KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160929

Sumbangan laptop



Sdr  Firdaus, Sukarelawan Yayasan Amal menyampaikan laptop baru kepada pelajar miskin Tingkatan 6 di Lubok Cina, Melaka pada 26 Sep 2016 sumbangan seorang hamba Allah. Semoga Allah balas dengan ganjaran kebaikan yang berlipat ganda di dunia serta akhirat kepada hamba Allah yg memberi sumbangan tersebut. Semoga pelajar ini berjaya dan menjadi anak yg solehah


Bantuan mangsa kebakaran rumah



AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan Sdr Nazri Zainal menyampaikan sumbangan kewangan kepada Sdr Idris Hj Nasir dimana rumah pusaka keluarga beliau telah terlibat dalam kebakaran di Kg Bagan Pinang, Port Dickson pada 26 Sept 2016





20160922

Ikat perut demi anak di Mesir



Fikir banyak kali sebelum hantar anak belajar luar negara jika tiada tajaan. Sedangkan yang ada tajaan pun sekarang ini kena keluar duit sendiri dulu sekitar RM11,000 untuk buat Visa, Insuran, Pemeriksaan Kesihatan dan beberapa urusan lain.

Kerajaan juga perlu siasat ejen swasta yang menguruskan penghantaran pelajar ini ke luar negara!

IBU BAPA TERPENGARUH DENGAN EJEN SWASTA KERANA JANJI KONONNYA ANAK MEREKA AKAN MENDAPAT TAJAAN JIKA CEMERLANG

Ikat perut demi anak di Mesir
22 September 2016

Pertubuhan Kebangsaan Ibu bapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir Malaysia  (Muafakat Mesir) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif kepada lebih 3,000 pelajar perubatan di sana bagi meneruskan pengajian dan mengelakkan lebih ramai kandas di tengah jalan.

Presidennya, Safian Tayib Hamidin, berkata, pihaknya mewakili ibu bapa merayu kerajaan segera membantu pelajar melunaskan yuran pengajian serta perbelanjaan sara hidup yang tertunggak.

“Ramai ibu bapa hantar anak ke Mesir memandangkan mereka sudah putus asa selepas kuota di universiti tempatan penuh. Lagipun anak mereka minat bidang perubatan dan mahu teruskan pengajian.

“Memandangkan tajaan Mara dan JPA tidak lagi ditawarkan, ramai ibu bapa terpengaruh dengan ejen swasta kerana janji kononnya anak mereka akan mendapat tajaan jika cemerlang,” katanya.

Padah tipu cinta doktor muda



Jika tipu RM75,000 penjara 21 tahun, adakah tipu RM150,000 penjara 42 tahun, tipu RM300,000 penjara 84 tahun dan seterusnya? Adakah hukumannya sama untuk mereka yang mencuri, menerima rasuah dsbnya?

Padah tipu cinta doktor muda
20 Sep 2016

MELAKA – Kelicikan seorang wanita yang menyamar di aplikasi media sosial untuk memperdaya seorang doktor muda sehingga sanggup menyerahkan RM74,250 bagi urusan majlis perkahwinan mereka akhirnya memakan diri apabila dia dijatuhi hukuman penjara 21 tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman tersebut dan denda sebanyak RM10,000 ke atas Siti Latifah Mohd. Said, 29, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaan ke atas kes yang berlaku dua tahun lalu itu.

Wanita dari Telok Mas di sini itu didakwa atas tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, Siti Latifah yang menyamar sebagai Khalisya Najwa didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM74,250 yang dilakukan sebanyak tujuh kali di tiga lokasi berasingan di Ayer Keroh antara 7 Oktober dan 3 November 2014.

Ketika kejadian mangsa bertugas sebagai doktor di Hospital Melaka.

Difahamkan Siti Latifah sebenarnya menyamar dengan dua watak berbeza untuk memperdayakan doktor lelaki itu.

20160913

Terima kasih semua



Terima kasih kepada para petugas, peserta, penyumbang, petugas agihan daging korban, juga penerima agihan daging korban untuk Program Korban pada 10 Zulhijjah 1437 sekitar Paroi, Senawang dan Rembau.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.