KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160712

Hidup dalam ketakutan setiap hari



Inilah hakikat yang kami hadapi dalam membantu mereka yang mendiami rumah yang daif, usang, atap bocor sana sini. Ramai yang tunggu dan lihat. Kami tak sanggup tunggu dan lihat, biarlah kami merayu kepada mereka yang sudi untuk menderma membantu mereka yang ramai senasib seperti keluarga ibu tinggal ini.

‘Hidup dalam ketakutan setiap hari’
11 Julai 2016


SUNGAI BESAR - Seorang ibu tunggal hidup dalam serba kedaifan apabila terpaksa menyara seorang ibu uzur dan dua anaknya selepas berpisah dengan suaminya lebih dua tahun lalu.

Nazrah Japri, 44, tinggal di sebuah rumah usang di Parit 2 Timur, Sungai Besar ditemani ibunya, Timah Saman, 76, dan dua anaknya berusia 17 dan 18 tahun.

Nazrah yang bekerja sebagai tukang sapu dengan pendapatan RM600 sebulan tidak mampu membaik pulih rumahnya itu yang dikhuatiri bakal roboh pada bila-bila masa saja.

“Dinding dapur rumah ni hanya ditutup kanvas sebab struktur kayu dah reput.

“Nak ganti tak ada duit...macam ni lah nasib kami empat beranak hidup dalam ketakutan setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

“Anak sulung kerja sambilan jual air lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)...lepaslah untuk perbelanjaan dia. Lagi pun, dia kena kumpul duit sebab nak sambung belajar.

Tiada ulasan: