KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060824

SABAH dilanda Bala AIDS

Pusat-pusat hiburan, kelab malam punca utama Aids

Oleh Sahar Abdul Majid KOTA KINABALU, 24 Ogos (Hrkh) - Penyebaran Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV) yang didakwa berpunca dari pergaulan bebas terutama di pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam merupakan fakta yang jelas menyumbang kepada penyebaran penyakit Aids di negara ini .

Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Queen Elizabeth (QEH), Dr Timothy William membuat pendedahan itu dalam “Forum Awam Mengenai HIV/Aids”, yang dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Sokongan Aids Kota Kinabalu (Kasih), di Hotel Beverly dekat sini baru-baru ini.

Beliau mendakwa, kewujudan kelab-kelab malam, karaoke, pusat-pusat hiburan yang berleluasa dan hotel-hotel kecil yang menawarkan perkhidmatan seks komersil, membuka ruang seluas-luasnya untuk jangkitan penyakit itu.

“Orang ramai harus menyedari bahawa di Sabah, adalah sangat berbahaya untuk melakukan seks tidak selamat dengan pekerja seks komersil atau yang dipanggil Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di pusat-pusat hiburan ini.

“Para suami atau lelaki yang kerap berkunjung ke tempat-tempat ini untuk melakukan seks adalah tidak selamat dan terdedah kepada bahaya mendapat jangkitan HIV/Aids. Ramai GRO turut bekerja sebagai pelacur dan ini adalah fakta yang diketahui,”jelas Dr Timothy.

Dr Timothy turut menegaskan bahawa pesakit yang dijangkiti HIV/Aids di negeri ini tidak mendapatnya dari Semenanjung Malaysia, Filipina atau Thailand tetapi di Sabah sendiri khususnya di ibu negeri.

Beliau juga berkata, penyakit itu juga kini sedang menular ke desa-desa dan kampung-kampung ekoran penduduk yang dijangkiti di kawasan bandar kemudiannya membawa pulang penyakit itu ke kampung masing-masing.

“Tiga hingga empat tahun dulu, ramai penghidap HIV adalah dari Kota Kinabalu, tetapi kini penyakit berbahaya itu telah menular ke kampung-kampung” katanya.

Menurutnya lagi, pekan-pekan yang terjejas termasuk Penampang, Papar, Kudat, Tuaran, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Ranau dan Kunak.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, beliau mendedahkan, statistik menunjukkan bahawa jangkitan HIV yang dilaporkan di Malaysia sejak 1986 hingga penghujung 2005 berjumlah 70,559 orang melibatkan 65,345 lelaki dan 5,214 adalah wanita.

Dalam kajian itu, kebanyakan kumpulan yang paling terdedah ialah mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun dan terdapat 619 kanak-kanak yang tidak berdosa turut dijangkiti HIV itu pada tempoh yang sama

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3929&Itemid=29

20060823

Kuliah Us Ali Kutty Isnin 28 Ogos Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Kuliah Tasawur Islam
Oleh : Us Ali Abdullah Kutty – Ahli Panel Penceramah Tetap Masjid Negeri dan Masjid Sikamat, Seremban

Jumaat 28 Ogos 2006
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda

“Semarakkan Budaya Ilmu , Cerikan Masjid dan Surau Kita”

20060822

Cegah Jenayah Bersama Wardina 3 Sep USJ

Wanita (termasuk remaja perempuan) adalah dijemput untuk menghadiri program Nisa seperti maklumat di bawah:

FESYEN BUSANA MUSLIM & CEGAH JENAYAH
Tarikh : 3 September 2006, Ahad
Masa : 2 petang
Tempat : Pahlawan Room, The Summit Hotel, Subang USJ

Tetamu Istimewa
Wardina Safiyyah – Pelakon / Pengacara
Kusyi Hirdan – Wartawan / Novelis
Kamal Affendi – Penganalisis Jenayah

