KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090523

Perlu MyKad untuk beli arak di 7 Eleven. Kedai Judi ?

Beberapa akhbar melaporkan kedai 24 jam 7-Eleven akan memperketatkan kawalan penjualan arak. Antaranya memerlukan pembeli menunjukkan MyKad untuk membuktikan pembeli adalah bukan Islam dan bukan bawah umur. Menambah pekerja bukan Islam untuk mengendalikan penjualan arak.

Islam tidak halang bukan Islam untuk minum arak. Tetapi perlu hormat kepada pengguna dan pekerja Islam. Alhamdulillah 7 Eleven telah mula mendengar keluhan umat Islam.

Walaubagaimanapun Kempen Boikot 7 Eleven akan diteruskan sehingga apa yang dikatakan , dikotakan dan dilaksanakan. Nampaknya sedikit sebanyak kempen boikot ini ada kesannya. Maklumat lanjut Kempen Boikot 7 Eleven pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/05/jom-boikot-7-eleven-sayangkan-bangsa.html

7 Eleven telah mula sensitif dengan perasaan umat Islam. Bagaimana dengan kedai judi berlesen di pekan Rembau (Magnum), di pekan Senawang yang bebas dilanggani oleh umat Islam dan orang Melayu ? Tidak ada langsung penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan bantuan pihak polis. Walhal di pekan Rembau kedai judi tersebut berhampiran dengan Pejabat Agama Islam dan Balai Polis, dan di pekan Senawang ianya di tepi jalan laluan orang ramai dan kawasan majoriti Islam serta laluan pelajar sekolah rendah yang berhampiran.

Sebelum ini penggunaan troli yang diiklankan arak seperti di Giant Senawang telah dibangkitkan. Setelah diberi kesedaran pada umum barulah tiada lagi iklan arak pada troli. Berita pasal troli iklan arak di Giant Senawang pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2006/06/tiada-lagi-troli-arak-di-giant.html

Umat Islam semua perlu bangkit mempertahankan maruah mereka sendiri. Jangan serahkan bulat-bulat tanggungjawab ini kepada pemerintah, kepada penguatkuasa, kepada pengusaha.

Semua perlu bangkit mempertahankan maruah melalui pelbagai cara, diplomasi, nasihat, rundingan, dailog, bantahan, boikot, demonstrasi, berdoa, solat hajat. Tapi bukan dengan hanya berpeluk tubuh dan berangan-angan.

***********************************
IC may be needed to buy liquor at 7-Eleven
Friday May 22, 2009

SHAH ALAM: Consumers wishing to buy liquor at 7-Eleven outlets may be required to show their identity cards.

7-Eleven Malaysia executive director Ng Su Onn said the move was among several steps to be implemented at the outlets of the convenience store chain so as to be more responsible to the sensitivities of Muslims.

“We are also considering employing more non-Muslims at 7-Eleven outlets,” he told reporters after meeting Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, the Liquor Merchants Association, Liquor Retail and Wholesale Association, consumer associations, residents associations and community leaders here yesterday.

Ng said the company had 1,037 outlets and employs 8,000 workers, of whom 7,500 were Muslims.

He said the company was always strict on the sale of liquor to Muslims and those below 18.

“We do not compromise with our staff who sell liquor to Muslims and in the past we have sacked workers for doing so,” he said.

He added that as much as the company was sensitive to Muslims, it also had a responsibility to cater to the needs of the non-Muslims. — Bernama
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2009%2F5%2F22%2Fnation%2F3961031

1 ulasan:

weber berkata...

tak patut kalau kita rasa puashati dengan 'statement' 7E ni..
tunjuk MyKad... tambah pekerja non-Muslim..
nampak macam cantik.. tapi sebenarnya menjahanamkan jugak..
arak patut jual di kedai arak shj..
bukan pasaraya..bukan 7E..bukan mnimarket.. bukan kedai runcit...

ingat budak jaga kaunter 7E tu bodoh sangat ke.. diorang tahu la mana satu orang Islam... tapi dah orang nak beli.. takkan nak marah 'customer' plak... walaupun mamat yang beli arak tu pakai kopiah sekalipun...

oh ye.. orang besar NS towkey kilang arak.. tak heran la...