KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070831

Khalifah Merdeka selit hadis Rasulullah dalam lagu

(Tahniah kepada Mu’adz, cucu warga Rembau) Utusan Malaysia 31 Ogos 2007. SEBELUM ini, pernahkah anda mendengar hadis pemimpin ulung, Rasulullah s.a.w dilagukan?. Penyanyi syarikat rakaman Nature Record, Mu’adz Dzulkefly, 28, mencetus revolusi terkini apabila albumnya, Al-‘asr...a moment, menyelitkan hadis Rasul junjungan dalam setiap 10 buah lagu yang dinyanyikan.

Percaya atau tidak, album Al-‘asr...a moment juga merupakan album yang pertama di dunia mengaplikasikan hadis sebagai lirik lagu.

Mu’adz yang juga bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), turut mempertaruhkan lagu Khalifah Merdeka sempena bulan kemerdekaan negara untuk membangkitkan lagi semangat juang dan patriotik rakyat negara ini melalui nyanyiannya.

“Saya katakan lagu Khalifah Merdeka dipertaruhkan sempena bulan kemerdekaan kerana secara umum mesejnya mengajak setiap individu memerdekakan diri daripada setiap kejahatan dan kemungkaran.

“Saya cuba menyampaikan mesej itu kerana kita sebagai manusia perlu bergerak kehadapan untuk memerdekakan diri,” katanya yang ditemui, baru-baru ini.

Lagu Khalifah Merdeka kini sering diputarkan di corong-corong radio malah pernah memegang gelaran juara carta radio Penang FM kategori irama nasyid.

Hadis yang dimuatkan dalam lagu Khalifah Merdeka adalah petikan dari hadis riwayat Al-Bukhari.

Lagu tersebut dicipta dan ditulis liriknya oleh Abdul Naser Abdul Rahman (Xifu Naser) dan diterbitkan olah Dak Mie.

Menurut Mu'adz lagi, mereka juga adalah komposer yang terlibat secara langsung dalam pembikinan album Al-'asr...a moment.

Pemegang ijazah perundangan dari UIAM itu memberitahu, album yang berkonsepkan hadis sebagai lirik itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan kini sudah dicetak sebanyak 2,500 unit.

Sementara itu, antara pemuzik yang terlibat dalam album Al-‘asr...a moment ialah Eddie Marzuki, Hilary Ang (Search), Sham (Kamikaze) dan Ramli (Mohram).

Xifu Naser ketika diminta mengulas mengenai lagu Khalifah Merdeka berkata, lagu tersebut menceritakan tentang peranan dan hala tuju manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

“Secara tidak langsung, ia mengajar manusia sejagat memerdekakan diri dari kesesatan dan sebarang bentuk penindasan,” kata komposer dan juga penulis lirik Khalifah Merdeka.

Album tersebut memuatkan tiga bahasa iaitu Melayu, Arab dan Inggeris dalam setiap lirik yang dihasilkan.

Menurut Xifu Naser, percampuran tiga bahasa itu adalah persediaan bagi memenuhi pasaran global dan ia juga sebagai langkah mempromosikan lagu-lagu dakwah kepada seluruh masyarakat dunia.

Mu’adz ketika diminta mengulas mengenai percampuran tiga bahasa dalam albumnya itu berkata, ia adalah bagi memudahkan pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap apa yang cuba disampaikan.

“Bagi saya pemahaman adalah penting. Jika masyarakat mendengar dan dapat menghafal 10 lagu dalam album saya bermakna mereka juga telah menghafal 10 hadis Rasulullah s.a.w.,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Kuliah Dr Ariff Kosmo 7 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt wbt ,
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :
Kuliah Bulanan
Penceramah : Dr Mohd Ariff Kosmo, Pensyarah UKM
Tajuk : Pembangunan Insan Menurut al-Quran
Tempat : TASKI Alamanda (sebelah Surau Taman Alamanda, Senawang, NS)
Tarikh : 7 September 2007 – Jumaat
Masa : 9 malam
Anjuran : ABIM NS

Tempahan Bazaar Ramadhan di Sikamat kini dibuka

Assalamu'alaikum wbt

Peluang berniaga di bulan Ramadhan. Pembukaan tapak bazaar Ramadhan di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, Seremban. Terhad kepada 30 tapak gerai sahaja . Wang sewaan tapak akan di salurkan ke Tabung Pembinaan Surau Taman Sri Pulai 3. Berminat sila hubungi;

Cikgu Haris - Pengerusi Penaja Surau Taman Sri Pulai 3 (019-9071215)
En Hakki - SU Penaja (012-3660646)
En Satar - AJK Penaja (012-9703575)
En Kamaruddin - AJK Penaja (016-6392159)

20070829

Tempahan Bazaar Ramadhan di Sikamat kini dibuka

Assalamu'alaikum wbt

Peluang berniaga di bulan Ramadhan. Pembukaan tapak bazaar Ramadhan di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, Seremban. Terhad kepada 30 tapak gerai sahaja . Wang sewaan tapak akan di salurkan ke Tabung Pembinaan Surau Taman Sri Pulai 3. Berminat sila hubungi;

Cikgu Haris - Pengerusi Penaja Surau Taman Sri Pulai 3 (019-9071215)
En Hakki - SU Penaja (012-3660646)
En Satar - AJK Penaja (012-9703575)
En Kamaruddin - AJK Penaja (016-6392159)

20070828

Sambutan Kemerdekaan Masjid Jelebu 29-30 Ogos

Assalamualaikum wr wb...

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Majlis Sambutan Isra' Mi'raj dan Kemerdekaan ke 50 Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Tarikh : 29 Ogos 2007 /16 Sya'ban 1428H – RABU
Masa : 7.50 mlm(selepas Solat Maghrib)
Penceramah : Ustaz Razis(Pegawai Syariah Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM)

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Khas Kemerdekaan dan Solat Hajat untuk calon-calon peperiksaan UPSR.PMR,SPM & STPM Masjid Jamek Kuala Klawang

Tarikh : 30 Ogos 2007 / 17 Sya'ban 1428H - KHAMIS
Masa : selepas solat Maghrib
Tentatif Program :
7.30 malam - Solat Maghrib
7.50 malam - Bacaan Yasin & Tahlil
8.30 malam - Solat Isya'
8.45 malam - Solat Hajat

Untuk sebarang pertanyaa, sila hubungi Ustaz Mohd Azmi Ismail (Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah) di talian 013-3031703 / 017-3793731.

Sekian. Wassalam.

Sambutan Kemerdekaan Madrasah Rembau 30 Ogos

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Majlis Sambutan Kemerdekaan ke 50 peringkat daerah Rembau pada

Tarikh : 30 Ogos 2007 – KHAMIS
Bermula jam 7 malam , solat Maghrib berjemaah
Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri Sembilan

Tentatif aturcara :
7 mlm – Berkampung
7:30 mlm – Solat Maghrib
8 mlm – Ceramah Kemerdekaan oleh Yg Bhg Ustaz Khairul Azhar bin Kamaruddin
9 mlm – Solat Isya/Jamuan
Muzakarah
Soal Jawab Agama
Qiamullail
Solat Tasbih
Solat Tahajjud
6 pagi – Solat subuh (Jumaat 31 Ogos 2007)
7 pagi – Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Ramli bin Abu Bakar Al Hafiz

Untuk maklumat lanjut hubungi Us Mohd Nazeri Yusof 019-3457690. Mohon bantuan sahabat semua untuk menghebahkan dan mempromosi program ini.

Anjuran : Jawatankuasa Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman

*************************************
Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ali ini telah didirikan pada tahun 2003 oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk pengajian Islam penduduk setempat. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah meninggal dunia pada tahun 2006. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah dilahirkan pada tahun 1917 serta memulakan pengajian di Pondok Rasah dan kemudian menyambung pengajian di Mekah pada tahun 1938 hingga tahun 1942. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman berkhidmat sebagai Imam di Masjid Jamek Tampin serta Guru Takmir sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman ini terletak di Kg Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri Sembilan. Ianya terletak di kawasan kaki bukit, di kelilingi suasana kampung yang aman, tenang dan nyaman. Madrasah ini terletak di tepi jalan utama Rembau menuju ke Johol.

Jabatan Agama NS Lancar Ops Merdeka !

Laporkan Maksiat di Tempat Anda ! Hubungi Hotline 24 Jam Pegawai Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan di talian 06-7672756 , 06-7672757
Harian Metro 28 Ogos 2007 - SEREMBAN: Golongan remaja di negeri ini yang cuba mengambil kesempatan menyambut kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos ini dengan aktiviti tidak sihat diberi amaran supaya melupakan hasrat itu kerana Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan melakukan operasi cegah maksiat secara besar-besaran.

Ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba mencemarkan hari baik itu dengan aktiviti yang tidak sihat atau maksiat.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS berkata, operasi yang dirahsiakan masa dan lokasi itu akan membabitkan seramai 40 kakitangan penguat kuasa agama.

Menurutnya, mereka akan dibahagikan kepada enam kumpulan dan bergerak ke destinasi yang sudah ditetapkan terutama di kawasan tumpuan yang kerap berlaku aktiviti tidak sihat sama ada membabitkan warga tempatan ataupun dari luar negeri ini.

"Operasi khas ini bertujuan memastikan negeri ini tidak dijadikan tempat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan melakukan kegiatan maksiat seperti berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan haram.

"Kita sudah menyediakan anggota terlatih untuk membanteras kegiatan maksiat kerana sejak kebelakangan ini aktiviti itu masih berleluasa termasuk membabitkan kalangan remaja," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu ada pihak yang cuba bertindak mencemarkan suasana meriah sambutan jubli emas kemerdekaan negara dengan aktiviti bertentangan dengan agama serta mencemarkan nama baik negeri.

Jurucakap itu berkata, kemungkinan antara lokasi tumpuan dalam operasi itu ialah pantai Port Dickson, Nilai, Senawang dan di beberapa kawasan taman rekreasi serta perumahan.

"Berdasarkan rekod sebelum ini, kawasan terbabit kerap berlaku kegiatan tidak sihat membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

"Malah berpandukan rekod operasi mencegah maksiat yang dijalankan mendapati golongan remaja tidak ketinggalan terbabit dalam aktiviti itu," katanya.

Beliau berharap kerjasama orang ramai supaya melaporkan kepada JHEAINS jika terdapat sebarang aktiviti maksiat berlaku di kawasan mereka

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/38919/Article/index_html

20070826

Temui WadidLJadid & NazreyJohani 29 Ogos Senawang

MALAM KESENIAN ISLAM 2007
Sempena Kemerdekaan Malaysia Ke 50

Saksikan Persembahan Nasyid, Bicara Seni dan Hiburan Keluarga Bersama :
Nazrey Johani (bekas penyanyi utama Kumpulan Raihan)
Wadi L Jadid
Far East
Shoutul Itqan
Akhwan “MAWI”

RABU 29 Ogos 2007 – JAM 9 Malam
Di DATARAN SENAWANG (Berhampiran Pasaraya Giant), Senawang, N.Sembilan

Anjuran : Sektretariat Mahasiswa dan Mahasiswi Timur Tengah (SMATT) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Maklumat lanjut hubungi :
Hatta 013-3157400
Uzairi 019-6921232

20070825

Bersama Us Ali Kutty 27 Ogos Senawang

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke
Kuliah “Tasawwur Islam”
Oleh Ustaz Ali Kutty
Pada 27 Ogos 2007
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

20070823

Perkhemahan Remaja D’ Lenggeng 24 Ogos

Adalah dimaklumkan KRJ – Kelab Remaja JIM akan mengadakan
Perkhemahan Remaja D’ Hutan Lipur Lenggeng 2007
Pada : 24 – 25 Ogos 2007 (Jumaat – Sabtu)
Pelbagai aktiviti menarik khusus untuk remaja akan disajikan antaranya : BBQ, “Outdoor Games”, Smart Solat dan banyak lagi.
Terbuka kepada semua remaja berumur 13 – 16 tahun
Yuran penyertaan hanya RM 25
Berkumpul di perkarangan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi pada jam 3 petang Jumaat 24 Ogos 2007
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Nadzirah Basri 012-9637644

Nak anak kita hormat ibu bapa ? Tunggu 9 Sep ini

Malam tadi di Masjid Bandar Baru Senawang ramai ibu bapa dan anak-anak menangis teresak-esak , sedu sedan hinggakan saya sendiri menangis apabila anak saya datang peluk saya dalam keadaan menangis ketika mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah motivasi iaitu Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon.

Inilah Formula yang ditunggu-tunggu ketika masyarakat kita sedang sakit dengan pelbagai gejala kerosakan akhlak dan iman serta keruntuhan institusi rumahtangga dan keluarga.

Ceramah oleh Ustaz Hj Abdullah Khairi menggunakan pendekatan dalam bentuk persembahan multimedia diselang seli dengan interaksi dengan penonton terutamanya anak-anak.

Empat perkara utama yang ditekankan yang menjadi teras Formula tersebut ialah ; Solat, Baca Al Quran, Doa dan Hormat Ibu Bapa.

InsyaAllah pada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah tersebut boleh bersama dengan Ustaz Hj Abdullah Khairi pada 9 September ini juga di Senawang dalam 2 sessi berikut :

Ceramah Motivasi Perdana
Bersama Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Tarikh : Ahad 9 September 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, Negeri Sembilan
Percuma , Terbuka untuk semua golongan lapisan masyarakat

Kursus Motivasi Remaja
Bersama Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Tarikh : Ahad 9 September 2007
Masa : 2:30 petang
Yuran penyertaan : RM 10 seorang ( Anak-anak yang turut serta ibu bapa masuk percuma). Penyertaan terhad memandangkan kapasiti dewan yang terhad. Sila daftar awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Untuk maklumat lanjut program di atas sila hubungi : 012-2832458 , 012-3303449

Kaunter pendaftaran juga akan dibuka pada Jumaat 24 Ogos 2007 di Masjid Sikamat, Seremban sempena Sambutan Hari Al Aqsa Sedunia peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Akhir kata saya bagi pihak keluarga saya mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua mereka yang terlibat menganjurkan Ceramah Perdana pada malam tadi terutamanya kepada AJK Masjid Bandar Baru Senawang, rakan-rakan saya Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Sdr Mohd Hassan Tamby, Abang Bakar, Sdr Zul, Sdr Sufian, Sdr Hamizi dan ramai lagi, yang telah mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan kami setelah mendengar ceramah pada malam tadi.

Wassalam.

20070820

Atok den kato projek minyak Malaysia tak ado tambah nilai ?

Atok sedaro den oghang Rombau baru-baru ni tulis artikel dalam New Straits Times. Katanya projek paip minyak merentasi utara Semenanjung Malaysia , dari Yan , Kedah ke Bachok , Kelantan tidak menambah nilai. Jadi kenapa perlu dibina ? Atas alasan apa ? Kenapa ianya tidak menambah nilai ? Tok sedagho den namo e Jon Azman, mantan penyelidik dalam kajian ekonomi dan industri maritim di Institut Maritim Malaysia. Boto atau tidak ?
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Columns/20070805080623/Article/index_html
2007/08/05

Opinion: Trans-Peninsular Pipeline: Does it add up?
By : Jon Azman

One of the arguments in support of the TransPen is that it would reduce the number of very large crude carriers plying the Straits of Malacca.

As Malaysia conducts studies on how the RM24.5 billion Trans-Peninsular Pipeline (TransPen) would affect its environment, traffic and social development, analysts calculate the costs and benefits

THE promoters claim TransPen would relieve congestion in the Straits of Malacca, reduce the risk of oil spills, save time by not having to circumnavigate around Singapore to enter the southern flank of the South China Sea and avoid pirate-infested seas.

More than 65,600 vessels weighing over 300 tonnes sailed through the straits last year, an average of about 180 vessels per day.

Of these, 5.5 per cent were very large crude carriers (VLCCs), about 10 VLCCs per day.

The volume is well within control and has hardly changed since 2000, when nine VLCCs passed through daily.

The tonnage of oil going through the straits has also not increased during that time, despite the increase in energy consumption by China, Japan, Korea and Taiwan.

The additional crude for these East Asian economic powerhouses may be shipped via the Sunda Straits or through Lombok in Indonesia on Ultra Large Crude Carriers (ULCCs), which cannot navigate the shallower waters of the Straits of Malacca.

Or some of this demand may have been met through a shift to liquefied natural gas and liquefied petroleum gas.

The issue of pollution as a result of VLCC movement may also not be as significant as claimed.

Quite unknown to the public, about 85 per cent of the pollution in the straits is caused by land-based activities.

The culprits include manufacturing and agricultural runoffs, sewage and the contents of filthy rivers and streams.

As for chemical spillage in the straits, this comes from owners of boats who are in search of convenient dumping sites for toxic waste. This has nothing to do with the conduct of oil carriers.

And can the TransPen really shorten transportation time?

When crude originating from the Middle East reaches Yan, Kedah, it will have to be unloaded into a tank farm there, then pumped into the pipeline and travel 350km to Bachok, Kelantan.

In Bachok, it will have to be pumped into another tank farm before being transferred into a VLCC or Aframax.

Even if there is a short cut for the transfer of crude as opposed to the approach above, can it be accomplished within at least one and a half days — which is how long a VLCC takes to ply the straits?

Even if it can save one and a half to two days, is that worth a US$7 billion (RM24.5 billion) investment?

Another common argument in support of the TransPen is that the new land route could avoid all those pirate-infested seas around the maritime borders between Singapore and Indonesia.

However, the number of piracy cases in the straits has been reduced dramatically and the littoral states have taken steps to improve surveillance and patrolling.

As noted by the former chief of naval operations of the US navy, the Straits of Malacca is now safe for transiting vessels.

The TransPen is envisaged to start with the construction of a single pipeline to allow for the transfer of an initial two million barrels of crude a day. Two more pipelines will be added eventually to cater for a transfer of six million barrels per day.

That could lighten crude carrier movement in the straits by a maximum of four VLCCs per day. This hardly creates a dent in the total traffic volume in the straits. And at what cost?

We are not even certain whether the crude that ends up using the pipeline will come from the same source as the crude currently transported by the VLCCs.

And even if there is a drop in the total VLCC traffic flow, the shortfall will be picked up by additional crude oil demand from the growing Far East economies.

Even with the daily movement of 10 VLCCs per day, the traffic situation is under control. Credit must be given to the joint commission overseeing the economic security of the straits.

The real congestion that will arise as a result of the TransPen will be at the confined sea space between Penang and Langkawi, where Yan is located, and part of the tourism belt.

The port at Yan will eventually see the arrival of four VLCCs and the simultaneous departure of another four VLCCs back to the Middle East, making it eight VLCCs plying the route daily.

If tanker overcrowding, an increased risk of collision, a higher probability of marine and environmental pollution and threats to security are what we are worried about, then the TransPen will give us all that.

The TransPen was touted as a way to shift the crude oil market to Malaysia. What this means is not clear.

If a first is what we are looking for, then this could be the first time in exchange history where the host country is not even a supplier or a significant buyer of the commodity.

At best, the project could only provide the physical depot for the storage of the commodity for third parties.

Is this what we want, even if the project is private-sector driven? In the final analysis, it is all about economic rent collection.

Jon Azman is a former research fellow in economic studies and ocean industry at the Maritime Institute of Malaysia. The full version of this article appears in the institute’s latest bulletin (Vol 14 , No 2, 2007).

20070819

Proton Persona, memang berbaloi, ini faktanya

Sebelum ini saya tidak begitu berminat dengan beberapa model Proton, kecuali Satria Neo. Saya selalunya akan membaca “car review” atau kajian yang dilakukan oleh pengkritik kereta yang professional sekiranya ada teman-teman ingin membeli kereta model baru buatan tempatan atau luar negeri. Antara “car review” yang terbaik ialah di http://paultan.org . Paultan akan memberikan gambaran awal model sesebuah kereta berdasarkan fakta berserta dengan alasan logik dan professional. Sekiranya baik dia akan katakan apa yang baik pada sesuatu model, sekiranya tidak dia akan katakan tidak.

Menurut Paultan, Proton Persona ini memang begitu berbaloi. Banyak ciri-ciri keselamatan, keselesaan, reka bentuk telah ditingkatkan berbanding dengan lain-lain model Proton. Yang paling penting ialah harga Proton Persona ini yang begitu menakjubkan. Dari segi ruang dalaman ianya adalah lebih besar dari lain-lain B model. Dari segi ketinggian ruang kepala tempat duduk belakang, ianya adalah lebih tinggi dibanding dengan model Gen 2 sebelum ini, dan tertinggi dibanding dengan lain-lain B model.

Dari segi ruang tempat isi barang di belakang , ianya juga adalah lebih besar dari lain-lain model, dalam dan luar negeri. Walaupun ianya masih menggunakan enjin Campro yang sama dengan Gen 2, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan antaranya kedudukan tempat nat menukar minyak hitam dan beberapa perubahan kecil.

Ruang dalaman pula, telah ada tempat meletak barangan yang dipanggil “glove box” yang tidak terdapat pada model Gen 2. Panel sisi pintu juga telah diberi nafas baru. Begitu juga dengan pemegang brek tangan.

Pendek kata model Proton Persona ini banyak kelebihannya. Adakah ianya berbaloi ? Ya memang berbaloi. Mereka yang menanti-nantikan sebuah kereta sedan (saya tak adalah), inilah masanya yang sesuai.

Adakah saya kempen untuk Proton ? Tidak , saya kempen untuk model Proton Persona demi kebaikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan kenderaan sedan yang berbaloi untuk dibeli atau “value for money”. Jadi kenapa model Proton akhir-akhir ini tidak berbaloi ke ? Itu kena tanya Proton apa puncanya, mungkin mereka telah dapat meningkatkan mutu kualiti vendor mereka. Mungkin vendor mereka perlu memberikan yang terbaik, demi untuk survival mereka dan survival Proton, juga survival negara.

Kalau Proton boleh hasilkan Persona perlukah Proton menjalikan usahasama dengan entiti asing ? Tak perlu, kita dah 50 tahun Merdeka, Proton Persona buktikan anak bangsa kita boleh hasilkan kereta yang amat berbaloi di zaman globalisasi, mengapa perlu kita menjalinkan usahasama dengan entiti asing ? Kita sepatutnya meyakinkan negara luar, terutama negara OIC agar mereka membuka kilang pemasangan kereta Proton , menggunakan modal mereka sendiri.

Adakah saya penyokong atau pembangkang kerajaan ? Tak kiralah penyokong atau pembangkang kerajaan, apa yang baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan baik. Apa yang tidak baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan tidak baik.

Yang ini sampingan saja, pada mereka yang tinggal di sekitar Seremban, sahabat saya ini adalah agen Proton. Kalau nak tahu atau pandu uji Proton Persona boleh hubungi beliau Rizahhuddyn di talian 012-3535698, atau di EON, M&F Maju Auto Sendirian Berhad, 40, Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, NS. Tel 06-7671501 , 06-7639399 , fax 06-7633511 atau pergilah ke mana-mana pengedar seluruh negara.

Semoga Proton kekalkan usaha sebegini, begitu juga dengan vendor, pengedar dan pusat servisnya.

20070818

Karier Sebagai Guru Agama bersama E-Rehal di NS !

E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd. Memerlukan calon Guru Agama / al-Quran / B.Arab untuk ditempatkan di E-REHAL QURANIC AND LANGUAGE CENTRE di seluruh Negeri Sembilan.

Kelayakan : SPM / STPM / Diploma / Ijazah (terbuka)
Jantina : Lelaki / Perempuan
Status Jawatan : Sepenuh Masa / Separuh Masa
Gaji / Elaun : Berdasarkan Kelayakan / Pengalaman

BELAJAR DAN MENGAJAR AL-QURAN ...

Calon yang layak akan diberi peluang belajar al-Quran secara bersanad bersama Sheikh Hj. Muhammad Muhsin Al-Hafiz (Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah)

Berminat sila hubungi:
US SHAHRIN AWALUDIN
Pengarah Urusan E-Rehal
(06-6798660 (O) / 019-6526416 )
emel: sdeen2001@yahoo.com

Alamat Pejabat:
No.72, 2nd Floor, Jalan Melor 2, Taman Rasa Sayang, 70450 Senawang, N.Sembilan.

Belajar Al Quran Di Rumah bersama Ustaz/Ustazah

KELAS BIMBINGAN AL QURAN DI RUMAH ANDA
* Kelas Bimbingan Al Quran untuk Dewasa dan Kanak-kanak
* Kaedah Iqra'
* Pengajian di rumah anda sendiri
* Tiada had umur untuk belajar Al Quran
* Bimbingan bacaan Al Quran dan Tajwid sehingga khatam Al Quran
* Masa : Pagi 10 pg - 12 tgh (atau ikut kesesuaian masa anda) Malam selepas solat Isya' hingga 10 mlm
* Bimbingan hafazan surah-surah penting - Yasin, Al-Waqiah, Sajadah, Al-Mulk,Dukhan dll
* Bimbingan Fardhu Ain Asas

Maksud Hadith Rasulullah saw. "Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al Quran dan mengajarkannya"

Untuk pendaftaran atau pertanyaan hubungi :
Ustaz Mustaza Mohamad Al Hafiz, 013-6011942, No 159, Lorong 3/3, Taman Alamanda, Senawang

20070814

Majlis Zikr & Ceramah Mufti NS 17 Ogos Seremban

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :

Majlis Zikir dan Ceramah Israk & Mikraj
Tempat : Surau An-Nur, Fasa 2, Bandar Seremban Selatan
Tarikh : 17 Ogos 2007 (Jumaat)
Agenda :
5 ptg – Solat Asr dan Majlis Zikir
7 mlm – Solat maghrib dan Ceramah oleh Sohibus Samahah Dato’ Sheikh Hj Murtadha bin Sheikh Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

********************************

Ceramah Perdana Israk & Mikraj
Tempat : Surau An-Naim, Fasa 3B, Bandar Seremban Selatan
Tarikh 18 Ogos 2007 (Sabtu)
Agenda : 7 mlm – Solat maghrib dan Ceramah
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Khairul Azhar bin Kamaruddin, Pendakwah Sukarela

20070808

Pertandingan Tarik Tali Percuma 19 Ogos Seremban

Satu-satunya Pertandingan Tarik Tali Percuma yang menyediakan hadiah.
Pertandingan Tarik Tali Dewasa (Lelaki)
Ahad 19 Ogos 2007
Jam 5 petang
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban, N.Sembilan
Sempena Karnival Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat NS

Syarat Pertandingan :
Setiap pasukan terdiri dari 10 orang peserta dan 2 orang simpanan
Tiada had umur
Kecederaan semasa pertandingan di bawah tanggungan peserta
Terhad kepada 16 pasukan sahaja
Cepat hubungi Bro Husaini 013-3598318 sebelum 15 Ogos 2007

Kejohanan Futsal Karnival Kemerdekaan 18 Ogos Seremban

Kejohanan Futsal Terbuka
Sabtu 18 Ogos 2007
Masa : 8:30 pagi – 2:00 petang
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban, N.Sembilan
Sempena Karnival Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat NS

Hadiah Tempat Pertama : RM 500 dan medal
Hadiah Tempat Kedua : RM 300 dan medal
Hadiah Tempat Ketiga : RM 150 dan medal

Yuran penyertaan RM 50 setiap pasukan
7 orang pemain setiap pasukan termasuk pemain simpanan
Setiap pasukan dikehendakki menyediakan 2 set jersi iaitu satu set jersi warna putih dan satu set selain warna putih
Terhad kepada 32 pasukan sahaja
Perlawanan secara Liga atau Kalah Mati akan ditentukan oleh penganjur berdasarkan jumlah pasukan
Cepat daftar sebelum 17 Ogos 2007 dengan menghubungi Brader Akob 012-3781945 atau Brader Zul 017-8866044

Bukan Konsert Gwen Stefani 18 Ogos Seremban

Ini bukan Konsert Gwen Stefani. Tapi ini Konsert Akhil Hayy, artis rock yang berhijrah menjadi pendakwah bebas dan artis nasyid terkenal dewasa ini. Konsert ini sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga anak-anak, cucu-cucu, ibu bapa dan datuk nenek. Bertujuan untuk memberi keinsafan sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 50

Saksikan Konsert Akhil Hayy
Sempena Karnival Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat NS
Pada Hari Sabtu 18 Ogos 2007
Jam 9 malam
Di Dataran Muhibbah, Lot 14761, Kg Ismail, Ampangan, Seremban, N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Cikgu Hassan 013-3426346

Ceramah Us Ismail Kamus 10 Ogos Seremban

Muslimin dan Muslimat semua dijemput hadir ke :
Ceramah Israk Mikraj
Penceramah : Ustaz Dato’ Ismail Kamus
Jumaat 10 Ogos 2007 – Selepas Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban, NS

20070807

Seminar Usahawan Islam 3 Sep NS Percuma, Terhad

Jangan Lepaskan Peluang ini ! Satu seminar yang amat bermanafaat, sila daftar segera kerana tempat terhad dan ianya PERCUMA anjuran Pusat Dakwah Islamiah NS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

SEMINAR USAHAWAN ISLAM 2007
ISNIN 3 SEPTEMBER 2007
8 PAGI – 5 PTG
DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN, PAROI, SEREMBAN

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi : Ustazah Johara, Ustaz Zaimah, Ustazah Fauziah 06-6751609, 06-6787154 , Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS.

Terbuka kepada umum : Pengusaha Perniagaan, Badan Koperasi, NGO, Individu, Pelajar, Penganggur dan seterusnya.

ATURCARA
8 pg – Pendaftaran Peserta
8.30 pg – Sarapan
9 pg – Kertas Kerja 1 – Etika Perniagaan Dalam Islam oleh Yg Bhg Dato’ Dr Maamor bin Osman , Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
10.30 pg – Minum pagi
11 pg – Acara perasmian
12 tgh – Makan tengahari dan Solat Zuhr
2.30 ptg – Kertas Kerja 2 – Tanggungjawab Sosial Dalam Perniagaan oleh Yg Bhg Puan Hjh Rohani bt. Datuk Hj. Mohd. Shahir. Ketua Pengarah Eksekutif, Hijrah Strategic Advisory Group
3.30 ptg – Kertas Kerja 3 – Petua Murah Rezeki, Berkat Umur dan Jauhi Hutang Oleh Tuan Haji Zahazan bin Mohamed , Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Penyampai Kuliah Tafsir Radio IKIM, Pakar Motivasi, Penulis Buku Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang

Ceramah Hala Tuju Generasi Mendatang 25 Ogos Senawang

Sempena Bulan Sambutan Kemerdekaan ke 50 Semua Dijemput Hadir ke Majlis Ceramah Kemerdekaan berikut :

Tajuk : “ Ambang Kemerdekaan – Ke Mana Hala Tuju Generasi Mendatang ? “
Penceramah : Ustaz Mohd Nazree bin Mohd Yunus – Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA), Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 2006, Penulis Artikel “Ketuanan Politik Melayu : Siapa Peneraju”

Hari : Sabtu 25 Ogos 2007
Masa : Selepas Maghrib – Jam 8 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan


Petikan artikel “Ketuanan Politik Melayu : Siapa Peneraju”
……………..
“ Golongan cerdik pandai mahasiswa harus bangkit untuk kembali menjadikan suara mahasiswa adalah suara rakyat. Mahasiswa adalah jurucakap masyarakat bukan jurucakap bagi UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, MCA, MIC, GERAKAN ataupun PPP. Hari ini mahasiswa dan golongan belia mahu golongan elit politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang terutamanya UMNO dan PAS untuk melihat dan menangani secara serius masalah agama dan bangsa kita. Tidak ada ertinya membincangkan tentang politik ketuanan Melayu jika agama dan bangsa tergadai.” – MOHD NAZREE

Slik klik sini untuk artikel penuh Ketuanan Politik Melayu :
http://arahkita.blogspot.com/2007/06/ketuanan-politik-melayu-siapa-peneraju.html
http://pasns.blogspot.com/2007/06/ketuanan-politik-melayu-siapa-peneraju.html

Hari Al Aqsa Sedunia Peringkat NS 24 Ogos

HARI AL AQSA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Tarikh : Jumaat 24hb Ogos 2007
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Masjid Sikamat, Seremban

Anjuran - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan dengan Kerjasama - Masjid Sikamat & MAINS

Aturcara :

10 pagi-10 malam - Pameran Palestin dan Jualan Amal
7.25 malam - Solat Magrib
8.00 malam - Ucapan Pengerusi Majlis
8.05 malam - Doa Robitah
8.15 malam - Ucapan Pengarah Program
8.20 malam - Pidato al Aqsa & tayangan multimedia
8.50 malam - Ucapan Tetamu dari Palestin
9.20 malam - Solat Isya
9.40 malam - Persembahan Nasyid & Jamuan & Pameran

Semua dijemput hadir & mohon disebarkan maklumat program ini

*************************************
Kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan penduduk Palestin di wilayah itu dilanda kebuluran. Gaza memerlukan bantuan kemanusiaan dan merayu masyarakat antarabangsa menamatkan kepungan Israel.

Sempadan Gaza kini dibawah kawalan ketat Israel sejak beberapa minggu yang lalu.
Kebanyakan laluan ke Gaza dari Israel dan Mesir ditutup dan telah mengakibatkan kekurangan bekalan makanan dan perubatan serta kemudahan-kemudahan asas yang lain.

Dalam masa yang sama, Masjid Al Aqsa terus diancam bahaya dengan penggalian terowong yang berterusan oleh yahudi. Jom sama-sama selamatkan Al Aqsa dan Palestin.....

Jadual Kuliah Surau Desa Melor Ogos 2007

Assalamualaikum wr. wb.

Per : Kuliah Maghrib di Surau Taman Desa Melor.

Sahabat-sahabat dijemput untuk mengimara'kan kuliah-kuliah di bawah yang disusun untuk kita mengambil manfaat ilmu yang disampaikan dan sebagai muhasabah diri :

1. 07/08/2007 (Selasa)
Kuliah Tauhid oleh Ustaz Ali Kutty
(Setiap Hari Selasa - Minggu Pertama setiap bulan)

2. 08/08/2007 (Rabu)
Kuliah Tassawuf oleh Ustaz Azhar Ibrahim
(Setiap minggu Hari Rabu)

3. 09/08/2007 (Khamis)
Kuliah Tafsir Al-Quran + Tajwid
oleh Ustaz Mohd Redza Al-Hafiz (Imam Masjid Kuarters KLIA)
(Setiap Hari Khamis - minggu kedua & keempat setiap bulan)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Wassalam

Temui Mufti NS dlm Ceramah di Rembau 11 Ogos

Semua Dijemput Hadir ke Ceramah Sambutan Israk dan Mikraj
Tarikh : Sabtu 11 Ogos 2007 bersamaan 27 Rejab 1428 Hijrah
Masa : 9 malam – Selepas Solat Isyak
Tempat : Madrasah al Hasaniah, Kg. Bukit Sembilan, Km. 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan.
Penceramah :
Sohibus Samahah Dato’ Hj. Murtadza bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Sohib al Siyadah Al Fadhil Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus,

Maklumat lanjut klik sini http://yayasansofa.blogsome.com

Ceramah Us Fuad Kamaludin 8 Ogos Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Ceramah Israk dan Mikraj
Oleh Tn Sheikh Hj Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki
Pada 8 Ogos 2007 (Rabu) – Selepas Maghrib
Di Surau Al Amin, Taman Cempaka 2/Taman Ros Mewah, Senawang
(Berhadapan Giant Senawang, masuk melalui Esso Taman Seri Pagi)

20070806

Tabung IFTAR untuk PELAJAR Maahad

Assalamualaikum. Adalah dimaklumkan Maahad Muhammadi, Yingo, Narathiwat, Selatan Thailand akan mengadakan Program Iftar (Majlis Berbuka Puasa) Ramadhan 1428 H/2007 M. Oleh itu dengan rasa rendah hati pihak Maahad Muhammadi memohon sumbangan kewangan untuk tujuan tersebut yang akan disertai oleh seramai 230 orang pelajar.

Diatas pertimbangan dan perhatian tuan/puan semua adalah amat kami hargai dan kami dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih, didoakan semoga dirahmati Allah dan mendapat sebaik-baik balasan di akhirat kelak. Wassalam.

“TABUNG IFTAR UNTUK PELAJAR”

Yang benar,
Ustaz Daud Nawawee
Pengetua Maahad Muhammadi, Narathiwat, Selatan Thailand
Tel : 006689-9783427 , Fax : 006673-590140
PO BOX 50 YINGO NARATHIWAT S. THAILAND 96180

Sumbangan boleh disalurkan atas nama : MAAHAD MUHAMMADI
No Akaun : 03-081-02-003842-6 , Bank Islam Malaysia Berhad

*********************
Untuk maklumat lanjut, berita dan foto Maahad Muhammadi sila klik sini http://waghih.blogspot.com/2007/05/pelaburan-akhirat-maahad-muhammadi.html

Ceramah Rahsia Kubur 22 Ogos Masjid Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program Ceramah Motivasi :

Tajuk : “Rahsia Kubur – Ketahuinya Untuk Menjadi Orang Yang Berjaya Dunia dan Akhirat”
Tarikh : Rabu 22 Ogos 2007
Masa : 8 mlm , selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Penceramah :
Ustaz Haji Abdullah Khairi bin Haji Haroon , Pakar Motivasi
B.Sc (Hons.) Electrical Engineering / Ijazah Kauselor Islam
15 Tahun Pengalaman Memberikan Motivasi kepada Pelajar, Remaja dan Dewasa

“Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini” – Semua Dijemput Hadir

Semarkkan Ramadhan Kali Ini 26 Ogos Seremban

PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN - ( IHYA’ RAMADHAN 1428)

Tarikh: Ahad 26hb. Ogos 2007 ( 13hb.Sya’ban 1428H)
Masa: 8:00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Masjid Sikamat , Seremban, Negeri Sembilan
Pendaftaran percuma, terbuka untuk 200 penyertaan pertama

Anjuran:
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA ) Negeri Sembilan

Objektif :
1. Menyuburkan semangat menghidupkan Ramadhan sebagai bulan ibadat sekeluarga
2. Membetulkan kefahaman dan amalan yang bercanggah dengan roh Ramadhan yang sebenarnya, khusunya di dalam institusi keluarga
3. Menjelaskan kepentingan Ramadhan di dalam proses pendidikan jiwa dan kesihatan sekeluarga

Agenda Program
8:00– Pendaftaran
8:30– Persediaan & Pengajaran Ramadhan serta kesannya terhadap pembangunan keluarga oleh Mejar Nadzri b. Munsman, Pegawai Staf 2, Undang-Undang Syariah KAGAT
9:30 - Minum pagi
10:00 – Fiqh Ramadhan oleh Ustazah Nik Norsaha bt. Nik Muhammad, Sek. Men. Pasir Besar
11:30 Talk-Show : Puasa dan pengaruhnya terhadap kesihatan seisi keluarga
Moderator Ustazah Razidah Adam – Penolong Pengarah JHEAINS
Penal 1- Mejar Nadzri b. Munsman , KAGAT
Penal 2- Dr. Zainurrashid b. Zainuddin, Pakar Perunding O & G, International Medical University ( IMU ) Seremban
1:00 - Perasmian penutup, Jamuan tengahari

Hubungi :
Puan Rosmawati Kamaruddin JHEAINS - 06-7672446 / 06-7622692
Puan Hashimah binti Ibrahim – Masjid Sikamat -06-7626862
Biro Dakwah ISMA Negeri Sembilan – 012 6781644