KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070216

Khemah Ibadah SURVIVOR Mac 07 Shah Alam

Sempena Cuti Sekolah bulan Mac 2007 sekiranya anak-anak anda tiada program khusus mereka dipelawa untuk menyertai SURVIVOR Camp 2007.

Tarikh: 12, 13 dan 14 Mac 2007 (Isnin, Selasa dan Rabu)

Tempat: Kampung Idaman, Taman Bukit Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor ( Bukit Cerakah )

Anjuran: Surau Ar-Rafiq , Kota Damansara
Dengan kerjasama: Al Mukhlis Centre

Program ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10 hingga 13 tahun sahaja.

Yuran Penyertaan Cuma RM 70 seorang
(Bayaran untuk penginapan di chalet, makan minum 6 kali sehari, insurans, fail, nota bahan program, tag nama, penceramah, fasilitator, sijil, cenderahati program dan pengalaman yang cukup berharga)

Pendaftaran awal untuk tempat boleh dibuat melalui telefon. Pengesahan hanya akan dibuat apabila borang penyertaan dan bayaran deposit sebanyak RM 40 seorang diterima. Baki bayaran hendaklah dijelaskan pada hari pendaftaran program SURVIVOR Camp iaitu 12 Mac 2007.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
URUSETIA SURAU AR-RAFIQ, 47810 Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan
(Pn Husni) : 013-2527421;
(En Haszrul) : 019-3527421;
(Urusetia Surau) : 017-3683784.
E-mel : almukhlis_centre@yahoo.com , tengku_nurhusni@yahoo.com

**************************************
NAK TAHU Apa itu SURVIVOR Camp 2007?

SURVIVOR Camp 2007 adalah satu program khas yang dirangka untuk memenuhi cuti sekolah adik-adik dengan aktiviti yang berfaedah. Padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik, menghiburkan dan sarat dengan maklumat.


"Untuk siapa?" : Program ini dibawa secara eksklusif untuk mereka yang berumur di antara 10 hingga 13 tahun.

"Apa aktiviti menarik?” : Program ini penuh dengan aktiviti menarik yang menghiburkan bersama-sama abang dan kakak fasilitator daripada Institut Pengajian Tinggi seperti sesi LDK dengan fasilitator, 5 Minute To Late, Junggle Trekking, Obstacle games, Mummy Project, Giant Step, Koreksi Diri dan pelbagai lagi. Pasti hebat!
"Dah banyak kali dah pergi ke kem motivasi. Buat apa pergi lagi! " : Setiap program mempunyai matlamat dan 'trademark'nya yang tersendiri. Di SURVIVOR Camp, kami menjanjikan program yang menyeronokkan dan dapat berkenalan dengan alam ciptaan Tuhan dengan lebih dekat , bahkan dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru dari sekolah-sekolah lain. Melalui pendekatan ini, para peserta akan ditekankan bahawa motivasi sebenar berpunca dari Yang Maha Kuasa.

“Apa matlamat yang saya dapat daripada program ini?” : Program ini dirangka untuk membentuk sifat berdikari dalam diri adik-adik, di samping membina diri kita dengan benteng-benteng positif, menjadikan adik-adik seorang yang taat kepada Allah, Rasulullah, Ibubapa yang tercinta dan keluarga yang tersayang.

TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA ( 12 Mac 2007- Isnin )
3.30 ptg : Pendaftaran Di Pintu mauk BUKIT CERAKAH
5.00 ptg : Solat Asar + Taklimat Program
6.00 ptg : Penginapan + Makan Malam
7.15 mlm : Solat Maghrib + Gema Maghrib + Solat Isyak
9.00 mlm : Ice Breaking: “X Ray Mind”
10.00 mlm : SRVR Group I: “Kenali Diri”
11.00 mlm : Minum Malam
11.15 mlm : Introspeksi Diri 1
11.30 mlm : Gelombang Delta

HARI KEDUA ( 13 Mac 2007- Selasa )
4.45 pagi : Qiyamulail Berjemaah
6.00 pagi : Solat Subuh + Gema Subuh
7.00 pagi : Junggle Trekking: SURVIVAL Life
9.30 pagi : Tiba semula ke Base Camp
10.00 pagi : Sarapan Pagi + Khidmat Diri
10.30 pagi : SRVR Talk: “solat to succes?”
11.00 pagi : SRVR Group II: “menyemai kasih”
12.30 tgh : Makan Tengahari
1.00 ptg : Solat Jumaat + Rehat
2.30 ptg : SRVR Talk 2: Sentiasa Bermotivasi?
3.30 ptg : SRVR Group III: “way to succes”
4.30 ptg : Minum Petang + Solat Asar
5.15 ptg : Eksplorasi Minda 2
6.30 ptg : Makan Malam Khidmat Diri
7.30 mlm : Solat Maghrib + Amali Wudu’ dan Solat + Solat Isyak
9.00 mlm : SRVR Activities : Obstacle Games
10.15 mlm : Minum Malam
10.30 mlm : Introspeksi Diri 2: “Koreksi Diri”
11.30 mlm : Gelombang Delta

HARI KETIGA ( 14 Mac 2007- Rabu )

5.30 pagi : Khidmat Diri + Solat Subuh
7.00 pagi : Ukhuwwah Games
8.00 pagi : Sarapan Pagi + Khidmat Diri
9.00 pagi : RINDU Assembly
9.30 pagi : SRVR Group IV: “aku adalah harapan”
10.30 pagi : Minum Pagi + Rehat
11.00 pagi : Resolusi: Gen. Cleaning, Sidang Pleno
11.30 tgh : Slot Bersama Ibubapa
12.00 tgh : MAJLIS PENUTUP SRVR Camp
1.30 ptg : SRVR Camp GAME OVER

APA YANG PERLU DIBAWA?
Pakaian yang bersesuaian, bagi peserta LELAKI; Kemeja atau T-Shirt, Seluar slack atau tracksuit. Bagi peserta PEREMPUAN; Tudung, Baju Kurung atau T-Shirt lengan panjang, seluar yang bersesuaian atau tracksuit. (Pakaian menutup aurat)
Kelengkapan mandi seperti tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun dan Toiletries.
Pakaian untuk solat.
WAJIB membawa kasut sukan dan selipar atau sandal.
Peserta yang mempunyai masalah kesihatan, diingatkan untuk membawa bekalan UBAT-UBATAN sendiri yang secukupnya.

Digalakkan membawa:
Topi.
Baju sejuk, jacket dan sebagainya.
Kelengkapan tidur seperti selimut, sleepingbag dan sebagainya.

Cara pembayaran:
Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun cek ataupun secara bank in di atas nama :
TENGKU HUSNI BT TENGKU AB RAZAK,
akaun MAYBANK : 1551-350874-33
BANK ISLAM MALAYSIA : 12-038-02-524164-6

Borang Penyertaan :

Nama :________________________________

Umur :________________________________

Nama Penjaga :__________________________

Alamat Rumah:__________________________

Sekolah :________________________________

No. Tel. (Rumah):_________________________

No. Tel. (H/P) :_________________________


Pengesahan Ibubapa/ Penjaga:

Saya dengan ini bersetuju untuk mengizinkan anak saya/ anak di bawah jagaan saya menyertai SURVIVOR CAMP ’07 (Kem Cuti Sekolah) anjuran SURAU ARRAFIQ, KOTA DAMANSARA dan tidak akan membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur sekiranya berlaku sebarang kemalangan sepanjang tempoh menyertai program ini. Saya percaya, pihak penganjur sentiasa bersedia mengambil langkah-langkah keselamatan terhadap anak saya.

Bersama-sama ini saya :

RM 40 (Bayaran Deposit)
RM 70 (Bayaran Penuh)

Tandatangan Ibubapa/ Penjaga:
___________________________________
(Nama: )

Tarikh:_____________________________