KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080221

Kempen , Kempen , Kempen

Sekarang musim pilihanraya. Saya pun nak ambil kesempatan ini untuk berkempen. Tapi bukan untuk berkempen undilah saya , saya tidak bertanding tahun ini. Tapi saya nak berkempen supaya galakkan pelajar-pelajar sekolah pergi ke Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia (MISA) di Putrajaya yang sedang berlangsung sekarang. Saya juga galakkan supaya calon-calon yang bertanding tak kiralah dari PAS ke , PKR ke , UMNO ke supaya menggalakkan anak-anak ahli dan penyokong masing-masing ke MISA. Alhamdulillah, insyaAllah anak saya akan menyertai rombongan ke MISA yang dianjurkan oleh sekolah dia , Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah , Seremban pada 1 Mac 2008 ini. Rugilah orang Negeri Sembilan tidak pergi ke MISA di Putrajaya. Apa ke tidaknya , angkasawan negara Sheikh Muzaffar orang Seremban , Khairy Jamaluddin orang Rembau , Hj Mohd Taufek Abdul Ghani orang Paroi , Cikgu Badrul Hisham Shaharin pun orang Rembau. Kempenlah ke MISA , Putrajaya. Kalau boleh biar semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan, khususnya dari Rembau dapat pergi ke MISA di Putrajaya, kerana pameran ini akan berakhir pada 16 Mac 2008.