KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090506

Mat Rempit tak selesai dengan Seminar, Forum

Gejala Mat Rempit yang ganas (sebilangan kecil sahaja, tidak semua), gejala sosial dan lain-lain tak akan selesai selagi tak turun padang selesai masalah. Budaya di Malaysia ini terlalu banyak Seminar, Bengkel, Forum, Diskusi, “Brainstorming”, Ceramah dan lain-lain. Tapi terlalu kurang yang hendak turun padang memberi nasihat, memberi kaunseling, menganjurkan program untuk para remaja, belia dan Mat Rempit ini.

Semua harapkan kewangan kerajaan bila nak anjurkan sesuatu program. Nak anjur Konvoi Motosikal harapkan bantuan kerajaan, harapkan komisyen, harapkan subsidi.

Bilangan sukarela yang turun padang yang berjumpa dengan mereka yang bermasalah ini, yang menganjurkan program untuk mereka ini terlalu sedikit.

Selagi orang Malaysia , orang Melayu khususnya tidak minat kerja sukarela, tidak sanggup berkorban wang ringgit untuk bersama dengan kerajaan (tak kiralah kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Rakyat) , tak sanggup berkorban tenaga dan masa untuk bersama NGO atau pertubuhan sukarela menangani 1001 macam gejala sekarang ini di Malaysia, jangan mimpi gejala buruk ini akan ada penyelesaiannya.

Jadi mula-mulalah turun padang. Kurangkan berseminar, berforum, berdiskusi, berkenyataan akhbar dan sebagainya.

Kalau tak sanggup turun padang, salurkanlah kewangan pada pelbagai persatuan dakwah dan sukarela yang sentiasa mengharapkan bantuan kewangan, lebih-lebih lagi persatuan atau pertubuhan yang sukar hendak mendapat bantuan daripada kerajaan.

Saya beri satu contoh di kampung saya iaitu di Kg Sg Layang dalam DUN Kota di Parlimen Rembau. Ada satu Gelanggang Rakyat yang terdapat beberapa gelanggang sukan yang baru dibina dengan kos sekitar RM 100,000.00. Tapi saya dapati ianya sekarang tidak terurus.

Nak salahkan siapa ? Salahkan kerajaan atau salahkan rakyat yang sentiasa mengharapkan kerajaan untuk mensubsidi setiap aktiviti yang dianjurkan kerana rakyat telah dididik untuk bergantung sepenuhnya pada kerajaan bukan pada Allah yang memberi rezeki ?

Dulu kata remaja tak ada tempat untuk bersukan, jadi dibuatlah gelanggang rakyat. Setiap DUN ada 1 atau 2 gelanggang rakyat. Sekarang bila dah bina gelanggang rakyat , ianya tidak terurus.

Beberapa pautan mengenai Gelanggang Rakyat :

Sebanyak 72 lagi gelanggang rakyat bagi fasa kedua akan dibina di Negeri Sembilan secara berperingkat mulai Ogos ini bagi kemudahan masyarakat tempatan terutama golongan belia untuk beriadah, berinteraksi dan bersukan.
http://www.gofutsal.com/modules/news/article.php?storyid=1993

PEMBINAAN GELANGGANG RAKYAT

Pembinaan Gelanggang Rakyat di Taman Bahau dan Palong 1. Dengan pembinaan gelenggang rakyat di Taman Bahau dan Palong 1 memudahkan golongan belia menyertai secara aktif dalam aktiviti sukan seperti Futsal, Bola Keranjang dan badminton. Gelanggang ini dengan usaha YB V.S. MOGAN ADUN JERAM PADANG dalam kos RM 100,000 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
http://vsmogan.blogspot.com/2009/03/gelenggang-rakyat.html

117 Gelanggang Sukan Rakyat KBS Dijangka Siap Akhir Tahun Depan
http://medkom.my/berita/117-gelanggang-sukan-rakyat-kbs-dijangka-siap-akhir-tahun-depan.html

Tiada ulasan: