KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160922

Ikat perut demi anak di Mesir



Fikir banyak kali sebelum hantar anak belajar luar negara jika tiada tajaan. Sedangkan yang ada tajaan pun sekarang ini kena keluar duit sendiri dulu sekitar RM11,000 untuk buat Visa, Insuran, Pemeriksaan Kesihatan dan beberapa urusan lain.

Kerajaan juga perlu siasat ejen swasta yang menguruskan penghantaran pelajar ini ke luar negara!

IBU BAPA TERPENGARUH DENGAN EJEN SWASTA KERANA JANJI KONONNYA ANAK MEREKA AKAN MENDAPAT TAJAAN JIKA CEMERLANG

Ikat perut demi anak di Mesir
22 September 2016

Pertubuhan Kebangsaan Ibu bapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir Malaysia  (Muafakat Mesir) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif kepada lebih 3,000 pelajar perubatan di sana bagi meneruskan pengajian dan mengelakkan lebih ramai kandas di tengah jalan.

Presidennya, Safian Tayib Hamidin, berkata, pihaknya mewakili ibu bapa merayu kerajaan segera membantu pelajar melunaskan yuran pengajian serta perbelanjaan sara hidup yang tertunggak.

“Ramai ibu bapa hantar anak ke Mesir memandangkan mereka sudah putus asa selepas kuota di universiti tempatan penuh. Lagipun anak mereka minat bidang perubatan dan mahu teruskan pengajian.

“Memandangkan tajaan Mara dan JPA tidak lagi ditawarkan, ramai ibu bapa terpengaruh dengan ejen swasta kerana janji kononnya anak mereka akan mendapat tajaan jika cemerlang,” katanya.

1 ulasan:

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Bukan sahaja anak2 yg berlajar di luar negeri bermasalah dari sumber kewangan, yg berlajar di universiti tempatan pun sama. Mak bapak terpaksa ikat perut demi pelajaran dan masa depan anak2. Hebat kerajaan dan pemimpin BN masa kini. Yg salahnya orang melayu juga yg tidak cerdik berpolitik dan menjadi pengundi totok BN.