KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061228

Bangunan Pejabat Taman Alamanda Disamun

Semalam mendapat berita daripada mekanik yang menjalankan perkhidmatan servis kereta di deretan bangunan kedai/pejabat di Taman Alamanda, bahawa sebuah pejabat di No 1, Tingkat 1, Taman Alamanda, Senawang telah disamun awal minggu ini atau hujung minggu lepas.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 petang hari bekerja. Ketika kejadian hanya terdapat seorang pekerja lelaki berusia 30an di pejabat tersebut. Modus operandi, penjenayah menunggang skuter, penunggang menunggu dibawah, pembonceng naik seorang. Dan menyamun mangsa dengan menggunakan senjata pisau. Suspek lelaki Melayu tempatan berusia 30 an. Kerugian tunai sekitar RM 500 dan talipon bimbit. Kecederaan tiada dilaporkan. Ketika kejadian ramai orang di kedai bawah tidak menyedari kejadian.

Kejadian sebegini boleh berlaku bukan sahaja di premis pejabat, malah di rumah dan di kedai apabila penjenayah tahu pintu tidak berkunci dan mangsa hanya seorang diri.

LANGKAH PENCEGAHAN.
1. Apabila berada di rumah, pejabat atau kedai terutamanya yang di tingkat atas pastikan pintu sentiasa dikunci, walaupun seketika.
2. Lihat melalui tingkap berkunci atau gril berkunci untuk melihat siapa yang beri salam atau mengetuk pintu.
3. Jika premis kedai atau pejabat pastikan langsir dibuka supaya orang ramai boleh melihat dari luar sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian, harap maklum.