KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080201

Cubaan culik pelajar Sek Tmn Tuanku Jaafar, Senawang

Jiran saya memaklumkan pada 30 Januari 2008 telah berlaku satu kejadian cubaan menculik pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Senawang, di luar kawasan sekolah, di luar masa sekolah. Menurut cerita , saspek berjaya melarikan diri dengan Kereta Kancil berwarna putih, bercermin gelap.

Cerita sebenar mengenai kejadian ini masih disiasat.

Walau bagaiamanapun dinasihatkan semua pihak jangan panik, jangan menuding jari antara satu sama lain. Sama-sama kita menjaga keselamatan anak-anak kita, dan anak-anak jiran dan anak-anak teman kita. Sama-sama kita bekerjasama antara ibu bapa, jiran, pihak sekolah, PIBG, Jabatan Pelajaran dan PDRM.

Berikan kerjasama kepada pihak polis sepenuhnya, bantu mereka dengan menyalurkan maklumat yang tepat. Sama-sama kita menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.

Sekiranya terdapat kesilapan fakta dalam kes ini harap dimaklumkan.