KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151027

Berurusan dengan kakitangan kerajaan tak perlu tunjuk lagak



Kalau kita hendak berurusan dengan kakitangan kerajaan sekiranya ada sesuatu yang penting tak perlulah kita tunjuk lagak, marah-marah dan sebagainya.

Jika kakitangan kerajaan tadi orang Islam, beri salam, perkenalkan diri dengan baik, cakap dengan sopan dan berbudi bahasa, apa tujuan kita telefon, kenapa kita perlukan perkhidmatannya dan minta dia bantu kita.

Apabila kita hormat mereka, insyaAllah, hati mereka akan lembut dan cair, dan interaksi antara kita dan mereka akan lebih mudah. Mereka pun akan bantu kita, tak perlu kita hendak beri tawaran macam-macam.

Budi bahasa adalah lebih mahal dari wang ringgit sekarang ini. Kerana amat susah untuk kita berbudi bahasa sekarang ini, apatah lagi bila ianya urusan kerja.

Janganlah tunjuk lagak kita ni pandai, kita ada ijazah, ada PhD. Tunjukkan budi bahasa kita.

Air boleh melembutkan batu, api hanya memecahkan batu.

Tiada ulasan: