KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070823

Nak anak kita hormat ibu bapa ? Tunggu 9 Sep ini

Malam tadi di Masjid Bandar Baru Senawang ramai ibu bapa dan anak-anak menangis teresak-esak , sedu sedan hinggakan saya sendiri menangis apabila anak saya datang peluk saya dalam keadaan menangis ketika mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah motivasi iaitu Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon.

Inilah Formula yang ditunggu-tunggu ketika masyarakat kita sedang sakit dengan pelbagai gejala kerosakan akhlak dan iman serta keruntuhan institusi rumahtangga dan keluarga.

Ceramah oleh Ustaz Hj Abdullah Khairi menggunakan pendekatan dalam bentuk persembahan multimedia diselang seli dengan interaksi dengan penonton terutamanya anak-anak.

Empat perkara utama yang ditekankan yang menjadi teras Formula tersebut ialah ; Solat, Baca Al Quran, Doa dan Hormat Ibu Bapa.

InsyaAllah pada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah tersebut boleh bersama dengan Ustaz Hj Abdullah Khairi pada 9 September ini juga di Senawang dalam 2 sessi berikut :

Ceramah Motivasi Perdana
Bersama Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Tarikh : Ahad 9 September 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, Negeri Sembilan
Percuma , Terbuka untuk semua golongan lapisan masyarakat

Kursus Motivasi Remaja
Bersama Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Tarikh : Ahad 9 September 2007
Masa : 2:30 petang
Yuran penyertaan : RM 10 seorang ( Anak-anak yang turut serta ibu bapa masuk percuma). Penyertaan terhad memandangkan kapasiti dewan yang terhad. Sila daftar awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Untuk maklumat lanjut program di atas sila hubungi : 012-2832458 , 012-3303449

Kaunter pendaftaran juga akan dibuka pada Jumaat 24 Ogos 2007 di Masjid Sikamat, Seremban sempena Sambutan Hari Al Aqsa Sedunia peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Akhir kata saya bagi pihak keluarga saya mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua mereka yang terlibat menganjurkan Ceramah Perdana pada malam tadi terutamanya kepada AJK Masjid Bandar Baru Senawang, rakan-rakan saya Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Sdr Mohd Hassan Tamby, Abang Bakar, Sdr Zul, Sdr Sufian, Sdr Hamizi dan ramai lagi, yang telah mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan kami setelah mendengar ceramah pada malam tadi.

Wassalam.