KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060803

Selamatkan Akidah Anak-Anak Kita !

Sila ke laman web berikut untuk menandatangan petisyen menyelamatkan akidah anak-anak kita secara on line : http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006/19 Jamadilakhir 1427H dihadiri lebih daripada 50 NGO, pertubuhan pelajar, Jawatankuasa Penduduk, organisasi Masjid serta Surau telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia.

PEMBELA bagi pihak seluruh umat Islam MENYERU:

1. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu-individu beragama Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam.

2. Pihak kerajaan, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan ketua-ketua masyarakat mengambil tindakan proaktif mempertahankan kedudukan istimewa Islam di Malaysia daripada diganggu gugat oleh pihak-pihak berkepentingan.