Bayaran - RM 15.00 seorang

Hubungi
Puteh : 013-3544405
Dina: 016-2128019
Syafina : 012-5061127

Aturcara Tentatif
2:00- 2:30 Pendaftaran Peserta
2.30-2:35 Ucapan Pengarah Nisa’ Kelana Jaya
2:35-3:00 Tea Talk 1- (Kusyi Hirdan – Wartawan / Novelis)
3:00-3:10 Ucapan Penghargaan oleh Nisa’ Malaysia
3:10-3:20 3N (Nisa’ News Network)
3:20-3:30 Wardina & Gimmick (Wardina Safiyyah – Pelakon / Pengacara)
3:30-4:15 Scarf Styling Session & Fashion Show
4:15-5:30 Tea Talk 2 – “Jom Cegah Jenayah” (Kamal Affendi – Penganalisis Jenayah)
5:30-6:00 Hi-tea
6.00 Bersurai

20060821

Ceramah Imam Masjid Al Aqsa 26 Ogos Masjid KL

ytytCERAMAH PERDANA
Sempena Memperingati Hari Al-Quds Sedunia
(Krisis Asia Barat: Isu Palestin dan Lubnan Selepas Perang)

Tarikh : SABTU 26 Ogos 2006

Masa : 9 pagi - 12 Tgh Hari

Tempat : DEWAN BESAR, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Tokoh Jemputan :
1-DR. MUHAMMAD SIYAM , MANTAN IMAM DAN KHATIB MASJID AL-AQSA, PALESTIN

2-DR. MUHSIN SOLEH, PENGARAH INSTITUT AZ-ZAITUNAH, LUBNAN

Semua dijemput hadir dan sila sebarkan maklumat ini demi rakyat Palestin

Anjuran : Aman Palestin
Maklumat lanjut sila hubungi : En Fauzi: 019-2145634

Tutup Semua Disko Untuk Selamatkan Melayu

Berita Harian 21 Ogos 2006 , ‘Tutup semua disko elak dadah berleluasa’, oleh Mohd Hamizar Hamid

IPOH: Kerajaan disaran mengharamkan semua disko dalam negara kerana tempat hiburan itu dikesan sebagai antara punca utama bermulanya segala bentuk maksiat, sekali gus menjuruskan pengunjungnya terhadap penyalahgunaan dadah.

Mahaguru dan Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju, berkata saranan itu bertujuan mengelak anak bangsa Melayu mendapatkan najis berkenaan dengan mudah.

Beliau berkata, walaupun pengusaha disko diberikan permit sah untuk menjalankan operasi perniagaan mereka, di situ jugalah anak Melayu yang mengunjungi tempat hiburan berkenaan mula mengenali dadah.

"Disko dilihat sebagai tempat bermulanya maksiat... jadi kami sebagai NGO (badan bukan kerajaan) yang berlatar belakangkan agama meminta kerajaan mengharamkan disko yang ada di negara ini.

“Kerajaan harus menutup disko kerana tempat hiburan sedemikian langsung tidak membawa faedah kepada anak bangsa," katanya ketika ditemui ketika menghadiri Upacara Majlis Berlimau di Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pemangku Guru Muda PSSLM, Megat Zulkarnain Omardin.

Pada majlis itu, 72 ahli PSSLM dari Gelanggang Kampung Gunung Mesah Hilir, Kampar, Lawan Kuda/Sungai Itek dan Malim Nawar/Batu 5 melalui upacara berkenaan yang turut dilakukan Omardin.

Sementara itu, Omardin berkata, PSSLM akan menubuhkan pasukan khas yang dianggotai ahlinya untuk menyediakan bantuan, yang bersedia pada bila-bila masa untuk membantu negara.

Beliau berkata, ahli PSSLM yang akan diambil menganggotai pasukan itu nanti mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing dan keutamaan akan diberikan kepada bekas tentera, bekas polis, jurutera dan ahli perubatan.

Beliau berkata, faktor lain pemilihan adalah ahli PSSLM yang berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai asas silat lincah yang baik sekurang-kurangnya sudah mengikuti pembelajaran seni silat lincah selama dua tahun.

Selain itu, Omardin berkata, PSSLM akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Sabran Napiah di Pusat Serenti Dengkil, Selangor 8 September ini bagi mempamerkan buku dan video berkaitan Senaman Jurus Lincah (SJL).

Beliau berkata, PSSLM sudah menyiapkan modul SJL yang sangat sesuai dipraktikkan pelatih pusat serenti termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas kerana tidak mengandungi pergerakan lasak.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060820234755/Article/

20060817

Munajjat Pelajar 30 Ogos Masjid BB Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Adalah dengan segala hormatnya saya menjemput semua muslimin dan muslimat untuk bersama sama menyertai program seperti diatas yang akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 30 OGOS 2006 - 31 OGOS 2006 , Khamis - Jumaat

TEMPAT : MASJID BANDAR BARU SENAWANG

ATURCARA

6.15pm Pendaftaran
7.25pm Solat Maghrib
8.00pm Bacaan Yaasin
8.35pm Solat Isyak , Solat Hajat - Dipimpin oleh : Y Bhg Tn Hj Arshad
9.15pm Rehat - jamuan ringan
9.45pm Ceramah Motivasi - Mengenal diri Oleh : En Kamarulzaman
11.00pm Rehat (Tidur - sila bawa peralatan yang perlu)
4.15am Qiamulail, solat Hajat
5.50am Solat Subuh
6.30am Kuliah Subuh oleh : Ust Hj Shamsul Firdaus Al Hafiz, Imam Masjid Bukit Damansara
7.30am Minum pagi
8.00am Bersurai

PESERTA : PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM /PMR / UPSR & STPM - IBUBAPA DIGALAKKAN HADIR BERSAMA

YURAN : RM 10.00 SATU KELUARGA (SUMBANGAN AMAT DIALU ALUKAN)

SILA DAFTARKAN PENYERTAAN UNTUK URUSAN PIHAK MBBS - SBLM 28/8/06

SILA HUBUNGI :
SDR AMINUDDIN HJ HARUN 019 6510167
TN HJ ABD RAHIM 013 6216771

ANJURAN :
BIRO KEBAJIKAN DENGAN KERJASAMA BIRO DAKWAH
MASJID BANDAR BARU SENAWANG

SILA WAR WARKAN

Taklimat Misi Kemanusiaan Lubnan 22 Ogos Senawang

Taklimat Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan Mangsa Perang Lubnan. Apa peranan rakyat Malaysia ?

Dapatkan maklumat terkini misi bantuan kemanusiaan dan perubatan dari sukarelawan yang baru pulang dan yang akan berlepas ke Lubnan

Tarikh : 22 Ogos 2006 SELASA
Masa : 8 malam (Selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, NS

Taklimat oleh :
Dr Abdul Rani bin Osman.
MD University of Tanta, Mesir
Pengerusi Biro Kemanusiaan AMAL Malaysia.

Dr Faridah bt Idris
Sukarelawan Gempa Bumi Yokjakarta

SEMUA DIJEMPUT HADIR

SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI DEMI RAKYAT LUBNAN

20060814

Sambutan Hari Al Aqsa 1 Sep Seremban

Muslimin dan Muslimat semua dijemput hadir ke Sambutan Hari Al Aqsa Sedunia

Jumaat 1 September 2006
Di Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan
(Program asal yang dijadual pada 21 Ogos dipinda ke 1 September)

Ceramah & Tayangan Multimedia oleh
Mejar Nadzri Bin Munsman (Pegawai Kor Agama ATM & Wakil AMAN Palestin)

Anjuran : ISMA Negeri Sembilan & Masjid Negeri (JAINS)

Aturcara :
11 pagi Pameran Paletin
4.00 petang Pameran, Jualan, Multimedia & Solat Asar
7.30 malam Solat Maghrib
8.00 malam Ucapan Aluan Pengarah Program
8.10 malam Muqaddimah – Kepentingan Isra' & Mi'raj oleh Imam Besar Masjid Negeri
8.30 malam Tayangan Multimedia
8.40 malam Ceramah & Tayangan Multimedia Mejar Nadzri Bin Munsman
9.45 malam Solat Isya'
10.00 malam Pameran, Nasyid, Jualan, Jamuan & Bersurai

Sila ajak keluarga, saudara-mara , rakan dan kenalan menyertai program ini.

Kem Remaja Harapan 23 Ogos PD

“Remaja Soleh Harapan Ummah” adalah tema Kem Remaja Harapan Islam (KERAH) pada kali ini.

Tarikh : 23 – 25 Ogos 2006 ( Rabu – Jumaat )
Tempat : Pusat Penyelidikan UPM, Port Dickson, NS
Anjuran : Tinta Strategy Management

Terbuka kepada semua remaja Muslim lelaki dan perempuan berumur antara 13 hingga 18 tahun

Yuran cuma RM 20 sahaja termasuk kos penginapan, makanan, buku catatan dan tag nama. Sebab yuran yang agak berpatutan, tempat adalah amat terhad dan pendaftaran awal beserta deposit akan diutamakan.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan hubungi :
Sdr Fahri 012-2589637
Sdr Syazwab 019-2028364
Sdr Idzwan 013-3763833

Atau Tinta Strategy Management, No 1941, Tingkat Atas, Jalan BSS 2/1A, Bandar Seremban Selatan, 71450 Seremban, NS. Tal/faks : 06-6796258

Pembayaran melalui cek ataS wang pos atas nama TINTA STRATEGY MANAGEMENT atau bank in ke TINTA STRATEGY MANAGEMENT, Bank Islam No : 14162010010257

ACARA MENARIK !!!!!
Bual Bestari – Ceramah mengenai tajuk-tajuk semasa yang sesuai dengan remaja Muslim

Bengkel Kongsi Bijak – Bengkel yang dikendalikan oleh fasilitator dengan modul-modul yang menguji minda dan fizikal

Bengkel Solat Segak – Bengkel untuk mempercantikkan ibadah solat fardhu

Malam Memuji Ilahi – Ibadah qiamullail dengan mendirikan solat-solat sunat dan berzikir

Zon Aktif – Bersenam dan melakukan aktiviti riadhah beramai-ramai

Jejak Harta – Mencari harta yang tersembunyi melalui kreativiti dan kemahiran memimpin dan bekerjasama dalam kumpulan

Malam Nurani Interpretasi Seni (MANIS) – Program kesenian Islam yang menampilkan bakat terpendam para peserta melalui nasyid, drama, puisi dan sebagainya

20060803

Kisah Cinta Rahsia Wanita Melayu Murtad

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan orang-orang Melayu yang murtad.

Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta
Disiarkan pada 28/06/2006
http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim_women_who_share_a_secret_love/

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.

Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina, dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia – iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. “Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,” katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn). Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor – yang tidak lagi menetap di Malaysia – benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian. Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan ‘Islam’ pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut, bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan, tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah – mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah apabila hakim berkata , ‘ Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islam sehinggalah dia mati’.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. “Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam”. Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. “ Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia”, menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan. Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan – dan ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang Islam yang lain.

“Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam”, menurut wanita muda tadi. “Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah.” Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya”, kata Kamariah. Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup – seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia – bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. “Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap”, menurut Kamariah. “Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya – dan itu adalah tidak baik dalam Islam.”

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. “Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai,” katanya lagi. “Doa dia dijawab. Doa saya tidak.” Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di rumah. “Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga”, katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. “Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.”

*********************************
Muslim women who share a secret love
Posted on 28/06/2006
http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim_women_who_share_a_secret_love/

Islam, rather than Western culture’s focus on sexual freedom, shapes day-to-day reality for a third of the world’s Anglicans. Malay women who convert to Christianity are forced to live a double-life. KATRIN ARNHOLZ spoke to one of them.

Under Kamariah’s* photo on her Malaysian identification card is her ethnicity. Right under that her gender, and to the left: Islam. But the 28-year-old woman with the angular eyeglasses and the broad smile is Christian. She belongs to the largest ethnic group in Malaysia—the Malays. According to the official census, Malays number 65 per cent of the population. In Malaysia, Kamariah says, a Malay is a Muslim by definition. “A Malay is a Muslim. Full stop,” she says. Few dare to go public if they convert to Christianity.

One man who has publicly converted is the well-known yachtsman, Azhar Mansor, who in 1999 sailed around the world in 190 days without the aid of an engine. The main mast of his yacht broke around Cape Horn. He managed, nevertheless, to reach the Faulkland Islands to repair the mast. What happened on the way between the cape and the islands is subject to speculation. The internet is full of questions by Muslims as to whether Mansor – who no longer lives in Malaysia – is really converted. And there is much discussion among Christians as well. Kamariah’s version is that Mansor, about to drown in the sea, was saved by a dolphin, and that Jesus appeared to him soon after.

Lina Joy did not intend to become famous when she requested officially to leave Islam in 2001. She succeeded in changing her name, Azlina Jailani, to Lina Joy, but the government’s National Registration Department refused to delete ‘Islam’ from her identification card. For such decisions, it is not the government departments that are responsible, but the Syariah Court – the court in Malaysia which supervises Muslims’ adherence to Islam. To the disadvantage of Lina Joy, the judge ruled, ‘As the plaintiff is a Malay, she is subjected to the laws of Islam until she dies’.

She has appealed the decision several times, and her latest appeal will appear soon before the High Court in Kuala Lumpur. Then it will be determined whether the Syariah Court has jurisdiction over those people who want to convert out of Islam. Article 11 (of the Malaysian Constitution) promises freedom of religion. “It is true for all the other faiths, but not for Muslims who want to leave Islam”, says Kamariah.

She and the 34-year-old Natasha* are the only ethnic Malays in the international church they visit. “Many Malay Christians hide themselves and meet secretly”, explains Kamariah. They are still registered as Muslims. In two months, Kamariah will start a business which plans weddings. But the business intends to do much more: it will also offer free pre-marital counselling. The counselling will be based on the principles of the Bible. Kamariah had to negotiate this plan with the relevant authorities - and the plan was approved.
The identification card of converted Muslims becomes a problem when they want to marry, because by Islamic law, a Muslim can only marry another Muslim.

“The only way to get legally married is to marry a Malay Christian who is also still on paper a Muslim”, says the young woman. “But then our children will also be Muslims on paper, and their children, and the circle is never broken. But if we want to change our identification cards, it won’t happen without problems.” The Syariah Court can decide to put me in prison”, explains Kamariah. Therefore she does not think now of marrying or of changing her identity card, and she lives – like most single adults in Malaysia – with her Muslim parents. They do not know that their daughter is a Christian. “Here I must be careful whom I confide in”, Kamariah says. “Some Malays are tolerant, but others would not hesitate to turn me in to the Syariah Court. If they didn’t turn me in, then others might think that they were cooperating to hide me – and that is not good at all in Islam.”

Kamariah became a Christian in 2000 after being in a two-year relationship with a Chinese Christian. “I was always envious; he had a relationship with his God. My God was far away, unattainable,” she remembers. “His prayers were answered. Mine were not.” So Kamariah decided one day to entrust her life to Jesus. Since then much has changed. Even though she does not speak with her parents about Christianity, she prays in her house. “Suddenly my mother took the Koran verses off the wall and instead hung up a picture of some flowers”, she says happily. One day, she hopes, she will not have to hide her faith any longer. “I wish that more Malay Christians would come out publicly and go to church and not meet secretly. That would be a break-through in our society.”

*Names have been changed

Selamatkan Akidah Anak-Anak Kita !

Sila ke laman web berikut untuk menandatangan petisyen menyelamatkan akidah anak-anak kita secara on line : http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006/19 Jamadilakhir 1427H dihadiri lebih daripada 50 NGO, pertubuhan pelajar, Jawatankuasa Penduduk, organisasi Masjid serta Surau telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia.

PEMBELA bagi pihak seluruh umat Islam MENYERU:

1. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu-individu beragama Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam.

2. Pihak kerajaan, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan ketua-ketua masyarakat mengambil tindakan proaktif mempertahankan kedudukan istimewa Islam di Malaysia daripada diganggu gugat oleh pihak-pihak berkepentingan.

Cabaran Umat Islam 21 Ogos Seremban TERAS

CERAMAH CABARAN UMAT ISLAM
Sempena Sambutan Isra' Mikraj

Penceramah Jemputan: Hj. Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS)
Tajuk : “Agenda Ummah Dalam Menangani Nasib Umat Islam”

Masa : Selepas Solat Maghrib
Tarikh : 21 Ogos 2006 (ISNIN)

Di Surau Taman Dusun Nyiur Peringkat 2, Seremban,Negeri Sembilan

Maklumat lanjut hubungi : Hishamuddin 019-640 4133