KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090923

Khutbah tumpaskan kerajaan Iblis di N.Sembilan

Pada 20 September 2009 kami sekeluarga telah menunaikan solat sunat Idil Fitri di sebuah masjid kariah dalam daerah Rembau , N.Sembilan.

Khutbah Idil Fitri telah dibaca oleh seorang khatib dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dari teks kemungkinan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau Jabatan Mufti.

Walaupun khutbah tersebut dibaca daripada teks ianya begitu padat dengan mesej ketaqwaan sesuai dengan matlamat Ramadhan untuk menjadikan umat Islam , umat yang bertaqwa.

Antara yang banyak disentuh ialah kewajipan umat Islam untuk menumpaskan kerajaan Iblis yang sentiasa hendak menyesatkan manusia yang penuh dengan maksiat, rasuah dan sebagainya.

Disamping itu khutbah tersebut menyatakan dengan jelas bahawa punca perpecahan umat ialah apabila tidak pernah rukuk dan tidak mengimarahkan masjid.


Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar. Kalau ada salah dan silap sila rujuk kepada khatib dan mereka yang menyediakan teks khutbah tersebut.

Rakaman khutbah tanpa gambar hanya bunyi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!