Ini bermakna belanja
lampin pakai buang sahaja mencecah RM161.10 sebulan.
Kepada mereka yang boleh membantu keluarga ini, samada untuk
menghantar atau menghantar terus melalui pos lampin pakai buang ini ke Kuala
Kangsar, sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan