"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20080222
20080221
Kempen , Kempen , Kempen
Sekarang musim pilihanraya. Saya pun nak ambil kesempatan ini untuk berkempen. Tapi bukan untuk berkempen undilah saya , saya tidak bertanding tahun ini. Tapi saya nak berkempen supaya galakkan pelajar-pelajar sekolah pergi ke Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia (MISA) di Putrajaya yang sedang berlangsung sekarang. Saya juga galakkan supaya calon-calon yang bertanding tak kiralah dari PAS ke , PKR ke , UMNO ke supaya menggalakkan anak-anak ahli dan penyokong masing-masing ke MISA. Alhamdulillah, insyaAllah anak saya akan menyertai rombongan ke MISA yang dianjurkan oleh sekolah dia , Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah , Seremban pada 1 Mac 2008 ini. Rugilah orang Negeri Sembilan tidak pergi ke MISA di Putrajaya. Apa ke tidaknya , angkasawan negara Sheikh Muzaffar orang Seremban , Khairy Jamaluddin orang Rembau , Hj Mohd Taufek Abdul Ghani orang Paroi , Cikgu Badrul Hisham Shaharin pun orang Rembau. Kempenlah ke MISA , Putrajaya. Kalau boleh biar semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan, khususnya dari Rembau dapat pergi ke MISA di Putrajaya, kerana pameran ini akan berakhir pada 16 Mac 2008.
20080219
Usahawan Melayu berpindah randah di Senawang
Ke mana hala tuju nasib usahawan-usahawan anak muda ini ? Berita lanjut di SINI
20080215
Bersama Mufti Perak 16 Feb Seremban
Forum Perdana Maal Hijrah
Tajuk : Hijratul Rasul Menggamit Suatu Perjuangan Yang Berterusan
Bersama :
Dato Seri Dr Hj Harussani Zakaria – Mufti Kerajaan Negeri Perak
Dato Dr Haron Din
Dato Hj Ismail Kamus
SABTU 16 Feb 2008
Jam 9 malam
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Anjuran : Surau Al Mustofa

Pusara Penyebar Islam Terbiar Di Laman Kuil NS
PUSARA PENYEBAR ISLAM DI JELEBU TERBIAR DALAM LOKASI SEBUAH KUIL
Penduduk-penduduk di sekitar Kuala Klawang di daerah Jelebu hampir berputus asa apabila usaha memisahkan pusara penyebar syiar Islam terbiar di lokasi yang ditadbirkan oleh kuil Cina. Sekalipun isu berkenaan sudah disampaikan kepada pihak Muzium Negeri Sembilan, sebaliknya sukar diberi perhatian selagi pihak Pejabat Tanah Jelebu masih tak mewartakan ianya sebagai ‘warisan’. Seorang penduduk berdekatan dikenali Ishak, 55 mengakui banyak pihak menyedari pusara berkenaan dimiliki oleh pendakwah berasal dari Minangkabau dikenali ‘Kadi Haji Ishak’ yang berhijrah pada period Penghulu Jelebu yang pertama iaitu Dato’ Gombak sekitar abad ke 18.
Berita lanjut di sini DharmalaNS

EASY SOLAT Masjid Jelebu 16 Feb
Assalamualaikum wrwb...
Muslimin-muslimat dijemput menghantar anak-anak ke :
Program : EASY SOLAT
Tempat : Masjid Jamek Kuala Klawang
Tarikh : Sabtu 16 Februari 2008 / 9 Safar 1429H
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Pengarah :
Ustaz Mohd Azmi bin Ismail(Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah Jelebu)
Ustaz Hj Nroazman bin Hj Mohamad(Imtiyaz Training & Motivation)
Penyertaan terbuka kepada kanak dan remaja Muslim berusia 9-20 tahun.
Yuran : RM10 sahaja.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Azmi bin Ismail(Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah Jelebu) di talian 013-3031703 / 017-3793731
Daftarlah Segera Dan Rebutlah Peluang Keemasan Ini.
Ke Arah Melahirkan Generasi Celik Solat.
wassalam...

OKU sanggup lintas jalan ke Masjid Jamek Seremban
Tersentuh hati ini , seorang yang kurang upaya sanggup berjemaah ke masjid, menunggu sejam untuk melintas jalan, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Begitu mulia hati orang kurang upaya ini, lebih mulia dari mereka yang berilmu tapi tidak beramal. Apa alasan nak ku beri pada Allah setiap kali tidak berjemaah di masjid atau surau ?
Gadai nyawa lintas jalan
SEREMBAN: Seorang lelaki kurang upaya terpaksa ‘memperjudikan nyawa’ setiap kali melintas jalan dari bandar ini untuk ke Masjid Jamek Seremban sejauh kira-kira 30 meter dekat Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini, sejak hampir 15 tahun lalu.
Shaari Sidek, 41, yang menghadapi masalah untuk berjalan berkata, dia ke masjid itu untuk menunaikan solat dan berehat pada setiap hari termasuk pada cuti umum.
Katanya, bagi memastikan keselamatan terjamin, setiap kali melintas, dia terpaksa menunggu kira-kira 30 minit untuk menyeberangi Jalan Datuk Bandar Tunggal.
“Semakin banyak kenderaan melalui jalan di hadapan Masjid Jamek menyebabkan pada hari tertentu, saya terpaksa mengambil masa sehingga sejam sebelum melintas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Berita lanjut di sini HarianMetro

20080211
Temui keturunan ke 39 Nabi Muhammad saw 15 Feb di Rembau
Ulama yang dimaksudkan itu adalah al-Da’ie illaLlah al-Musnid al-Haafidz al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim al-Husaini al-Hadrami, pengasas Maahad Darul Musthafa, Tarim, Hadramaut, Yaman.
Yayasan Sofa NS menyeru kepada semua muslimin dan muslimat untuk kita bersama-sama menghadiri majlis-majlis yang bakal diadakan sempena kunjungan Habib Umar ke Malaysia.
Pada : 15 Februari 2008 ( Jumaat ),
Tempat : Madrasah al Hasaniah , Kg Bukit Sembilan , Km 35 Jalan Seremban – Tampin , 71350 Kota, N. Sembilan.
Masa : Bermula 6.30 ptg.
Maklumat lanjut di link berikut YayasanSofa

20080210
Jom Selamatkan GAZA 15 Feb ini di K.Pilah !
JOM SELAMATKAN GAZA !!!
Assalamu’alaikum wr wb,
Muslimin dan Muslimat semua dijemput untuk menghadiri Sambutan Hari Palestin. Maklumat berkaitan adalah seperti berikut:
Tarikh : 15hb Februari 2008 (Hari Jumaat)
Tempat : Masjid Yam Tuan Raden, Kuala Pilah
Anjuran : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Pilah
Aturcara Sambutan
11.00 pg – 7.00 ptg Pameran Palestin, Jualan dan Kutipan Dana Gaza
1.20 petang : Khutbah Jumaat ‘PALESTIN – Tanggung-jawab Setiap Muslim’
Khatib : Ust Nor Hisham Hassan , Imam Masjid YamTuan Raden , YDP ISMA Kuala Pilah
7.30 malam - Solat Maghrib
8-9.30 malam - Forum Perdana ‘JOM SELAMATKAN GAZA’
Moderator : Dr Mohd Yusof Bin Abas , Perunding Perubatan Sukan , NYDP ISMA Port Dickson
Panelis 1: Ust Mejar Nadzri Bin Munsman , Pegawai Undang-Undang KAGAT ATM , Perunding Aman Palestin
Panelis 2 : Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin , Pakar Perunding Perubatan, IMU , Perunding Aman Palestin
10.00mlm - Solat Isya, Persembahan Nasyid, Pameran & Kutipan Dana
10.30mlm - Bersurai
SEMUA DIEMPUT HADIR
Oleh : NADZRI MUNSMAN
Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak awal tahun 2006. Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran ‘entiti musuh’ yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.
Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan. Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak maoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.
Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang tidak dapat dilakukan. Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza. Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka.
Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang menjajah. Penentangan ini boleh dilihat melalui perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa besar bagi memastikan Palestin terus “diratah” oleh rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.
Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini. Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti. Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi, kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu.
Aman Palestin Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 adalah badan yang memberikan fokus dan penumpuan kepada isu yang berlaku di Palestin. Untuk itu pelbagai projek yang telah dan akan dilakukan oleh Aman Palestin untuk menjamin rakyat Palestin terus mendapat hak-haknya sebagai seorang manusia biasa. Aman Palestin telah bekerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti penerangan sambil mengumpulkan dana untuk disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui projek-projek yang dirancang. Aman Palestin juga bekerjasama dengan pihak media dan penerbitan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV 3, RTM dan TV 9 dengan matlamat mengumpulkan dana bagi membantu pelarian Palestin yang sedang menghuni kem-kem pelarian di Lubnan dan Syria serta rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Semoga usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menjadi amal kebajikan yang memberi kemurahan rezeki yang berpanjangan. Selamatkan Gaza!.
Nadzri Munsman ialah Perunding AMAN PALESTIN

20080204
Alat Pengesan Kamera Tersembunyi Semurah RM 90
Saya tidak sangka ianya semurah itu. Sebelum ini dikatakan ianya sekitar RM 1000 ke RM 1500. Nampaknya ada yang ambil untung atas angin. Kini kita boleh memiliki alat Pengesan Kamera Tersembunyi pada harga kurang dari RM 100. Kepada remaja perempuan dan golongan wanita saya syorkan belilah alat ini sebagai salah satu langkah keselamatan untuk menjaga kehormatan diri. Sila hubungi Sdr Mohammad Nooh Tel 012-2956654 atau E-mel deanfiero_returns@yahoo.com atau layari laman web http://ultraconsulting.org
Terima kasih kepada Saudara Mohammad Nooh yang telah menghubungi saya.

20080203
Sah , Pelajar Melayu tak minat Sains Angkasa
Ramai antara kita mungkin tidak tahu bahawa sekarang ini sedang berlangsung Program Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Space Adventure – MISA) di Precinct 5, Putrajaya sejak 15 Disember 2007 yang lalu sehingga 16 Mac 2008 ini.
Pada saya MISA ini adalah satu pameran yang dapat memupuk minat para pelajar untuk lebih seronok mempelajari sabjek Sains, Astronomi, Bahasa Inggeris, Kejuruteraan Mekanikal dan sebagainya. Bahan pamerannya didatangkan dari Amerika Syarikat dengan kerjasama NASA. Peluang sebegini sukar untuk kita perolehi, tidak seperti melawat zoo, muzium dan lain-lain tempat di Malaysia ini yang kita boleh lawati sepanjang tahun.
Menurut maklumat yang diterima yang banyak membuat rombongan sekolah ke MISA ini kebanyakkannya ialah Sekolah Cina , Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa. Sekolah Kebangsaan yang majoritinya pelajar melayu boleh dibilang dengan jari.
Di mana silapnya, pelajar Melayu hingga tidak minat untuk pergi ke MISA. Adakah yurannya mahal ? Pada saya tidak, kalau nak pergi ke LIMA Langkawi , belanjanya jauh lebih mahal. Kalau nak buat rombongan ke Medan , Indonesa pun, lebih banyak belanjanya.
Adakah pihak sekolah, pihak Kementerian Pelajaran, pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak Kementerian Penerangan tidak mempromosikan program ini sungguh-sungguh seperti mempromosi program Perkampungan Hadhari sedangkan MISA ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan ? Tanyalah mereka semua.
Bagi kita yang telah tahu kebaikan pameran MISA ini , marilah kita sama-sama mempromosikannya. Bagi mereka yang mampu, marilah kita luangkan masa ke seana bersama anak-anak kita. Bagi pihak sekolah dan PIBG bolehlah menggalakkan sekolah membuat rombongan ke MISA.
Untuk maklumat lanjut program ini bolehlah layari laman web mereka di www.misa.com.my atau e-mel MISA@adsuria.com , Tel 03-40247009 , Fax 03-40247008

20080201
JOM CEGAH PENCULIKAN KANAK-KANAK
APAKAH RISIKO KANAK-KANAK DICULIK ?
Kanak-kanak tanpa mengira umur dari bayi hinggalah ke peringkat remaja boleh diculik di mana sahaja oleh sesiapa sahaja.
Antara tempat boleh berlaku penculikan ialah seperti taman permaianan, pusat membeli belah, pasar malam , cybercafe , luar kawasan sekolah, di halaman rumah malah di perkarangan tempat ibadah seperti masjid dan kuil.
SIAPAKAH YANG TERBAIK UNTUK MELATIH ANAK-ANAK ?
Ibu bapa adalah mereka yang terbaik untuk mengajar anak-anak langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa penculikan.
Ketahui aktiviti harian anak-anak anda, di mana dia bermain, berjalan-jalan dan sebagainya dan dengan siapa.
APA YANG ANDA PERLU AJAR ?
Beritahu anak-anak anda supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa pentingkan keselamatan diri.
Pastikan anak-anak memberitahu ke mana dia hendak pergi, sekiranya ada perubahan rancangan hendaklah diberitahu segera. Ajar anak-anak anda untuk meminta izin untuk pergi ke mana-mana luar dari rumah.
Anak-anak mesti tahu nama penuh mereka, nombor talipon rumah dan ibu bapa mereka, dan talian kecemasan 999 atau Talian NUR 15999 atau balai polis berhampiran. Pastikan anak anda tidak bermain dengan talian kecemasan.
Paparkan dengan jelas maklumat ini di rumah anda.
Latih anak-anak menggunakan talipon bimbit, talipon rumah dan talipon awam.
Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah pastikan mereka boleh dipercayai dan anda mempunyai salinan lengkap butiran peribadi pembantu rumah anda
Sentiasa berhubung dengan jiran anda sekiranya anak-anak anda ada di rumah jiran anda.
Jangan tinggalkan anak-anak sendirian di pusat membeli belah, panggung wayang, cybercafe atau taman permainan.
Beritahu anak anda jangan sekali-kali melayan orang yang tidak dikenali yang ingin bertanyakan arah jalan atau sesuatu.
Jangan tinggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta.
Jangan benarkan anak-anak mendekati kenderaan yang pemandu atau penumpangnya mereka tidak kenali.
Pastikan anak-anak memberitahu anda sebelum menerima sebarang pemberian hadiah , makanan, minuman walaupun dari orang yang mereka kenali.
Pastikan anak-anak anda tidak menerima sebarang pemberian hadiah , makanan, minuman dari orang yang mereka tidak kenali.
Apabila di rumah pastikan pintu rumah sentiasa dikunci.
Jika ada panggilan talipon dari mereka yang tidak dikenali bertanyakan ada sesiapa di rumah suruh mereka letak talipon segera.
Jangan biarkan anak anda membuka pintu atau tingkap rumah sekiranya ada sesiapa yang tidak dikenali mengetuk pintu walaupun mereka mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis, bomba dan sebagainya.
KESELAMATAN PERJALANAN KE SEKOLAH
Kenal pasti laluan anak-anak ke sekolah dan beritahu mereka tempat yang mempunyai risiko untuk dielakkan seperti lorong sunyi, rumah tinggal dan sebagainya.
Pastikan anak-anak pergi ke sekolah dengan kawan yang anda kenali samada berjalan kaki, menunggang basikal, menunggu bas atau menaiki bas sekolah
Ajar anak anda untuk menjerit seperti “Tolong, Ini bukan ayah saya atau Ini bukan ibu saya”, sekiranya mereka sudah mula hendak diculik, ditarik dalam kereta atau berada dalam pengangkutan awam.
REKOD ANAK-ANAK ANDA
Sentiasa simpan butiran peribadi terkini anak-anak anda termasuk cop jari mereka dan contoh DNA mereka jika ada kemudahan tersebut
Ambil gambar warna anak anda setiap enam bulan
Simpan rekod perubatan anak anda, terutama rekod pergigian

Cubaan culik pelajar Sek Tmn Tuanku Jaafar, Senawang
Jiran saya memaklumkan pada 30 Januari 2008 telah berlaku satu kejadian cubaan menculik pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Senawang, di luar kawasan sekolah, di luar masa sekolah. Menurut cerita , saspek berjaya melarikan diri dengan Kereta Kancil berwarna putih, bercermin gelap.
Cerita sebenar mengenai kejadian ini masih disiasat.
Walau bagaiamanapun dinasihatkan semua pihak jangan panik, jangan menuding jari antara satu sama lain. Sama-sama kita menjaga keselamatan anak-anak kita, dan anak-anak jiran dan anak-anak teman kita. Sama-sama kita bekerjasama antara ibu bapa, jiran, pihak sekolah, PIBG, Jabatan Pelajaran dan PDRM.
Berikan kerjasama kepada pihak polis sepenuhnya, bantu mereka dengan menyalurkan maklumat yang tepat. Sama-sama kita menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.
Sekiranya terdapat kesilapan fakta dalam kes ini harap dimaklumkan.

Langgan:
Catatan (Atom)