KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151010

Mari kita sama-sama bantu keluarga ini

Puan Siti dari Pasir Mas, Kelantan telah menghubungi saya pada Sabtu, 10 Oktober 2015 jam 10.29 pagi. Kisah kesusahan keluarga ini telah pun keluar di akhbar pada bulan Ogos yang lalu katanya. Namun hingga kini tiada bantuan dari pihak agensi berkaitan yang diterima walaupun mereka ada datang mengmbil butiran, sementara suaminya yang OKU (cacat kekal betis kiri bengkok) akibat kemalangan belum mendapat kad OKU katanya. Tak apalah, mungkin banyak permohonan sedang diproses sekarang ini, tambahan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya pasca banjir.

Saya cuma minta tolong sesiapa dapat hubungi pihak sekolah dan tadika untuk saya sampaikan duit amanah orang untuk jelaskan yuran sekolah dan yuran tadika yang tertunggak.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, nama pelajar Nur Elya Elyana, kelas 1 Ali, yuran tertunggak RM41. Nama Tadika ialah Tadika KEMAS Nur Iman B Tendong, nama pelajar Muhammad Putra Syazlan bin Muhammad Azman , yuran tertunggak RM40 (RM10 X 4 bulan). Mohon pihak berkenaan hubungi saya 0122267406 (Rozmal) untuk saya jelaskan yuran tersebut.

Disamping itu Puan Siti memohon kalau sesiapa dapat bantu menjelaskan bayaran bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM301.45, no akaun bil elektrik dilampirkan.

Sewa rumah tertunggak setakat ini katanya RM400 (RM200 X 2 bulan).

Puan Siti juga mengalu-alukan bantuan sumbangan makanan kepada mereka yang ingin membantu.

Mereka yang ingin membantu boleh hubungi terus keluarga ini, Puan Siti Raabiatul Adariah 0179669937 beralamat di Lot 1/1323, Kampung Gaung Tendong, 17000 Pasir Mas, Kelantan





Tiada ulasan: