KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111031

Tawaran Sumbangan Sekolah Tahfiz di Seremban



SUMBANGAN DERMA UNTUK PENGUBAHSUAIAN SURAU, ASRAMA DAN MINI PERPUSTAKAAN
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No Pendaftaran : 41-123/2011 (JHEAINS)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Untuk keterangan sila lanjut hubungi :
019-6644320 (Bendahari)
019-6490630 (Mudir)

Sambutan 60 PAS peringkat Negeri Sembilan



MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad)
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
YB Dato Husam Musa
YB Dato Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Nasarudin Hasan
YB Hj Mohamad Taufek

Kupon Makan Malam cuma RM 10 seorang

Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828

Untuk sumbangan boleh disalurkan ke :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Bank Islam No akaun : 05030010000462

- Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

- Layari Blog PAS N.Sembilan untuk maklumat terkini di http://pasns.blogspot.com/

20111030

Kecurian penutup longkang semakin banyak di Seremban



Pada 26 Okt 2011, penutup longkang depan rumah kami di Taman Alamanda, Senawang telah dicuri. Kemudian pada 28 Okt 2011, penutup longkang rumah kakak saya di Taman Kobena, Senawang pula kena curi. Tempat lain sekitar Senawang dan Seremban pun banyak penutup longkang telah dicuri. Takkanlah nak harap polis atau Rukun Tetangga berkawal siang malam untuk jaga penutup longkang.

Sesiapa yang masih ada penutup longkang pasanglah floor plug. Yang terbaik, simen terus.

Fenomena ini seperti tiada kesudahan. Seolah-olah negara kita macam negara anarki, negara vandalisma, negara tidak bertamadun.

BUDAK TERJUNAM DALAM LONGKANG
Harian Metro 27 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Gara-gara besi penutup dicuri, seorang murid tahun enam nyaris maut terjunam dalam longkang sedalam empat meter berhampiran pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa, Lim Zhi Ying, 12, patah lutut kiri, luka belakang badan dan tangan kiri akibat terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan parah berikutan hujan dan air melimpah longkang sedalam kira-kira dua meter.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa pelajar sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor bersama 117 pelajar lain mengikuti lawatan sambil belajar selama empat hari ke beberapa negeri.

“Sebelum kejadian, bas yang saya naiki bersama rakan lain berhenti di tempat meletak bas sebuah pusat beli-belah dan turun bersama rakan lain untuk beratur dan masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan untuk lawatan.

“Malangnya, sebaik turun dari bas dan melangkah ke tempat berkumpul, saya tidak menyedari longkang berkenaan tidak berpenutup lalu terjatuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari guru pengiring dan beberapa rakan sebaik mendengar jeritan dan dentuman kuat.

“Saya hanya mampu menangis dan menahan kesakitan sebelum dibantu guru yang mendapatkan tangga untuk saya berpaut sebelum dibawa naik,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan tidak serius sebelum dibenarkan pulang.

Menteri larang pegawai kanan main golf


Menteri Pengangkutan telah melarang pegawai tinggi kerajaan bermain dan menganjurkan permainan golf walaupun di luar waktu tugas kerana dibimbangi menjejaskan mutu perkhidmatan awam. Saya bekerja di syarikat multinasional Eropah. CEO dari HQ di Eropah, MD dan Pengarah lain ditempat kerja saya tidak pernah bermain golf dikalangan mereka apatah lagi dikalangan pelanggan dan pembekal. Memang dalam ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini, mereka hanya memikirkan bagaimana untuk terus maju ke hadapan.

Tapi di Malaysia amat berbeza, ramai pegawai kerajaan terlibat dengan golf. Malahan Majlis Agama Islam Negeri pun menganjurkan pertandingan golf amal.

Pejabat Vietnam Dilarang Main Golf
Kamis, 27 Oktober 2011

Larangan diberlakukan menyusul menurunnya perekonomian Vietnam. Apa hubungannya?

VIVAnews - Kemerosotan ekonomi, mandeknya pembangunan dan kemacetan lalu lintas di Vietnam membuat rakyat dan investor di negara tersebut khawatir akan terciptanya krisis. Tapi, Kementerian Transportasi Vietnam memiliki kebijakan baru yang dapat mengatasi hal ini, yaitu melarang pejabat pemerintah main golf. Apa hubungannya?

Dilansir dari kantor berita CNN, Rabu 26 Oktober 2011, larangan ini berlaku untuk semua pejabat tinggi pemerintahan, termasuk para menteri. Larangan berlaku untuk semua hari, tidak terkecuali akhir pekan.

Dalam situs resminya, Menteri Transportasi Vietnam, Dinh La Thang, mengatakan larangan ini diberlakukan karena pejabat Vietnam banyak menghabiskan waktu mereka di lapangan golf. Alhasil, kinerja mereka dinilai menurun di tengah kondisi perekonomian Vietnam yang melemah.

Golf merupakan permainan favorit para pejabat Vietnam sejak negara tersebut memberlakukan sistem ekonomi terbuka pada akhir 1980an. Banyaknya penggemar permainan ini dari kalangan kelas atas membuat lapangan golf tersebar di seluruh negeri.

Kementerian Transportasi khawatir jika lapangan golf ditambah, maka akan membuat lahan pertanian semakin sedikit. Ini tentunya hanya menguntungkan investor asing dan merugikan rakyat.

Untuk mengawasi para pejabat agar tidak main golf, Kementerian Transportasi Vietnam mengaku telah menyiapkan mata-mata. "Kami memiliki banyak metode rahasia untuk mengawasi bagaimana staf menjalani perintah menteri," kata juru bicara Kementerian Transportasi, Pham Tang Loc.

"Di saat sulit seperti ini, pejabat tinggi harus konsentrasi menyelesaikan proyek penting, daripada menghabiskan waktu main golf. Kegiatan itu hanya buang-buang uang, ditambah lagi mereka menggunakan kendaraan milik pemerintah," lanjut Loc lagi.

Menteri Transportasi Dinh La Tang memang terkenal kerap mengeluarkan kebijakan yang mengejutkan. Untuk mengatasi kemacetan, dia memerintahkan para pejabat senior untuk menggunakan transportasi umum minimal seminggu sekali. Dia juga pernah memecat seorang pejabat karena dinilai lambat dalam membangun bandara internasional baru di Danang. (eh)

http://us.dunia.vivanews.com/news/read/259183-pejabat-vietnam-dilarang-main-golf

Wanita di Malaysia terdedah pelbagai mangsa jenayah, BIARKAN



Para wanita di Malaysia ini saban hari terdedah untuk menjadi mangsa pelbagai jenayah dari dalam rumah, tempat kerja, sekolah, internet dan sebagainya. Namun usaha menyeluruh dan bersepadu untuk mencegah amat kurang hanya mengharapkan kepada pihak polis semata-mata. Filem sibuk dengan cerita hantu, Khutbah Jumaat sibuk dengan isu yang amat sukar di faham oleh para jemaah hingga terlentok, meleleh air liur.

Sila baca artikel saya sebelum ini, Khutbah Jumaat yang menyebabkan para jemaah terlentok, meleleh air liur 1Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html

KERANI HILANG SELEPAS KE BANK
Utusan Malaysia 30 Okt 2011

SUNGAI PETANI 29 Okt. - Seorang kerani wanita sebuah syarikat di Sungai Lalang hilang sejak 17 hari lalu selepas ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang atas arahan majikan, menyebabkan keluarganya kini dalam kebimbangan.

Nor Fazilah Rohani, 24, anak ketiga daripada empat beradik, dipercayai hilang pada 11 Oktober lalu, selepas diberi kepercayaan oleh majikannya untuk mengeluarkan wang berjumlah RM3,000 bagi membayar bil elektrik.

Bapanya, Rohani Abdullah, 56, berkata, dia mengetahui kehilangan itu pada petang hari kejadian setelah dimaklumkan majikan Nor Fazilah kerana anaknya tidak pulang semula ke pejabat.

"Fazilah baru tiga bulan bekerja di syarikat itu dan pada hari kejadian, dia diberi kepercayaan menggunakan kenderaan syarikat bagi mengeluarkan wang berkenaan untuk melunaskan bil elektrik, sementara baki wang perlu dibawa pulang.

"Bagaimanapun, sehingga lewat petang, Fazilah masih tidak pulang ke pejabat menyebabkan majikannya terus datang ke rumah kami untuk memberitahu tentang kejadian tersebut," katanya di rumahnya di sini.

Ahli keluarga dan rakan-rakan turut mencarinya di merata tempat, namun hanya menjumpai kereta syarikat yang digunakan Nor Fazilah di sebuah pasar raya berdekatan bank pada pukul 3 pagi keesokannya.

Rohani berkata, laporan polis mengenai kehilangan Nor Fazilah dibuat selain mencari dengan inisiatif sendiri.

"Kami turut mengedarkan gambar Fazilah di merata-rata tempat di seluruh Sungai Petani dan Bedong, sehingga pencariannya juga sudah sampai ke Pulau Pinang serta Bukit Kayu Hitam," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup anaknya itu dikatakan keluar dari bank berkenaan pada 3.35 petang selepas mengeluarkan wang dan membayar bil elektrik pada 4.06 petang.

"Pada hari kejadian, Fazilah juga dikatakan menghubungi seorang abangnya pada 3.55 petang bagi memaklumkan tentang masalah kenderaan peribadi yang sedang dibaiki di Ipoh akibat terlibat dalam kemalangan September lalu," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Rahmah Nayan, 50, berkata, hubungannya dengan Nor Fazilah sangat rapat memandangkan dia merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Katanya, sebelum kejadian, Nor Fazilah tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik malah sentiasa ceria seperti biasa dan hubungan dengan adik-beradik lain juga berjalan lancar.

"Andaian pihak tertentu yang kata kehilangan tersebut dirancang Fazilah sendiri adalah sesuatu tidak berasas sebab dia tidak membawa wang simpanannya selain barang berharga miliknya tidak diusik," katanya.

Dia merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anaknya itu, atau mengambilnya, supaya menghantar Nor Fazilah pulang dengan segera ke Kampung Kongsi Enam, Sungai Lalang, 08100, Bedong atau menghubungi talian 012-5541142 atau polis. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

WANITA RISAU KESELAMATAN ANAK ANGKAT
Utusan Malaysia 30 Okt 2011

BALING 29 Okt. - Seorang pengusaha kantin bimbang dengan keselamatan anak angkat perempuannya berusia 21 tahun yang hilang sejak lima hari lalu.

Sharifah Abdul Syukor, 46, berkata, Nurul Adiba Ahmad yang bekerja dengannya di kantin Sekolah Kebangsaan Asam Jawa di sini tidak pulang ke premis itu selepas keluar membeli barang-barang untuk perniagaan kira-kira pukul 3.30 petang, Isnin lalu.

Menurut Sharipah yang berasal dari Kampung Tersusun Grik, Nurul Adiba atau lebih dikenali sebagai Kak Yong tidak pulang semula ke kantin selepas keluar membeli barang di kedai runcit di hadapan sekolah berkenaan.

Sharifah yang enggan wajahnya dirakam berkata, pada hari itu gadis berkenaan memakai seluar berwarna coklat gelap dan baju berwarna merah jambu.

Wanita itu bimbang jika anak gadisnya diculik kerana sejak bekerja dengannya, Nurul Adiba tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya tak tahu ke mana Kak Yong pergi. Saya risau dia diculik. Selain itu, Kak Yong juga tidak mempunyai sebarang masalah keluarga," katanya.

Tambahnya, sepanjang tinggal dengannya, gadis itu tidak pernah mendatangkan masalah atau pernah bertengkar dengan ahli keluarganya.

Katanya, tiga hari lalu dia ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon gadis itu, namun cubaan menghubunginya gagal.

"Selepas dapat SMS itu saya terus menghubunginya, namun telefon itu ditutup. Saya cuba berkali-kali, namun tidak berhasil," ujarnya sedih.

Katanya, dalam SMS itu gadis itu berpesan supaya tidak bimbang dengan keadaannya.

"Saya risau sekiranya yang hantar mesej itu bukannya Kak Yong, tetapi orang lain yang menggunakan telefon bimbitnya," katanya.

Sharifah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak angkatnya pada hari gadis itu tidak pulang ke rumah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

20111029

Jenayah jalan makin menjadi, wanita, lelaki manjadi mangsa



Jenayah di mana-mana sekarang. Wanita memandu kereta sering menjadi mangsa. Lelaki pun begitu juga. Entahlah apa nak jadi dengan negara ku Malaysia.

Pecah dan samun di lampu isyarat menjadi-jadi
Utusan Malaysia 29 Okt 2011

PETALING JAYA 28 Okt. - Kes pecah cermin kereta sebelum menyamun membabitkan pemandu wanita dikesan semakin menjadi-jadi di Lembah Klang sejak kebelakangan ini dengan tiga kes terbaru dilaporkan berlaku Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, dalam ketiga-tiga kes itu, mangsa dilaporkan disamun oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal semasa berhenti di lampu isyarat dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Beliau berkata, mangsa pertama merupakan seorang pengarah sebuah syarikat berusia 45 tahun yang memberhentikan kenderaannya di lampu isyarat Jalan PJS 8/2 di sini.

"Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, mangsa kehilangan beg tangan yang berisi RM500, telefon bimbit dan iPad," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Meor Hamdan berkata, dua lagi wanita dilaporkan menjadi mangsa penjenayah menggunakan modus operandi sama ialah seorang kakitangan bank dan jurujual kereta, masing-masing berusia 24 dan 27 tahun.

Beliau berkata, kakitangan bank terbabit disamun pada pukul 5.30 petang semasa berada dalam kereta di Jalan 16/10, manakala jurujual kereta pula menjadi mangsa selang 25 minit kemudian di SS 20/10.

Katanya, mangsa masing-masing mengalami kerugian berjumlah RM1,500 dan RM900.

"Daripada tiga kes tersebut, dua mangsa disamun semasa berhenti di lampu isyarat dan seorang terperangkap dalam kesesakan," katanya sambil menasihatkan pemandu supaya berhati-hati selepas ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_06.htm

10 penyamun hentak mangsa guna topi keledar
Harian Metro 29 Okt 2011

GOMBAK: Seorang lelaki cedera di kepala dan badan selepas dihentak dengan topi keledar oleh sekumpulan lelaki sebelum disamun menyebabkan kerugian dianggarkan RM5,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun bersama rakannya berjalan pulang ke rumah di Taman Tun Teja, di sini, selepas makan di restoran berhampiran.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul 10 lelaki menunggang motosikal menghampiri mangsa.

Menurut sumber, terkejut dengan kehadiran suspek, mangsa dan rakannya cuba melarikan diri namun gagal kerana kumpulan itu mengepung mereka.

“Seorang daripada suspek memaki-hamun mangsa sebelum suspek lain menghentak topi keledar ke kepala mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa minit dibelasah, suspek merampas telefon bimbit, gelang tangan perak dan rantai emas dipakai mangsa. “Suspek yang mendapatkan barangan berharga mangsa melarikan diri meninggalkan mangsa bersama rakannya yang cedera,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa dan rakannya yang cedera pergi ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bimbang kejadian sama berulang, dia membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10penyamunhentakmangsagunatopikeledar/Article/index_html

Kes bunuh diri kalangan Melayu makin kritikal, serius



Berita di bawah, seorang remaja perempuan 14 tahun dari tanah rancangan Felda di Kulaijaya, Johor menggantung diri. Dan di bawah pula, saudara baru kita terjun dari bangunan tinggi. Umat Islam , orang Melayu di Malaysia ini makin parah. 27 peratus pelajar di Malaysia sakit mental. Tetapi amat malang kita dilekakan oleh media saban hari dengan isu-isu lain, sedangkan isu berat di sekeliling kita, kita lupa.

Hidup Di Dunia Hanya Sementara, Hidup Di Akhirat , Kekal Sampai Bila-Bila

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

Atau berpunca dari masjid-masjid yang mati di Malaysia seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Sila baca artikel saya sebelum ini 11.3 peratus atau 3.3 juta rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di http://waghih.blogspot.com/2011/09/1-setiap-5-pelajar-sakit-mental.html

Juga artikel 27 peratus pelajar di Malaysia Sakit Mental, apa tindakan kita? Di http://waghih.blogspot.com/2011/10/27-peratus-pelajar-di-malaysia-sakit.html




TERTEKAN TERJUN BANGUNAN
Harian Metro 29 Okt 2011

KAJANG: “Saya terlalu tertekan sehingga tanpa berfikir panjang mengambil keputusan terjun dari sebuah bangunan,” kata seorang muallaf yang kini lumpuh separuh badan selepas mengalami kecederaan tulang belakang akibat jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Klang, September lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yusuf, 42, berkata, dia mengambil tindakan melulu itu kerana tidak tahan dengan tekanan keluarga selepas memeluk Islam kira-kira dua tahun lalu.

“Hari itu, saya bergaduh besar dengan keluarga ibu mentua, saya tidak boleh berfikir dengan betul dan kebetulan nampak sebuah bangunan berhampiran. Saya naik ke tingkat lima dan terjun,” katanya yang kini ditempatkan di Pusat Jagaan Siti Nor Aini, di sini.

Dalam kejadian 12 September lalu, Yusuf yang cedera parah dihantar ke hospital sebelum dibawa ke Pusat Jagaan Siti Nor Aini kerana tidak ada waris mahu menjaganya.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, berdasarkan kecederaan dialami Yusuf, dia perlu dijaga sepanjang hayat kerana sudah hilang upaya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertekanterjunbangunan/Article/index_html

PAKEJ MASALAH RUMIT
Harian Metro 29 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Tindakan menggantung diri yang dilakukan seorang remaja perempuan 14 tahun di sebuah tanah rancangan Felda di Kulaijaya, Johor, Rabu lalu, tidak hanya mencerminkan masalah putus cinta, tetapi menunjukkan pakej masalah rumit yang dihadapi.

Ini kerana tindakan nekad itu tidak berbaloi sekiranya dibandingkan dengan nilai hubungan ‘cinta monyet’ yang selalu dikaitkan dengan pelajar.

Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah, berkata masyarakat umum tidak seharusnya menilai tindakan pelajar terbabit sebagai kesan tekanan akibat putus cinta.

“Bila terjadinya kes bunuh diri, masyarakat mudah membuat kesimpulan ia berlaku akibat tekanan perasaan dihadapi mangsa.

“Tapi, kita tidak perasan tindakan nekad sebegini mencerminkan pakej bebanan masalah paling berat yang mungkin membabitkan keluarga, sekolah dan masyarakat sekeliling,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Dr Mohd Fadzillah, kejadian menggantung diri itu dipercayai berlaku akibat tiada kemahiran mengatasi pada diri mangsa.

“Pelajar ini dipercayai gagal berdepan masalah selain tidak mempunyai tempat rujukan untuk bantuan.

“Bayangkan konflik yang berlaku dalam diri seorang remaja...mungkin masalah yang ditanggung sukar dibincangkan dengan keluarga, rakan tiada yang memahami, sementara guru pula sukar didekati...kalau mengadu di Internet sekalipun, ia mungkin dipandang sepi,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pakejmasalahrumit/Article/index_html

20111028

Program Cuti Sekolah 11 ke 17 Dis 2011 Kota, N9



PROGRAM TAFAQQUH FI AL DIN
Tarikh : 11 - 17 Dis 2011
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa, Kota, N.Sembilan
Yuran penyertaan : RM500
Hubungi : 06-4450419
Maklumat lanjut di http://sekolahtinggiislamassofa.blogspot.com/

Polis masih buru 6 suspek samun

Sinar Harian 28 Okt 2011

SEREMBAN – Polis masih memburu enam suspek yang disyaki terbabit dalam tiga jenayah samun berasingan sekitar Senawang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Bagaimanapun, polis akan terus melancarkan gerakan memburu bagi mengesan dan menjejaki kesemua suspek terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Program ‘PDRM Bersama Pelanggan’, anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga menjadi mangsa samun apabila enam lelaki bermotosikal berusia 20-an memasuki gerai miliknya untuk membeli makanan di Taman Sri Pagi, Senawang.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Robiah Abdul Samad, 51, dan pembantunya yang mahu memulakan perniagaan tergamam apabila seorang daripada suspek mengeluarkan parang lalu mengacukan ke leher mangsa.

Suspek berjaya melarikan rantai leher dan beg pinggang milik mangsa.

Berdasarkan siasatan awal polis, kumpulan penjenayah itu turut dikesan melakukan jenayah sama di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Sri Mawar dan Paroi.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9678879.asp

20111027

Tanah Melayu dijajah kerana punyai teknologi canggih?



Apabila artikel saya mengenai watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” menyatakan dia adalah merupakan orang Islam, dan dikaitkan pula dengan kisah Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih terus Blog saya dan blog yang dipautkan di Spam dan tidak dapat dibuka.

Blog yang dipautkan dengan Teknologi Canggih Melayu zaman kesultananan Islam Melaka di http://artifakmelayu.blogspot.com/ tak boleh buka langsung.

Jangan risau, blog seakan-akan sama isi kandungannya ada di http://teknologi-tamadun-melayu.blogspot.com/ . Silalah muat turun apa yang patut, sebelum blog ini juga di SPAM.

Juga cerita saya mengenai Captain Jack Sparrow seorang Islam di http://waghih.blogspot.com/2011/10/captain-jack-sparrow-rupanya-orang.html

Antara isi kandungan Blog http://teknologi-tamadun-melayu.blogspot.com/ ialah :

Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

Begitu juga dengan manusia pertama yang belayar mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang pada era 1400-1500. Beliau tidak menggunakan kompas sebaliknya menggunakan Cakera Alam yang menggunakan lima buah cakera yang bukan sahaja mampu memberikan petunjuk arah, malahan juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air, dan pelbagai lagi.

Selain, itu, kita pada hari ini kagum dengan penciptaan mancis oleh orang Eropah. Namun sebenarnya, sudah lebih 600 tahun orang Melayu mencipta pemetik api yang sistemnya hampir sama dengan pemetik api moden dari segi saiz dan kegunaan.

Zainal Al-Johan juga menunjukkan kunci mangga yang dicipta oleh orang Portugis kira-kira 600 tahun dahulu. Kunci mangga ini sama seperti kunci mangga pada masa sekarang. Tetapi Zainal turut menunjukkan kunci mangga yang dicipta orang Melayu kira-kira 2000 tahun dahulu, tiga kali ganda lebih tua daripada kunci mangga ciptaan orang Portugis.

Sebuah alat muzik yang dikenali sebagai ”Tangtuang” diperbuat daripada tanduk kerbau dan berbentuk seperti trompet digunakan untuk berburu dan memulakan peperangan. Zainal menjelaskan cara meniupnya menggunakan pengetahuan prinsip bunyi dalam sains iaitu getaran, dengungan dan ruang (rekabentuk). Apabila beliau menggunakan tiga elemen tersebut ketika meniupnya, Tangtuang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan menggerunkan, sama seperti bunyi serombong kapal!

Mana perasaan prihatin, kasih sayang kita semua?



Pagi tadi nak keluar rumah, saya dapati penutup longkang depan rumah saya kena curi. Yang pasti ianya berlaku malam atau subuh tadi. Syukur yang dicuri ditepi rumah, bukan laluan kereta, dan syukur tiada kecederaan. Ini bukan kes terpencil, sudah menjadi lumrah dan fenomena biasa di Malaysia ketika ini.

Ibu dan isteri kita tidak selamat berada di halaman rumah pada waktu pagi ketika ramai pergi kerja, sudah banyak kes pemuda bermotosikal akan datang berpura-pura tanya jalan, tanya rumah untuk di sewa akhirnya menjadi mangsa samun, mangsa rompak, mangsa ragut.

Kita boleh mengambil langkah pencegahan, berjaga-jaga, mengadakan Skim Rondaan, Rukun Tetangga. Tetapi seolah-olah tiada kesudahan. Seolah-olah negara kita macam negara anarki, negara vandalisma, negara tidak bertamadun.

Sebagai orang Islam, jalan terawal, terakhir, dulu, kini dan selamanya ialah berdoa, mohon perlindungan dari Allah. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Untuk kes penutup longkang yang sering hilang ini, tadi saya minta tolong sahabat buatkan penutup longkang yang diskrukan ke tanah menggunakan “floor plug, bolt and nut”. Juga memberitahu kepada jiran-jiran dan anggota SRS juga KRT.

BUDAK TERJUNAM DALAM LONGKANG
Harian Metro 27 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Gara-gara besi penutup dicuri, seorang murid tahun enam nyaris maut terjunam dalam longkang sedalam empat meter berhampiran pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa, Lim Zhi Ying, 12, patah lutut kiri, luka belakang badan dan tangan kiri akibat terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan parah berikutan hujan dan air melimpah longkang sedalam kira-kira dua meter.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa pelajar sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor bersama 117 pelajar lain mengikuti lawatan sambil belajar selama empat hari ke beberapa negeri.

“Sebelum kejadian, bas yang saya naiki bersama rakan lain berhenti di tempat meletak bas sebuah pusat beli-belah dan turun bersama rakan lain untuk beratur dan masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan untuk lawatan.

“Malangnya, sebaik turun dari bas dan melangkah ke tempat berkumpul, saya tidak menyedari longkang berkenaan tidak berpenutup lalu terjatuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari guru pengiring dan beberapa rakan sebaik mendengar jeritan dan dentuman kuat.

“Saya hanya mampu menangis dan menahan kesakitan sebelum dibantu guru yang mendapatkan tangga untuk saya berpaut sebelum dibawa naik,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan tidak serius sebelum dibenarkan pulang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakterjunamdalamlongkang/Article/index_html

Promo Parang Korban 30 Okt 2011 di Shah Alam



Sempena Idil Adha 1432 H sesiapa belum ada parang yang sesuai untuk menyembelih, melapah, menghobin semasa ibadah korban, bolehlah mengunjugi Gerai Mentaus pembuat parang Melayu yang klasik dan unik di bawah ini :

JUALAN PARANG MENTAUS CRAFTS
Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : "Pasar Karat", Perkarangan Stadium Shah Alam

Info lanjut pada Blog Mentaus Craft di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

HOBIN JANG HOBIN !

Forum Keusahawanan 29 Okt 2011 Seremban, PERCUMA

FORUM KEUSAHAWANAN
Tarikh : 29 Okt 2011 (Sabtu)
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Dewan Seri Minang, Pejabat RISDA, Seremban, N.Sembilan

PERCUMA !

Terbuka kepada semua usahawan, bakal usahawan, para graduan dan kepada sesiapa yang berminat

Anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri, N.Sembilan

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Nor Fadzilah 019-3566925 (PKNNS)

Promo program di http://usahawann9.blogspot.com/2011/10/forum-keusahawanan.html

20111026

Peluang Keemasan Ibadah Korban di Somalia 1432H



Korban Ke Arah Kebajikan

Islamic Relief Malaysia (IRM) akan menganjurkan Program Qurbani 2011 dengan motto “Qurban ke arah Kebajikan” buat tahun yang keenam (telah bermula pada tahun 2006).

Pada tahun 2010, IRM telah menerima sumbangan dari penderma sebanyak 612 bahagian didermakan kepada penerima manfaat di dalam dan di luar Malaysia. Di Malaysia sahaja, IRM telah giat menjalankan qurban di Kelantan, Kedah dan Selangor. Manakala qurban di luar negara melibatkan 28 buah negara, di antaranya seperti SOMALIA, Bangladesh, Afghanistan, Ethiopia, Kenya, Chad, China, Bosnia, Kosovo, Chechnya, Yemen, Indonesia, Turki, Jordan, Mesir, Lebenon, India, Sri Lanka, Pakistan, Sudan, Malawi, Malim, Iraq dan Niger.

Bagi qurbani tahun 2011, IR dan cawangan-cawangannya di seluruh dunia mensasarkan penerima manfaat di 31 buah negara. Manakala secara khusus, IRM mensasarkan penerima manfaat di 19 buah negara dengan sasaran sebanyak 602 bahagian.

Harga daging qurban untuk satu bahagian adalah berbeza mengikut kumpulan-kumpulan negara tertentu contohnya bagi Malaysia, satu bahagian ialah berharga RM390.00. Bagi negara-negara seperti Ethiopia, India, Kenya, Sri Lanka dan Chad, harga satu bahagiannya adalah paling rendah iaitu RM250.00.

Ibadah qurban anda boleh didaftarkan melalui borang yang disediakan, dan sumbangannya disalurkan di atas nama “ISLAMIC RELIEF MALAYSIA” ke nombor-nombor akaun berikut:

MBB 5621 4270 8704

CIMB 1259 0000 804 058

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program kemanusiaan IRM, sila layari laman blog rasmi IRM di http://www.irmblog.org/ atau menghubungi pihak IRM di talian tetap 03-8948 6334 atau email ke info@irmblog.org

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin
Pengarah Negara, Islamic Relief Malaysia
http://irmblog.org/2011/10/islamic-relief-malaysia-irm-lancar-program-qurbani-2011-korban-ke-arah-kebajikan/

Turap jalan Muhyiddin datang, tapi jalan bahaya



Pada 15 Oktober 2011 yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sembilan. Sebelum kedatangan TPM banyaklah projek menurap jalan, naik taraf infrastruktur sekitar Ampangan dan Senawang, termasuklah jalan yang setiap hari saya lalu di Persiaran Senawang.

Kenapa perlu tunggu TPM atau PM datang baru ada projek seperti penurapan jalan, sedangkan pengguna jalanraya setiap hari berdepan dengan jalan yang berlubang. Kekadang tak perlu pun diturap sepanjang jalan, cukup dengan tampal lubang, buang pasir, sudah cukup untuk keselamatan pengguna jalanraya.

Pagi tadi saya menyaksikan kemalangan jalanraya berhampiran Rumah Pangsa Senawang 2, Taman Sri Mawar, tempat lawatan rasmi TPM tempoh hari. Saya dari seberang jalan dari pekan Senawang menuju ke Tol, pasangan suami isteri tersebut dari Tol menuju ke pekan Senawang. Tiba-tiba saya nampak kelibat motosikal jatuh betul-betul di simpang tiga lampu isyarat berhampiran Klinik Permata, Taman Sri Mawar.

Tak sedap hati saya menuju ke arah tol dan patah balik. Orang ramai telah mengalihkan pasangan suami isteri tadi ke tepi jalan. Pasangan Melayu umur 50an. Isteri tak ada apa-apa kecederaan yang kelihatan. Suami terbaring, sedar tak sedar, menahan kesakitan di dada.

Tempat pasangan suami isteri tadi jatuh terdapat banyak batu dan pasir atas jalan. Kemungkinan motosikal terjatuh apabila melalui kawasan yang banyak batu dan pasir atas jalan, lalu hilang kawalan dan terjatuh.

Pasangan suami isteri tadi di bawa oleh seorang pengguna jalanraya yang prihatin ke Hospital Seremban menggunakan Triton. Sementara saya menguruskan motosikal dan lain-lain barangan, laptop, kasut, topi keledar untuk dipulangkan kepada keluarganya yang tinggal tidak jauh dari situ.

Menurut anak pasangan tadi, emak dan ayahnya dalam perjalanan untuk berniaga di kedai di pusat penjaja Ampangan.

Apabila semua urusan selesai, sambil membawa kereta, saya perhatikan beberapa tempat, terutama selekoh, persimpangan jalan, memang banyak batu dan pasir yang amat membahayakan pengguna jalanraya, terutamanya penunggang motosikal.

Bukan nak salahkan sesiapa, tetapi boleh dikatakan budaya orang Malaysia agaknya, gah untuk membuat projek, tetapi tidak gah dari aspek penyenggaraan.

Gah untuk menubuhkan Skuad Sukarelawan, macam Sukarelawan PLKN, tapi rumah sendiri tak terjaga, rumah orang tua di kampung tak terjaga, surau dan masjid di tempat sendiri pun tak terjaga, harapkan Tok Siak.

Kalau memandu kereta, saya kebiasaannya akan membawa parang yang tajam, niat kerana Allah. Kalau nampak dahan patah yang menghalang jalan, boleh dipotong.

Kalau jalan kaki, di tepi jalan, kadang kala pandang bawah, kalau nampak paku segera ambil dan buang dalam longkang. Takut ada pengguna jalanraya akan terpancit tayarnya.

Berbalik ke banyak batu dan pasir atas jalanraya tadi. Sekiranya kita tinggal kawasan berhanpiran, sementara nak menunggu JKR atau Majlis Perbandaran baiki atau bersihkan, apa salahnya kita tolong bersihkan, niat kerana Allah.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

Tak lena tidur
Harian Metro
16 Okt 2011

Maimon antara empat keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima kunjungan Muhyiddin di Rumah Pangsa Senawang 2, di sini, sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini.

Lawatan itu turut membawa khabar gembira bagi semua penghuni 17 blok rumah pangsa itu apabila kerajaan mengumumkan bantuan baik pulih serta penambahbaikan bangunan itu melalui peruntukan RM3 juta.

Terdahulu, ketika melawat Pusat Penjaja Ampangan di sini, Muhyiddin mengumumkan pemberian peruntukan RM5.45 juta bagi menaik taraf tiga lokasi di kawasan terbabit.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011101523002820111015230028/Article/artikelMA

Melayu Pakar Jurutera Otomotif hebat di Senawang



Malam tadi selepas solat jemaah Maghrib di Surau Alamanda, saya dan anak-anak ke Restoran Nasi Arab Lazeez, sebelah Balai Polis Bandar Baru Senawang, bungkus untuk makan bersama keluarga di rumah. Sementera menunggu nasi dibungkus, saya perasaan dua orang lelaki berbaju hitam sedang bersiap untuk makan.

Baju T yang digunakan merupakan pakaian seragam tertera Mag Apprentice. Tak syak lagi mereka ini dari Bengkel Kereta Mag Auto di Senawang. Saya perasaan sebab blog Mag Auto ini di http://mag-auto.blogspot.com/ selalu dikemaskini dengan pelbagai aktiviti perkhidmatan semasa mereka. Boleh dikira blog usahawan yang paling aktif dan menarik saya jumpa setakat ini.

Saya sendiri tidak pernah pergi ke bengkel berkenaan, namun apa yang terpapar pada blognya membuktikan pemiliknya seorang yang berdedikasi.

Yang saya begitu kaget dan kagum ialah bengkel Mag ini tak macam bengkel lain, mereka mengamalkan prinsip kebersihan dan kekemasan yang disaran Islam yang begitu tinggi, lebih hebat dari 5S.

Bengkel mereka bersih, macam hospital. Pekerja mereka juga bersih, kemas dan tidak selekeh.

Balik kepada dua orang lelaki yang saya jumpa tadi, saya pun memberi salam dan menegur mereka. Borak punya borak, salah seorang adalah merupakan pemilik Mag Auto, iaitu Zamani.

Zamani ni begitu merendah diri, terus terang dia kata dia tiada kelulusan tinggi, tapi mempunyai pengalaman dalam industri otomotif, akhirnya menjadi usahawan otomotif yang berjaya.

Zamani adalah merupakan anak peneroka Felda di Tampin. Sekarang ini beliau mengumpulkan semua belia-belia Felda yang gagal dalam pelajaran tetapi berminat untuk menceburi bidang otomotif untuk dilatih dan bekerja dengan beliau.

Itulah hebatnya Bengkel Mag Auto yang diusahakan Zamani ini. Ianya bukan sebarang bengkel, ianya boleh jadi pusat latihan, pusat usahawan, mini universiti dan macam-macam lagi.

Dia menjemput saya datang ke bengkelnya bila-bila masa. Saya kata esok Deepavali buka ke? Dia kata bengkel dia buka sepanjang masa , kecuali Idil Fitri dan Idil Adha.

Di bawah ini sedikit maklumat mengenai Mag Auto :

Bengkel Kereta dan Drag Race
MAG AUTO GARAGE
No: 76, JALAN TPS 4
Senawang Business Park
70450, Seremban, Negeri Sembilan

General Mechanical & Servicing
* Engine Conversion Upgrading
* Modification Of Engine & Parts
* New & Used Performance Parts

Office (Seremban, Negeri Sembilan) : O6 - 6770002
Untuk sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi
ZAMANI : 019 - 3874976

20111024

Program Meraikan Ibu Tunggal Sempena Idil Adha 1432H



Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPP) akan mengadakan Hari Mesra Kasih sempena Hari Raya Idil Adha 1432 H yang bakal menjelang.

Seramai 20 orang ibu tunggal akan diraikan beserta sumbangan daripada pihak PPP Taman Tasik Jaya.

Orang ramai yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan keperluan dapur bolehlah menghubungi Pn Hjh Ciana 017-3629686 (Setiausaha PPP) atau Pn Wani 013-3851202 (Naib Pengerusi PPP) .

Butiran lanjut program adalah seperti berikut ;

HARI MESRA KASIH
Tarikh : 30 Okt 2011, Ahad
Masa: 3 petang
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang

20111023

Keluhan peniaga Pasar Ampangan lepas kunjungan TPM


Pada 15 Oktober 2011 yang lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sembilan. Salah satu tempat yang dilawatinya ialah Pasar Ampangan di Ampangan, Seremban. Hampir setiap minggu saya dan isteri mengunjungi Pasar Ampangan ini kerana terdapat pelbagai jenis makanan basah dan kering. Dan salah satu penyeri Pasar Ampangan ini ialah para peniaga yang menjual pelbagai juadah untuk sarapan di perkarangan luar pasar ini.

Sehari selepas kunjungan TPM ke Pasar Ampangan, saya membeli belah di pasar tersebut. Para peniaga merungut mengenai kedatangan TPM. Mereka bukan merungut kepada TPM, tetapi mereka merungut kepada penganjur. Penganjur telah menutup banyak jalan masuk ke pasar pada pagi tersebut, menyebabkan kurang pembeli datang pada hari tersebut, lalu perniagaan mereka merosot.

Memang mereka hargai kunjungan TPM, tetapi pengiring-pengiring serta juak-juak yang terlalu ramai yang mengiringi TPM menyebabkan ramai pembeli pada hari tersebut beralih arah.

Yang kedua ialah mengenai pengumuman TPM peruntukan RM500,000 untuk menaik taraf Pasar Ampangan. Semalam saya berjumpa para peniaga makanan di perkarangan pasar tersebut. Salah seorangnya saya kenali sudah lebih 10 tahun. Dari dulu dia berniaga sehinggalah sekarang, hanyalah menggunakan meja buruk dan payung.

Saya kata lepas selepas pengumuman TPM, mungkin kawasan para peniaga ini akan ada gerai tetap, bersimen dan berbumbung. Para peniaga tadi kata elok apa, mereka akan naik taraf Pasar Ampangan menjadi bangunan 2 tingkat. Para peniaga makanan akan berniaga di tingkat 2.

Tergamam dan terkedu saya mendengar apa yang dikatakan peniaga tadi. Betul ke Pasar Ampangan akan dibuat 2 tingkat. Sudah berapa banyak premis perniagaan yang 2 tingkat yang tak laku di bandar ini, yang amat menjejaskan pendapatan para peniaga yang rata-ratanya orang Melayu.

Tengok saja yang dekat dengan Pasar Ampangan, iaitu Plaza UDA Ampangan. Kalau tiada Pasaraya Giant di Plaza UDA, tiadalah penyeri plaza tersebut. Itu pun yang meriah hanya di tingkat bawah. Begitu juga dengan Plaza MARA Seremban dan Bazaar MAINS di tengah kesesakan bandar Seremban.

Apakah penaiktarafan Pasar Ampangan ini hanya akan memberi keuntungan kepada sesetengah pihak sahaja terutama pihak kontraktor? Apakah tingkat 2 Pasar Ampangan nanti akan lesu seperti Plaza Ampangan dan Bazaar MAINS? Apakah para peniaga sedia ada akan berniaga di tepi-tepi jalan seperti biasa selepas Pasar Ampangan dinaiktaraf?

Artikel saya sebelum ini mengenai kelesuan Plaza UDA Ampangan, Plaza MARA Seremban dan Bazaar MAINS di http://waghih.blogspot.com/2008/10/faktor-bazaar-mains-kurang-pengunjung.html


Forum Perdana



Motivasi Santai



20111022

Makan Malam bersama Aishah 29 Okt 2011



MALAM JALINAN KASIH : UNTUKMU WANITA
Tarikh : 29 Oktober 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : PJ Perdana , Seremban
Kupon : RM 50/org
Tetamu : Biduanita Negara, Penyanyi Aishah
Anjuran : Hal Ehwal Wanita (HALWA) Negeri Sembilan.

Antara yang menarik :
Penampilan istimewa Aishah
Bual Bicara
Persembahan Kebudayaan
Cabutan Hadiah

Untuk tempahan atau pertanyaan sila hubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Ainul 013-6971176.

TEMPAT TERHAD - UNTUK WANITA SAHAJA

20111021

Captain Jack Sparrow rupanya orang Islam



Rupa-rupanya watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England, setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya.

Sedikit maklumat mengenai siapa Imam Suhaib Webb ini dalam artikel saya sebelum ini bertajuk Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.

Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih seperti yang ada di Blog Khazanah Melayu di http://artifakmelayu.blogspot.com/





The Legend of Captain Jack: From Birdy to Sparrow
May 19, 2011

In the late 16th century a young boy collecting scraps of wreckage from the docks wondered if he’d ever leave Faversham in the borough of Kent, the hottest place in the entire United Kingdom. It was a marshy place of little importance to anyone but the brigand. Its docks were a haven for smugglers and pirates and other such unsavory folk. That boy was John Ward, whose dreams would one day come true, though perhaps not in the way he had wanted; he would become Jack Birdy, the most fearsome pirate in the world, and towards the end of his life, Yusuf Reis, penitent Muslim, wealthy beyond any man’s dreams, spending the remainder of his life in his Tunisian palace.

The legendary Captain Jack Birdy, once sung about by every balladeer in England, might have all but been forgotten, yet his memory remains as the spirit behind the fictional character Captain Jack Sparrow played by Johnny Depp in the “Pirates of the Caribbean” film franchise. Who was Johnny Ward, the child rummaging through the fishing docks of Faversham? Who was John Ward, the British Naval officer? Who was Captain John Ward, the privateer endorsed by the Crown of England? Who was Captain Jack Birdy, the privateer turned pirate betrayed by that same Crown? And finally, who was Yusuf Reis, formerly Captan Jack Birdy, formerly Captain John Ward, who would rescue thousands upon thousands of Spanish Jews and Muslims fleeing the Moriscos and Conversos expulsion of the 16th and 17th centuries?These were all one man. With so many characters wrapped in one, the stories of his adventures are exponentially more exciting than anything a Hollywood film could capture.

Cerita penuh hasil kajian Imam Suhaib Webb mengenai Captain Jack Sparrow ini di http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/



20111019

Institusi keluarga di Malaysia makin hancur, ini buktinya



Institusi Islam kita makin canggih, kita ada JAKIM, ada Majlis Agama Negeri, ada KAGAT. Di Negeri Sembilan pula tak lama lagi ada Menara MAINS, banyak masjid cantik dan bertingkat-tingkat. Kursus perkahwinan pun makin banyak dan mantap. Majlis perkahwinan, hantaran dan persandingan pun makin hebat. Tetapi di mana silapnya?

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

77 kes cerai setiap hari
Kosmo 19 Okt 2011

KUALA LUMPUR - Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

20111018

Jeneral kita masuk tandas pakai kalimah Allah



Adalah menjadi kenyataan bahawa Jeneral-Jeneral di Malaysia ini yang berpakaian seragam tentera akan memakai kalimah Allah apabila masuk ke tandas. Kenapa ini boleh berlaku sedang kita membincangkan isu untuk memartabatkan agama Islam dan menyelamatkan akidah umat? Adakah perkara ini isu remeh temeh sehingga semua pihak terlepas pandang?

Apa yang dimaksudkan ialah pada lencana pangkat seorang Jeneral ada 1 lencana crown atau mahkota yang jelas tertulis kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi atau tulisan bahasa Al Quran.

Sudah pasti crown ini akan dibawa ke mana-mana oleh Jeneral tersebut apabila masuk ke tandas.

Yang menggunakan crown ini bukan hanya mereka berpangkat Jeneral, akan tetapi mereka yang berpangkat Mejar , Leftenan Kolonel, Kolonel, Leftenan Jeneral hinggalah ke Jeneral. Juga mereka berpangkat Pegawai Waran II dan Staf Sarjan juga memakai crown ini.

Penggunaan crown ini bukan hanya terdapat dalam perkhidmatan tentera , malah ianya digunakan dalam perkhidmatan polis, penjara, bomba dan lain-lain jabatan.

Baru-baru ini saya dengan rakan sepejabat yang bukan Islam saya berurusan dengan satu jabatan kerajaan. Kami bertemu seorang pegawai bukan Islam yang memakai pakaian seragam dengan pangkat pada kiri dan kanan bahunya jelas ada crown yang tertulis kalimah Allah.

Dalam hati saya terdetik, bagaimana pegawai bukan Islam ini memakai kalimah Allah tersebut dan menggunakannya semasa ke tandas.

Apabila selesai berurusan dalam perjalanan pulang dalam kereta, saya bertanyakan rakan saya yang bukan Islam. Saya berkata, tahu tak di Malaysia ini, orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah? Dia seakan terperanjat dan kata tidak tahu pula.

Saya tanya dia sekali lagi, dia perasan tak pegawai bukan Islam tadi ada kalimah Allah dan Muhammad pada pangkat di bahunya? Sekali lagi dia terperanjat dan dia memang amat-amat keliru akan apa yang berlaku sekarang.

Dia amat keliru kenapa pegawai kerajaan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan dalam pada masa yang sama orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.

Apa yang agak memalukan saya ialah apabila rakan saya yang bukan Islam tadi berkata, bukankan kalimah Allah itu dianggap suci oleh orang Islam, dan tidak patut di bawa ke tandas?

Saya pun diam sajalah.

Mungkin Mejar Jeneral (Bersara) Jamil Khir Baharom ada jawapannya?

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

Artikel saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Juga artikel berjuta-juta orang Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

Sumber pangkat di http://ms.wikipedia.org/wiki/Lencana_pangkat_Angkatan_Tentera_Malaysia

20111017

Masjid masjid yang mati di Malaysia dan peruntuh agama



Begitu banyak masjid-masjid yang mati di Malaysia pada ketika ini. Dalam pada masa yang sama berjuta-juta orang Melayu setiap hari meruntuhkan agama Islam. Marilah kita sama-sama menghidupkan masjid-masjid ini dan membangunkan agama. Sentiasalah berdoa agar kita tidak digolongkan di kalangan orang yang mematikan masjid serta orang yang meruntuhkan agama Islam.

Artikel saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Juga artikel berjuta-juta orang Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

20111016

Jika ada yang sudi bantu, rumah mereka terbakar



Pada 4 Oktober 2011 keluarga nenek Tiawi bte Uchus dari Kg Kepis Baru (Air Rambutan) di DUN Johol, Negeri Sembilan telah diuji oleh Allah swt apabila satu-satunya tempat kediaman mereka telah musnah sama sekali dalam satu kebakaran. Nenek Tiawi tinggal bersama anak serta menantunya serta 3 orang cucu kesayangannya dimana salah seorang dari mereka adalah merupakan anak OKU (Orang Kelainan Upaya).

Sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun BSN : Tiawi bte Uchus , No akaun 0520029000100120 atau menghubungi En Khalid Shahid di talian 013-6808308.

Hangus dalam sekelip mata
Sinar Harian , 4 Okt 2011

KEPIS – Sebuah rumah hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Kepis Baru Air Rambutan, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira 3.10 petang menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM15,000.

Mangsa, Tiawi Uthus, 72, berkata, ketika kejadian dia bersama anak perempuannya tiada di rumah.

Menurutnya, semua barang di dalam rumah tidak dapat diselamatkan dan api marak dengan cepat sekali gus memusnahkan rumahnya.

“Hanya mengambil masa 15 minit, rumah yang dibina sendiri itu hanya tinggal abu sahaja,” katanya.

Tiawi berkata, pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal api dalam tempoh setengah jam.

“Memandangkan jalan memasuki kampung ini sempit, selain dahan pokok menutupi jalan mengakibatkan pihak bomba terpaksa meninggalkan kenderaan mereka 20 meter dari tempat kejadian.

“Ditambah pula, dengan tekanan air rendah, pihak bomba terpaksa mengambil air di sungai berhampiran. Walau bagaimanapun, saya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9635996.asp

20111015

Motivasi Pelajar 1Umat 20 Nov, 4 Dis 2011 di N.Sembilan



PROGRAM CUTI SEKOLAH
Tema : Asas-Asas Muslim
Tarikh : 20 Nov – 4 Dis 2011
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 19 tahun lelaki sahaja
Hubungi : Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240
Yuran : RM 300 sahaja ( termasuk, tempat tinggal bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Jumlah peserta : Terhad kepada 30 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)

Anjuran http://madrasahbongek.blogspot.com/

OBJEKTIF :
- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna
- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah
- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar

PENGISIAN :
- Kelas Al Quran, Tauhid, Fiqh dan Adab
- Kelebihan Amalan, Sirah Nabi dan Sahabat
- Sembahyang Berjemaah Lima Waktu dan Qiamullail
- Sembahyang-Sembahyang Sunat, Zikir dan Doa
- Riadhah dan Aktiviti Kemasyarakatan

KEPERLUAN PESERTA :
- Pakaian yang cukup dan sesuai untuk aktiviti agama dan luar
- Keperluan asas seperti ubat gigi, sabun dll
- Bantal, sarung bantal, selimut dan cadar
- Alat membasuh, baldi, hanger dan sepit baju
- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk tempoh 2 minggu

Ceramah Melayu DAP 28 Okt 2011 di Jelebu



CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Penceramah :
YB Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Ketua PKR Rembau
Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, DAP www.facebook.com/colroseli
Tarikh : 28 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan

20111014

12 juta Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia



Bercakap mengenai mempertahankan akidah dan memartabatkan agama Islam, tahukah kita satu kajian mendapati 80 peratus umat Islam di Malaysia ini tidak menunaikan solat fardu. Majoriti umat Islam di Malaysia ini ialah orang Melayu, kalau ada 15 juta orang Melayu di Malaysia ini, bermakna 12 juta orang Melayu pada ketika ini sedang meruntuhkan agama Islam.

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)
http://www.ustazamin.com/2009/07/diari-95-solat-itu-tiang-agama.html

Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
http://upi.iskandariah.perubatan.org/2010/04/solat-lima-waktu-80-peratus-tidak.html

Statistik penduduk Malaysia di http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/eco_stat/pdf/1.2.5.pdf

Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1432 H



PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1432 H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi dalam DUN Paroi

1 Bahagian RM 350 (Lembu)
1 Ekor Kambing RM550

Maklumat lanjut sila hubungi
Sdr Hassan 019-2171942
Sdr Sufian 013-3589328

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Kursus Terapi Solat 27, 28 Okt 2011 Seremban



KURSUS TERAPI SOLAT SEMPURNA
Tarikh : 27 & 28 Okt 2011 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8 pg - 5 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, N.Sembilan
Penceramah :
Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim (Ketua Penyelidik Biokejuruteraan Solat, Universiti Malaya)
Ustaz Nizam Abd Kadir (Tanyalah Ustaz TV9)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran tel 06-6787155 (Ustazah Suraya /Ustazah Fauziah)
Semua dijemput hadir
Penyertaan kursus terhad kepada 200 orang peserta sahaja

Program Sains Solat : Kebaikan Daripada Perspektif Sains oleh Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim, di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

20111013

Somalia di Senawang 20 Okt 2011 ini, Jom ke sana



RAYUAN KRISIS SOMALIA
Tarikh : 20 Okt 2011 (Khamis)
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Bersama Hj Zairulshahfudin Zainal Abidin – Pengarah Islamic Relief Malaysia

Semua dijemput hadir

Anjuran : Pertubuhan IKRAM Negeri Smebilan dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang dan Islamic Relief Malaysia (IRM)

20111011

Taklimat Usahawan 22 Okt 2011 Seremban, PERCUMA

TAKLIMAT PEMBIAYAAN USAHAWAN BUMIPUTERA (PROSPER)

Dimaklumkan bahawa Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri, N.Sembilan (UPEN.NS) akan mengadakan Taklimat Pembiayaan Peruncitan (Prosper) untuk usahawan dan juga bakal usahawan bumiputera Negeri Sembilan. Taklimat ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 9 pg - 2 ptg
Tempat : Dewan Dewan Theatrette, Tingkat G, Wisma Negeri, Seremban

Sehubungan dengan itu, di jemput semua usahawan dan juga bakal usahawan hadir ke taklimat tersebut.

Siswazah yang berminat juga dijemput hadir sama.

Taklimat adalah percuma.

Bayaran sebanyak RM 20 akan dikenakan kepada usahawan yang ingin menduduki ujian keusahawanan.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Mohd Zulazly (UPEN.NS) di no 06-7659969 atau 016-6710870.

Atau rujuk laman web www.punb.com.my



20111009

Yuran sekolah 2012 Percuma TAPI Yuran PIBG Mahal



Adalah lebih baik yuran sekolah untuk tahun 2012 dikekalkan yang hanya sebanyak RM33.50. Sebaliknya Yuran PIBG yang ada sekolah sampai RM 200 mungkin ada yang sampai RM 400 seorang pelajar dihadkan hanya kepada RM 30 sekeluarga. Apalah guna kita gembira menyambut pemansuhan yuran sekolah yang sedikit sedangkan yuran PIBG masih mahal.

Kalau sekolah perlukan duit untuk menjalankan aktiviti di sekolah melalui PIBG hendaklah digalakkan ibu bapa menderma kepada sekolah, kerana derma kepada sekolah akan dikecualikan cukai. Juga harap disegerakan proses pengecualian cukai kepada semua sekolah, agar mudah ibu bapa dan sektor korporat menderma kepada sekolah.


Selaras bayaran elak penetapan yuran sesuka hati
9 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Kadar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) yang kini berbeza mengikut sekolah perlu diselaraskan di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian menaikkan bayaran sesuka hati berikutan pemansuhan yuran persekolahan mulai tahun depan.

Sehubungan itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan, mahu satu garis panduan berhubung kadar yuran diwujudkan bagi mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan sekali gus membebankan keluarga berpendapatan rendah.

Mohamad Ali berkata, selain itu, pihaknya mencadangkan lebih banyak syarikat korporat dan persendirian menyumbang kepada PIBG dan tidak hanya menumpukan sumbangan ibu bapa kerana mereka boleh mendapat pengecualian cukai bagi tanggungjawab sosial.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Selarasbayaranelakpenetapanyuransesukahati/Article

Ucapan Belanjawan 2012
Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma.

Bagi menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut, maka sumbangan seperti ini diberi potongan cukai. Kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article

Bajet 2012 Pertahanan, Peralatan Usang hingga 2020





Bajet 2012 memberi manafaat kepada bekas pejuang negara dan juga kem dan kuarters tentera. Akan tetapi adakah susulan dari itu akan mengakibatkan peralatan pertahanan yang tua dan uzur akan digunakan sehingga 2020 antaranya kapal peronda dan kapal perang yang usianya melebihi 30 tahun, kereta perisai Condor yang digunakan sejak awal 1980an dan helikopter Nuri yang digunakan sejak 1960an.

Kita ikuti ulasan mereka yang mengikuti perkembangan pertahanan negara, jangan pula ada media dan wartawan yang tanya para artis apa pendapat mereka mengenai bajet pertahanan negara.

Bajet 2012 berjumlah RM232.2 bilion dimana untuk pertahanan ialah RM13.714 bilion, kirang RM100 juta berbanding bajet 2011 iaitu RM13.823 bilion.



Dari RM13.7 bilion tersebut, RM10.945 bilion adalah untuk pengurusan (gaji, operasi, logistik) dan RM2.7 bilion untuk kos pembangunan (pembelian). Kos pengurusan untuk 2012 meningkat RM400 juta berbanding 2011, sementara kos pembangunan berkurang RM400 juta.

Boleh kita andaikan RM400 juta yang dipotong dari pembangunan adalah untuk kenaikan gaji tentera memandangkan peningkatan kos emolumen untuk tahun 2012 iaitu RM400 juta?

Kos untuk pembangunan dan pembelian aset telah berkurang kepada RM2.6 bilion pada tahun 2012, berbanding RM3.292 bilion pada tahun 2011.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah defisit yang besar dalam perbelanjaan yang dirancang untuk kos projek pembangunan Tentera Darat. Sebagai contoh untuk projek pembelian aset dan pembinaan dirancang sebangan RM8.18 bilion sedangkan perbelanjaan yang dirancang untuk 2012-2013 hanyalah RM1.44 bilion.

Begitu juga dengan Tentera Laut, kos projek ialah RM10.3 bilion untuk tetapi peruntukan hanya RM4.4 bilion manakala Tentera Udara kos projek diracang ialah RM5.02 bilion tetapi peruntukan hanya RM2.52 bilion.



Apakah Mat Sabu akan membangkitkan isu ini dalam ceramah kerana beliau bukan Ahli Parlimen, atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan membangkitkan isu ini? Atau mungkin Pengerui PERKASA akan membicarakan isu ini dalam Parlimen kerana ianya merupakan isu pertahanan dan kedaulatan negara.

Sumber dari - Malaysian Defence http://www.malaysiandefence.com/?p=1792

20111008

Program PERMATA NEGARA ada dalam Bajet 2012, Jangan Mudah Lupa



Dalam Bajet 2012 tiada disebut khusus mengenai peruntukan Program Permata Negara. Sebagai peringatan kepada Ahli Parlimen kita, sebelum ini Program Permata Negara tidak diletakkan dimana-mana Kementerian ianya dibawah JPM, sebab itu ada peruntukan khusus untuk Program Permata Negara dalam bajet sebelum ini. Akan tetapi mulai tahun 2012, Program Permata Negara ini akan diambil alih oleh Kementerian Pelajaran.

Seperti juga Program PLKN, tidak disebut khusus dalam Bajet 2012, akan tetapi Program PLKN akan terus berjalan seperti biasa pada tahun 2012 kerana ianya dibawah Kementerian Pertahanan.

Berita Harian 1 Julai 2010 - MENGENAI PROGRAM PERMATA NEGARA YANG AKAN DIAMBIL ALIH PELAKSANAANNYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MULAI 2012, MUHYIDDIN BERKATA PIHAK KEMENTERIAN SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN RAPI.
http://amkns.blogspot.com/2010/07/muhyiddin-rimas-dengan-program-permata.html

DI MANA PERUNTUKAN UNTUK PERMATA?

KUALA LUMPUR, 8 Okt 2011 : "Walaupun bajet kali ini tidak dinyatakan secara khusus peruntukan untuk program Permata, tapi saya pasti tidak mustahil peruntukan tersebut diselit pada mana-mana program kerajaan," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut.

"Tetapi dalam pada itu walaupun tiada penyenarai kita perlu melihat kembali kemungkinan besar peruntukan tersebut dimasukkan ke dalam peruntukan-peruntukan yang lain dan ini bagi mengaburi rakyat di luar," jelasnya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5856-di-mana-peruntukan-untuk-permata

Bajet 2012, bantuan RM500 kepada rakyat akan GAGAL jika



Ada banyak perkara yang ingin saya ulas mengenai bajet 2012. Dalam ruangan ini saya ingin ulas pemberian sekali sahaja RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Program ini akan GAGAL sekiranya pelaksanaan di peringkat akar umbi tidak telus dan tidak menyeluruh. Ingat lagi tak program Kupon Beras untuk keluarga miskin yang dicanang-canang pada tahun 2009.

Program tersebut diberi nama SUBUR iaitu Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) dengan kos RM60 juta sebulan. Ianya dilancarkan pada 13 Oktober 2009, akan tetapi kabinet menangguhkan program ini pada 15 Nov 2009 atas alasan ramai nama yang tercicir, dan ada nama yang telah meninggal dunia terdapat dalam senarai yang menerima bantuan.

Untuk mendapatkan RM500 , perlu mendaftar di LHDN. Bagaimana kita nak pastikan setiap keluarga di kampung mendapat bantuan tersebut, juga setiap keluarga orang asal? Bagaimana pula nak dikira satu isi keluarga? Kalau dalam satu rumah di kampung ada pasangan datuk dan nenek, pasangan emak dan ayah, pasangan abang dan kakak ipar, pasangan kakak dan abang ipar dan pasangan cucu sulung yang sudah berkahwin, sudah di kira 5 ketua isi rumah yang pastinya pendapatan mereka bawah RM 3,000 sebulan.

Kalau semua ini dapat dilaksanakan sampai ke peringkat akar umbi, memang amat baik. Bagaimana kita hendak pastikan tiada yang tercicir seperti Program Kupon Beras SUBUR yang akhirnya ditangguhkan? Juga seperti kisah IBU PERGI PEJABAT KE PEJABAT TAGIH SIMPATI pada hujung artikel ini.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com/

INTIPATI BAJET 2012
Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article

PEMBERIAN KUPON BERAS PERCUMA
Pada 13 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah mengumumkan kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200 000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini. Pemberian kupon khas tersebut bagi mengantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong yang bernilaiRM60 juta sebulan.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/4952-pemberian-kupon-beras-percuma.html

ORANG MATI PUN LAYAK DAPAT KUPON BERAS
Di mana silapnya ? Bukan kupon beras sahaja, banyak bantuan kerajaan sebelum ini ada yang tidak sampai ke golongan sasaran. Tak percaya tanyalah orang kampung siapa selalu dapat bantuan kewangan, rumah PPRT, bantuan lembu, tanah pinggir dan sebagainya ?
http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html

KEMENTERIAN PERTANIAN DIMINTA TANGGUH SUBSIDI BERAS
BACHOK, 15 Nov (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta menangguhkan cadangan pemberian subsidi beras kepada golongan miskin pada bulan depan kepada suatu tarikh lain untuk memberi peluang lebih ramai rakyat mendapat faedah. Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein bimbang jika cadangan itu dilaksanakan pada tempoh berkenaan, hanya sebilangan kecil iaitu mereka yang mendaftar dengan E-Kasih sahaja yang mendapat faedah."Kerajaan persekutuan membelanjakan peruntukan sebanyak RM60 juta sebulan bagi tujuan itu," katanya.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=455408

KERAJAAN TANGGUH PROGRAM SUBSIDI BERAS
2010/04/07
KERAJAAN menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) bagi membolehkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JPP) Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat pengesahan senarai nama dalam daftar e-kasih dan memasukkan semula senarai yang tercicir.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaantangguhprogramsubsidiberas/Article/index_html

IBU PERGI PEJABAT KE PEJABAT TAGIH SIMPATI

Hanya semata-mata untuk memberi makan kepada keluarga dan merawat anaknya yang sakit, seorang ibu terpaksa menebalkan muka, pergi dari satu pejabat ke satu pejabat untuk menagih simpati mereka yang sudi membantu. Rohariza Che Lah, 32, tidak bekerja serta mempunyai 3 orang anak, telah berbuat demikian sejak anak bongsu kesayangannya Mohamad Shahrul Danish Hisham, 2 tahun telah disahkan mempunyai masalah jantung di Hospital Sultanah Bahiyah.

Anaknya memerlukan rawatan yang kerap yang dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan pergi balik dan segala yang berkaitan. Rohaiza dan keluarganya meneruskan kehidupan dengan bantuan jirannya yang prihatin, menyewa di sebuah bilik yang sempit dengan sewa RM80 sebulan.

Beliau ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi belum mendengar apa-apa maklum balas.Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini, bolehlah berjumpa mereka di bilik sewaan mereka di No. 140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Star, kerana mereka tidak mempunyai telefon dan akaun bank.
http://waghih.blogspot.com/2011/10/ibu-pergi-pejabat-ke-pejabat-tagih.html