InsyaAllah kita boleh bantu baiki
bahagian belakang rumah yang ada dapur dan 2 bilik. Namun bahagian
belakang ini hampir semua atapnya bocor. 3 daun tingkap dan 1 pintu
dapurnya amat usang dan hampir roboh.
Untuk membaiki bahagian yang paling
kritikal terutamanya menukar atap/pintu/tingkap ini tanpa perlu kerja
kemasan atau mengecat mungkin menelan belanja antara RM 8,000 ke RM
12,000.
Sesiapa yang ingin membantu saudara
Kamal kita ini samada ingin turun padang membaiki sendiri rumahnya,
memberi sumbangan atap/pintu/tingkap, memberi sumbangan upah kerja
bolehlah menghubungi saya 0122267406 (Rozmal)
Rumah dihuni semakin uzur
22 Oktober 2015
REMBAU – Seorang pekerja cuci kereta
masih menaruh harapan agar mereka enam sekeluarga dapat memiliki
rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon
sejak lebih lima tahun lalu. Kamal Mohammad, 49, berkata, rumah yang
didiami kini adalah rumah pusaka yang berusia lebih 40 tahun.
Menurutnya, sebelum ini, dia menetap di
Johor kerana bekerja di sebuah kilang di sana, namun pada 2009, dia
mengambil keputusan untuk menetap di kampung memandangkan kos sara
hidup di sana terlalu tinggi. "Ketika itu, anak sulung saya, Nor
Syafiqah, 13, pula perlu jalani rawatan sekurang-kurangnya tiga bulan
sekali di hospital kerana ada masalah darah sejak kecil.
Tambah Kamal, dia tidak mempunyai wang
simpanan untuk membina sendiri rumah dan terpaksa tinggal di rumah
pusaka itu walaupun keadaannya sangat uzur dan atap di bahagian dapur
pula bocor. Malah, katanya, walaupun rumah itumempunyai tiga buah
bilik, namun ia tidak dapat digunakan berikutan papan dindingnya
hampir terkopak.
"Dengan pendapatan RM40 sehari,
saya perlu sara isteri dan juga empat orang anak yang berusia 4
hingga 13 tahun. Malah, Nor Syafiqah masih lagi menerima rawatan
susulan dan 22 September lalu, dia baru saja jalani pembedahan
membuang limpa dan hempedu.
"Anak-anak dapat bantuan bulanan
persekolahan JKM sebanyak RM300 sebulan. Nor Syafiqah juga dapat
bantuan perubatan Baitulmal empat bulan sekali," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan