KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151016

Pesara tentera kecewa tak dapat pencen



Di mana silapnya? JPA? JHEV? MINDEF? PAT? Menteri? Saya sendiri akan “follow up” case ini jika tiada jawapan dalam masa terdekat, itu apa yang arwah ayah saya akan lakukan.

Pesara tentera kecewa tak dapat pencen
16 Oktober 2015

KUALA PILAH - Seorang warga emas di Kampung Ulu Gentam, di sini meluahkan rasa kecewa apabila sehingga ke hari ini dia gagal menerima wang pencen setelah berkhidmat selama 21 tahun sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Sulaiman Piei, 81, dia layak menerima pencen seperti mana syarat kelayakan pencen dari ATM.

"Selama 35 tahun pakcik perjuangkan hak pakcik, namun sehingga kini masalah pakcik tidak didengari. Takkan nak tunggu pakcik 'pergi' dulu, baru dapat pencen," katanya.

Kata Sulaiman, dia mula berkhidmat dalam Tentera British pada 23 November 1951 dan tamat perkhidmatan pada 22 November 1958 dengan menggunakan nombor perkhidmatan MYA 18105515.

"Kemudian pakcik dikerah berkhidmat sepenuh masa mulai 29 Ogos 1964 dan menamatkan perkhidmatan pada 20 Mac 1979. Pasukan terakhir adalah 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan menyandang pangkat Sarjan (SJN).

"Kesemua bukti masih ada dalam simpanan pakcik. Tuntutan pakcik bukan omong kosong tetapi berpandukan Sijil Berhenti Tentera British yang ditandatangani pada 29 Jun 1979 dan Sijil Berhenti Pasukan 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Rekod dan Pencen pada 23 Mei 1979," katanya.

Malah, menurut Sulaiman, jumlah perkhidmatannya turut diperakui oleh Rejiman 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah melalui surat bertarikh 12 Febuari 2015.

Lebih terkilan, katanya, apabila rakan seperjuangannya yang sama-sama berkhidmat telah mendapat pencen sedangkan dirinya dipinggirkan.

"Sia-sia selama ini pakcik perjuangkan hak pakcik dan kerana itu, pakcik sendiri pergi ke Jabatan arah Rekod dan Pencen (JRP) di Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan perkembangan pada 7 Mei 2015.

"Namun jawapannya mengecewakan. Mereka suruh pakcik pulang, berehat dan mereka akan hubungi pakcik dalam masa terdekat. Kini sudah masuk Oktober. Terlalu lama untuk proses dokumentasi dari JRP," katanya.

Tiada ulasan: