KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070319

Adu sahaja sebarang masalah di N.Sembilan

Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan (UPANS) ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Sembilan Darul Khusus. Ia bertujuan menyelesaikan segala masalah yang timbul untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan sejajar dengan matlamat Negeri Sembilan untuk menjadi negeri maju.

Portal Pengaduan Awam Negeri Sembilan (SPANS) berfungsi untuk menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran. Menerusi Portal SPANS pengurusan, penugasan, pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik dilakukan. Inisiatif mengadakan aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan pengadu bagi mencermin perkhidmatan mesra pelanggan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus
447, Tingkat Bawah, Jalan Tun Dr. Ismail
70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Telefon : 06-7659028 / 06-7659029 / 06-7659031
Fax : 06-7674322
E-mel : upans@sukns.gov.my
Laman web : http://www.spans.gov.my/
Waktu Pejabat: 8:00 pagi - 5:00 petang, Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum)

*********************
UPANS tidak saingi media. Harian Metro 19 Mac 2007
SEREMBAN: Kerajaan negeri menafikan tindakan mewujudkan Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan (Upans), di sini disebabkan bimbang dengan peranan media yang dilihat lebih berkesan dalam mengutarakan masalah orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebaliknya berkata Upans diadakan untuk mempelbagaikan saluran aduan sedia ada yang berfungsi menerima sebarang masalah berkait rapat dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, anggapan bahawa unit itu diwujudkan kerana mahu bersaing dengan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Terpulang kepada masyarakat sama ada mahu menyalurkan aduan mereka kepada media atau Upans. Kita sebenarnya mahu pastikan masyarakat mempunyai saluran rasmi untuk menyalurkan masalah mereka.

“Yang penting segala aduan mereka dapat diselesaikan dengan segara,” katanya.

Mohamad berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewujudkan satu saluran aduan yang lebih efektif bagi membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan masalah itu melalui maklumbalas diperolehi.

Walaupun beliau mengakui media mempunyai pengaruh yang kuat dalam mengutarakan masalah orang ramai, tetapi beliau tidak menganggap ia satu ancaman sebaliknya ia juga membantu kerajaan negeri mendapatkan maklumat mengenai masalah orang ramai.

“Kita bukan hendak lihat siapa yang bagus, tetapi kita mahu pastikan segala aduan disalurkan terus kepada kerajaan negeri supaya kita dapat ambil tindakan segara,” katanya, di sini.

Bagaimanapun, menurutnya, kebanyakan mereka yang membuat aduan di media adalah mereka yang mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan pihak berkaitan atau masalah yang berulang.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Upans yang membangunkan Sistem Pengaduan Awam Negeri Sembilan (Spans) untuk menerima segala aduan penduduk sekitar negeri ini yang dilihat sebagai cara untuk mengelak aduan berkenaan disalurkan melalui media.

Sementara itu, katanya, beliau akan memastikan supaya segala aduan yang disalurkan melalui Spans diambil perhatian sepenuhnya.

“Saya mahu pastikan peratusan setiap aduan yang diterima melalui Upans diselesaikan dengan segera. Masalah tetap ada, sebab itu kita mahu pastikan adakah aduan itu kita ambil perhatian atau tidak.

“Tidak kira sama ada aduan itu mempunyai maklumat lengkap atau melalui surat layang, kita akan mengambil perhatian,” katanya.

Katanya, beliau sendiri akan memantau segala aduan itu termasuk membentangkannya di dalam mesyuarat Exco pada setiap minggu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070319102952/Article/indexm_html