KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090404

Pejabat YB jadi gelanggang silat



Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu majlis pengiktirafan satu pertubuhan silat di perkarangan pejabat ADUN Paroi YB Hj Mohamad Taufek ( http://mohdtaufek.blogspot.com/ ) . Tidak sampai sebulan , anak murid di kawasan Taman Tasik Jaya mencapai 40 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Apa yang menariknya ibu bapa turut hadir memerhatikan anak-anak mereka berlatih.

Para remaja dan belia memang dahagakan aktiviti sebegini, tetapi tidak banyak pihak yang tampil ke hadapan membantu usaha-usaha begini. Mungkin ianya bukan satu aktiviti yang menguntungkan dari segi wang ringgit tetapi menguntungkan untuk membina remaja yang berakhlak mulia dan sihat secara tidak langsung mengelakkan aktiviti kurang sihat, melepak dan sebagainya.

Saya juga berkesempatan berbual dengan Guru Utama pertubuhan seni silat tersebut. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama.

Salah satu kisah yang dikongsi terdapat pada pautan berikut http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=1151

1 ulasan:

weber berkata...

boleh bagitau ke persatuan silat ape tu..?

elok la bersilat.. khazanah melayu zaman berzaman.. daripada join yoga..