KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090415

Bangkitlah Melayu Rembau

Tertarik dengan tajuk muka depan Utusan Malaysia 15 April 2009 bertajuk “Bangkitlah Melayu”. Saya nak tambah pula “Bangkitlah Melayu Rembau”.

Sekarang ini banyak tanah-tanah orang Melayu di Rembau akan diambil oleh kerajaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 ( Seksyen 10 ) untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dan Cadangan Naiktaraf Jalan ke Gunung Datuk.

Malah saya pun terlibat, ramai orang Melayu Rembau lain terlibat. Saya nak tengok sendiri berapa pampasan kerajaan yang akan atau telah berikan kepada Melayu Rembau.

Berapa ringgit satu kaki persegi ? Adakah sama dengan tanah milik orang Cina di Seremban , Cheras , Kajang dan sebagainya yang dibeli untuk tujuan kepentingan umum yang sama.

Kalau pampasan dibayar kepada orang Melayu Rembau lebih rendah daripada orang Cina Seremban , orang Cina Kajang, tak payahlah pemimpin-pemimpin politik Melayu melaung-laungkan “Bangkitlah Melayu” , “Bersatulah Melayu”

Saya nak tengok adakah pampasan yang kerajaan akan berikan nanti boleh saya beli tanah dengan keluasan yang sama , tempat strategik yang sama dan seterusnya.

***************************
BANGKITLAH MELAYU
Utusan Malaysia 15 April 2009

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tiada ulasan: