KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151001

Bantu mereka yang susah dengan memberi pancing




Saya dan beberapa rakan lain sedang merangka program untuk membantu keluarga yang susah untuk mereka menceburi bidang perniagaan yang kurang risiko, kurang modal, tahan lama.

Berniaga nasi lemak, burger, lemang dan sebagainya perlu cepat cari pelanggan kerana barangan tidak tahan lama.

Saya terfikir untuk membantu mereka ini dalam perniagaan penjualan kerepek atau makanan ringan. Tak perlu modal beli bahan mentah, beli dapur dan sebagainya. Hanya beli borong kerepek dan makanan ringan ini. Buat pembungkusan semula dalam pek-pek kecil, berikan satu jenama, dan edar seluruh Rembau , kemudian daerah berhampiran apabila ada kemajuan. Edar di kedai-kedai, sekolah-sekolah, kantin-kantin dan sebagainya.

Harap mereka yang ada pengalaman dapat beri maklumat kepada saya ;

1. Mana boleh dapat beli borong makanan ini dengan harga yang kompetitif dan berkualiti
2. Cadangan jenama, contoh Pancing, Amal Jajan, Jajan Rembau dsbnya
3. Cadangan logo, warna
4. Mana boleh beli bahan pembungkusan, alat timbang, plastik, sealer dsbnya pada harga yang kompetitif.
5. Lain-lain ?

Sila hubungi saya jika ada cadangan 0122267406 (Rozmal)

Tiada ulasan: