KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160726

Pek Makanan Asas Kecemasan Untuk Fakir Miskin



Pek Makanan Asas Kecemasan Untuk Fakir Miskin. Cuma RM30, mengandungi, Beras 5kg, Minyak masak botol kecil, Tepung 1kg, Sardin 2 tin kecil, Biskut dlm tin. Untuk sumbangan sila hubungi 0122267406 Rozmal


20160720

Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa



Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa dari SK Paroi, Seremban yang sebelum ini perlukan bantuan beli cermin mata kerana mengalami masalah rabun teruk. Abangnya pelajar OKU di SK Tmn Paroi Jaya. Emak mereka merupakan ibu tunggal, dulu kerja pembersihan di masjid tapi sekarang tidak dapat bekerja sejak lutut dibedah. Keluarga ini tinggal di PPR Paroi, mendapat bantuan JKM RM270 dan Baitulmal RM200 sebulan. Terima kasih kepada individu yang telah memberi sumbangan untuk membantu keluarga ini.


20160716

Keluarga ini amat mengharapkan katil pesakit

Keluarga ini amat mengharapkan katil pesakit. Encik Razali Osman, 55 tahun dari Lot 2196, Kg Puom, Kenaboi, Titi, Jelebu, N.Sembilan telah diserang angin ahmar (stroke) kali yang kedua dan kini peha kanan beliau patah kerana terjatuh ketika hendak ke bilik air. Manakala isterinya Puan Norehan menghidap kencing manis. Beliau kini tidak dapat bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada anak sulung yang kerja kilang untuk menanggung 6 orang anak-anak lain yang masih menuntut di universiti awam dan bersekolah. Beliau menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan. Kali terakhir menerima bantual Baitulmal/Zakat mengikut rekod ialah pada tahun 2014. Mereka yang ingin menyumbang katil pesakit untuk Encik Razali sila hubungi 0122267406 Rozmal




20160712

Tidak percaya? Rumah tiga bilik semurah RM20,000 siap tidak sampai sebulan



Tidak percaya? Rumah tiga bilik semurah RM20,000 siap tidak sampai sebulan
11 Julai 2016

Sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia membuktikan mereka boleh membina rumah berkeluasan 600 kaki persegi itu pada kos dan tempoh berkenaan.

Dengan dibantu pensyarah selain berbekalkan kemahiran, mereka melakukan pembinaan “luar biasa” itu di daerah Besut pada akhir Mac lepas.

Sehingga kini, sebanyak 15 rumah telah dibina untuk penduduk miskin dan kurang berkemampuan.

Rumah pertama dibina di Kampung Padang Landak Jerteh dalam masa 22 hari dengan kos RM19,900 melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

“Kaedah IBS dapat menjamin pembinaan rumah yang kukuh dan memenuhi aspek pembinaan kediaman.

Program itu mendapat perhatian banyak pihak di negeri lain kerana penjimatan kos pembinaannya berbanding Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang memerlukan kos RM40,000 bagi sebuah rumah.





Hidup dalam ketakutan setiap hari



Inilah hakikat yang kami hadapi dalam membantu mereka yang mendiami rumah yang daif, usang, atap bocor sana sini. Ramai yang tunggu dan lihat. Kami tak sanggup tunggu dan lihat, biarlah kami merayu kepada mereka yang sudi untuk menderma membantu mereka yang ramai senasib seperti keluarga ibu tinggal ini.

‘Hidup dalam ketakutan setiap hari’
11 Julai 2016


SUNGAI BESAR - Seorang ibu tunggal hidup dalam serba kedaifan apabila terpaksa menyara seorang ibu uzur dan dua anaknya selepas berpisah dengan suaminya lebih dua tahun lalu.

Nazrah Japri, 44, tinggal di sebuah rumah usang di Parit 2 Timur, Sungai Besar ditemani ibunya, Timah Saman, 76, dan dua anaknya berusia 17 dan 18 tahun.

Nazrah yang bekerja sebagai tukang sapu dengan pendapatan RM600 sebulan tidak mampu membaik pulih rumahnya itu yang dikhuatiri bakal roboh pada bila-bila masa saja.

“Dinding dapur rumah ni hanya ditutup kanvas sebab struktur kayu dah reput.

“Nak ganti tak ada duit...macam ni lah nasib kami empat beranak hidup dalam ketakutan setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

“Anak sulung kerja sambilan jual air lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)...lepaslah untuk perbelanjaan dia. Lagi pun, dia kena kumpul duit sebab nak sambung belajar.

20160704

Dasar Perumahan Islam, Satu Keluarga Satu Rumah



Dasar Perumahan Islam, Satu Keluarga Satu Rumah. Biar kecil, asalkan ada tempat berteduh. Nak beli rumah semakin mahal, nak sewa pun makin mahal. Di Senawang rumah lama pun sekarang sewa RM500 paling kurang, di Rembau RM300. Nak beli rumah baru di Senawang paling kurang RM300000, di Rembau RM250000. Mana rakyat nak tinggal, terutama orang Melayu yang dulu negara ini dinamakan Tanah Melayu? Oleh itu perlu tindakan drastik untuk membantu keluarga untuk membaiki rumah usang, bina rumah kecil walaupun tak ada bilik, asalkan ada tempat berteduh, tidak hidup merempat atau hidup seperti nomad kerana sering berpindah randah kerana tak mampu bayar sewa yang tertunggak atau sering dinaikkan. Itu apa usaha yang kami lakukan sekarang. Kami tak mampu nak membina rumah PPRT yang kosnya RM30000. Tapi kami mampu dengan izin Allah dan sumbangan orang ramai membaiki beberapa rumah keluarga daif yang usang lagi atapnya bocor sana sini hanya dengan kos RM4600 ke RM10000 satu rumah. Andaikata dengan izin Allah, Allah gerakkan hati orang ramai untuk menyumbang, Dasar Perumahan Islam ini akan menjadi kenyataan, tak perlu ada bilik, asalkan ada tempat berteduh, dan tidak sering dihalau.