KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070404

Antara Sekolah Agama Pusat dan Negeri Sembilan

Anak saya yang sulung mendapat 5 A dalam UPSR. Di Negeri Sembilan ini kalau sekolah agama ramai yang minta SMKA SHAMS , sekolah agama bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran iaitu kerajaan pusat. Setakat ni Alhamdulillah anak sulung saya ni, kira OK lah pencapaian akademiknya, macam ketika di sekolah rendah dulu.

Anak saya yang kedua pula, masa sekolah rendah periksa mesti nombor 20 ke bawah ( 20 – 30 ). Tak pernahlah dapat top 20, top 10 jauh sekali. Percubaan UPSR pula dapat 5B. Kemudian bila UPSR Alhamdulillah dapat 4A 1B. Keputusan 4A 1B ni kalau dai sekolah swasta tidak akan dilayan oleh Kementerian. Mereka wajibkan pelajar 5A saja dari sekolah swasta layak ke sekolah elit macam SHAMS ni.

Saya pun tak adalah nak merayu pada Jabatan Pelajaran untuk masuk SHAMS. Saya kata kat anak saya masuk sajalah Sekolah Menengah Agama kerajaan negeri punya. Belajar betul-betul, tunjukkan pada orang bahawa belajar mana-mana pun boleh pandai. Tak semestinya sekolah elit, sekolah cemerlang, sekolah kluster, sekolah plaster ke, sekolah wawasan ke , pelajarnya boleh cemerlang.

Jadi anak saya ni pun selepas ditemuduga dan ambil peperiksaan dapatlah dia masuk Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban (sekolah yang satu masa dahulu terkenal kerana kes …..)

Baru-baru ni selepas ujian bulanan/semester pertama Alhamdulillah anak saya ni mendapat nombor satu, nombor yang tak pernah dia dapat masa sekolah rendah dan mendapat 8 A

Tak tahulah apa formula Sekolah Agama Kerajaan Negeri Sembilan (bukan kerajaan pusat) sehinggakan pencapaian akademiknya melonjak begitu ketara sekali. Nak katakan sekolah ada kelas tambahan, tak ada pun. Nak katakan sekolah banyak buat program akademik hujung minggu tak ada pun.

Mungkin sebab tak banyak sangat program, gurunya banyak beri tumpuan untuk mengajar pelajar. Itu tanggapan saya saja.

Kesimpulannya Sekolah Agama yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan ini bukan calang-calang, dengan kekurangan dana, kekurangan itu dan ini, pelajarnya boleh cemerlang dengan adanya semangat muhibbah antara guru, pelajar dan ibu bapa.

Silap haribulan dengan sedikit sokongan dan dorongan sekolah agama milik kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus ini pelajarnya akan lebih cemerlang daripada sekolah dibawah pentadbiran kementerian pelajaran atau kerajaan pusat. Dan silap haribulan juga jika kerajaan pusat mengambil alih sekolah agama negeri, prestasi pelajar akan merudum, sebab pelajar sudah biasa dengan semangat muhibbah guru, pelajar dan ibu bapa.