KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101224

Bala. Leka berpolitik, wabak denggi pun tak kisah


Semangat kekampungan, kejiranan, persaudaraan sesama kita semakin luntur. Buatlah gotong royong ke, skim rondaan sukarela ke, hakikatnya, 2-3 kerat sahaja yang ambil bahagian. Selangor negeri paling teruk di Malaysia wabak denggi (semak sendiri fakta di laman web Kementerian Kesihatan). Dah wabak pun, penduduk tak kisah nak buat gotong royong. Mungkin wabak ni bukan bala agaknye?

Artikel saya sebelum ini mengenai Gotong Royong Kubur pun orang kita tak minat lagi dah di http://waghih.blogspot.com/2010/07/semangat-gotong-royong-melayu-makin.html

****************
HANYA 5 PENDUDUK SERTAI GOTONG-ROYONG

Harian Metro 24 Dis 2010

SUBANG JAYA: Sikap mementingkan diri masyarakat yang tidak mahu keluar bergotong-royong yang dianjurkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi punca persekitaran tidak bersih seterusnya menggalakkan pembiakan aedes.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Mohd Ikshan (gambar), berkata melalui gotong-royong pada November lalu di SS15, hanya lima penduduk yang keluar bekerjasama membersihkan persekitaran dan selebihnya warga MPSJ dan syarikat Rentokil.

Katanya, hingga 11 Disember lalu bilangan kes denggi dilaporkan 1,320 kes iaitu 766 kes positif dan enam kematian.

“Kami mengeluarkan 1,141 kompaun kerana kesalahan pembiakan aedes di kawasan rumah dan persekitaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh MPSJ di sini.

Adnan berkata, pihaknya akan terus mengadakan gotong-royong antidenggi bersama penduduk bagi mengelakkan kes denggi meningkat dan meminta kerjasama penduduk untuk menanganinya.

Menurutnya, majlis turut mengadakan operasi aedes di Puchong Perdana dan mendapati 26 tempat pembiakan aedes termasuk 11 pada operasi khas di flat Puchong Permai.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hanya5penduduksertaigotong-royong/Article/index_html

Tiada ulasan: