KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120821

Kerajaan tidak menyokong penerbitan filem sejarah?

Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September nanti , kita harapkan kementerian berkaitan menyokong penuh filem sejarah di bawah ini yang hampir dilupakan oleh generasi masa kini. “Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.”

Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011 : Berita Harian

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.

“Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah ‘lari’ jauh,” katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. “Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan,” katanya.


Tiada ulasan: