KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150521

Ada 700 pelarian Rohingya di N.Sembilan !




Projek Pendidikan dan Dakwah Masyarakat Islam Rohingya di Malaysia   

PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

Jumlah pelarian di Malaysia kini dianggarkan sebanyak 15,000 orang.  Kebanyakan mereka menetap di 8 buah negeri iaitu Selangor (5,500), Johor (2,500), Pulau Pinang (4,500), Kedah (2,000), Terengganu (350), Kelantan (1,500), Melaka (300), Negeri Sembilan (700). Mereka diiktiraf sebagai pelarian oleh UNHCR.

Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk hidup.  Keadaan mereka amat dhaif. Anak-anak mereka tidak bersekolah oleh kerana tidak memiliki dokumen kelahiran dan sebarang dokumen lain yang sah.
   
MAJLIS ULAMA ROHINGYA

Untuk mengatasi buta huruf di kalangan anak-anak dan bimbang dengan peningkatan jenayah, maksiat, aktiviti mengemis dan terjebak dalam pelbagai gejala sosial di kalangan pelarian Rohingya ini maka satu badan rujukan masyarakat tersebut telah ditubuhkan yang dinamakan Majlis Ulama Rohingya (MUR). 

Penubuhan MUR bertujuan untuk memberikan pendidikan agama, menjalankan kerja-kerja dakwah serta menjaga kebajikan masyarakat Rohingya di negara ini secara amnya.   Majlis tersebut dipimpin oleh Ustaz Muhammad Amin bin Mohamad Kasim dan dibantu oleh sembilan ahli jawatankuasa, yang kesemuanya berpendidikan agama dari kalangan masyarakat Rohingya. 

SOKONGAN YANG DITERIMA

Majlis Ulama Rohingya (MUR) mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada:-

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan
    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Memandangkan MUR tidak boleh didaftarkan di negara ini maka badan tersebut tidak dapat bergerak untuk   menjalankan pengutipan derma daripada agensi-agensi kerajaan dan juga orang ramai.

Tiada ulasan: