KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070212

Sekiranya anda meninggal dunia di Senawang !

Jumaat 9 Feb 2007, jam 6.30 ptg, aku baru pulang dari kerja. Tiba-tiba ada orang beri salam. Ada lelaki tercegat di depan pintu dengan muka yang cemas, “Bang mak mertua saya baru meninggal, dalam perjalanan dari HKL, nak kebumi di sini”. Dalam hati ku “Alhamdulillah, kematiannya hari Jumaat, bukan apa, esoknya cuti, mudah sikit untuk uruskan jenazah, kalau tidak kenalah ambil cuti”.

Ini adalah fenomena biasa, bila ada kematian, tambahan di kawasan bandar, perkara yang paling sulit ialah untuk menguruskan jenazah. Mana nak cari imam solat jenazah, mana nak cari pemandi jenazah, mana nak cari pentalkin, mana nak cari kain kafan, mana nak cari penggali kubur, mana nak cari van jenazah?.

Ini adalah kerana orang beranggapan imam, bilal, siak di masjid atau surau banyak masa lapang dan memang ditugaskan untuk menguruskan jenazah. Sedangkan di surau aku hampir semua imam, bilal, siak dan ajknya bekerja sepenuh masa, professional, berniaga dan sebagainya. Yang paling sedih imam ku, dialah imam solat fardu, dialah imam solat jenazah, dialah tukang beli kain kafan, dialah tukang potong kain kafan, dialah tukang mandi jenazah, dialah mengimamkan solat jenazah, dialah pergi kubur mentalkin, bertahlil dan baca doa. Sedangkan imam ku ini bukan imam sepenuh masa, dia sebenarnya seorang “Computer Analyst” yang ada B Sc dalam Computer Science berulang alik kerja ke KL setiap hari menaiki komuter atau bas. Jadi jangan sangka imam, bilal, siak yang duduk di masjid atau surau semuanya boleh menguruskan jenazah. Sedang ku mengSMS sesama jiran kematian di taman ku, terima pula panggilan dari jiran ku mengatakan ayah mertua jiran sebelah rumah ku pula meninggal dunia di Kg Ismail , Seremban. Tapi Alhamdulillah, di Kg Ismail mereka sudah bersedia untuk menguruskannya.

Menjadi tanggungjawab setiap orang di bandar, di taman perumahan, kampung-kampung untuk tahu siapa yang harus mereka hubungi jika berlaku kematian. Sebagai panduan dibawah ini ialah maklumat apa yang harus dilakukan jika ada kematian di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang. Terdapat beberapa taman-taman di dalam kariah ini antaranya Desa Ixora, Flora, Teratai, Kobena, Senawang Indah, Bandar Senawang, Anggerik, Jasmin, Alamanda, Desa Dalia, Satria, Desa Melor. Pernah belaku kes dimana jenazah tidak dapat disempurnakan sampai 2 hari. Pernah juga berlaku kes selepas ayah menguruskan jenazah anak, ayah pula meninggal dunia kerana kelam kabut jiran semua tak tahu nak tolong menguruskan jenazah.

1. VAN JENAZAH – MAINS 06-7622962, Surau Al Azim 019-3686264 ( Sdr Azhar )
Hj Majid MAINS 013-6984062, En Shamsudin 012-2475902, Hj Shafie Masjid Paroi
Jaya 012-2239347
Anggaran kos dari Senawang ke Makam Tn Hj Said Seremban RM 60 – RM 100

2. MANDI JENAZAH LELAKI
Hj Hashim – Tmn Senawang Indah 06-6779752 , 013-2755271
Hj Ibrahim – Tmn Tasik Jaya 013-2755271 , 06-6777215
Hj Zaidin – Kg Jiboi 06-7625379
En Bakren – Tmn Senawang Indah 019-2214313
Anggaran kos saguhati RM 100 – RM 150

3. MANDI JENAZAH WANITA
Pn Norma – Tmn Desa Dahlia 013-3407810
Pn Mariam – Tmn Senawang Indah 06-6777824
Hjh Minah – Tmn Tasik Jaya 06-6777215
Hjh Asmah – Tmn Marida 06-6772622
Hjh Wok Fahmi – Kg Jiboi 06-7616924
Ustzh Noraidah – Tmn Bukti 012-6184787
Pn Fuadah – Tmn Satria 06-6775695
Anggaran kos saguhati RM 100 – RM 150

4. Tempat mandi jenazah, ambil di surau masing-masing, kalau tiada di Masjid Bandar Baru Senawang dan perlu dikembalikan semula.

5. KUBUR – Makam Sheikh Mohd Said Seremban. Waris perlu menghubungi penjaga kubur segera untuk booking tempat. Hubungi En Hashim 013-6356968, Hj Badruddin 019-2214312 penjaga kubur.
Kos papan liang – RM 100 – RM 150
Saguhati penggali kubur RM 100 – RM 150
Permit mengkuburkan dari Majlis Perbandaran Seremban RM 35 – RM 60

6. KAIN KAFAN DAN LAIN-LAIN
Kain putih 20 meter, kapas 5 gulung, serbuk cendana 4 pek, 1 kg kapur barus, sabun mandi, minyak wangi, air mawar, tikar dll.
Boleh dibeli di kedai di bandar Seremban
Kedai Hj Yusof Jln Yam Tuan 06-7616144
Kedai Rahim – Jln Yam Tuan 06-7625371
Bengkel Khairussani – Jln Jelebu 06-7625559

Anggaran kos kain kafan dll RM 150 – RM 200

7. IMAM SOLAT JENAZAH
Imam surau masing-masing atau imam Masjid.
Saguhati terpulang

8. IMAM KE PERKUBURAN BACA TALKIN, TAHLIL dan DOA
Imam surau masing-masing atau imam Masjid.
Saguhati terpulang

“INNALILLAHI WA INNALILLAHI ROJI’UN”