Apabila saya menyiarkan kisah Ustaz Fadhli yang menyediakan
program mengaji percuma untuk golongan kurang berkemampuan di PPR Senawang,
saya mendapat respon daripada seorang pembaca FB yang begitu teruja jika
sekiranya program serupa dapat diadakan di penempatan golongan berkemampuan di
tempat beliau, sebuah negeri di selatan tanahair.
Katanya dia tidak mampu lagi menghantar anaknya mengaji
dengan yuran RM150 sebulan. Malahan dia sendiri beringin sangat untuk belajar
mengaji kerana tidak berkesempatan belajar semasa kecil dulu.
Saya menyeru dan merayu agar masyarakat sekeliling lebih
prihatin akan program pengajian Al Quran dan agama di kawasan golongan kurang
berkemampuan. Beri sokongan sepenuhnya dengan kita menaja guru, Al Quran,
kitab, rehal dan sebagainya.
Masjid-masjid yang elit, yang banyak dana, yang tabungannya
kukuh mungkin perlu lebih banyak memberi sokongan kepada surau-surau dalam
kariahnya, lebih-lebih lagi surau-surau di kawasan perumahan rakyat.
Bersama kita membentuk generasi tua dan muda yang cinta dan
celik Al Quran.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437
Tiada ulasan:
Catat Ulasan