KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140430

Ulamak kampung, yang hubungkan Rembau dan Siak




Terlalu amat sukar sekarang kita nak jumpa ulamak-ulamak seperti ini.

Shaykh Muhammad Harith bin Ahmad
- Dilahirkan di Kampung Nerasau, Rembau antara tahun 1905 hingga 1906, dari suku Batu Hampar, berkahwin dengan Hajjah Mariam binti Joned.
- Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Penajis.
- Mempunyai kecerdasan yang agak mengagumkan terutama dalam bidang matematik. - -- Pernah bertugas di Kendong Estate, Kota, pemilik estet yang berbangsa Inggeris.
- Beliau adalah murid tua kepada Shaykh Muhammad Said al-Linggi, pengembang Tariqat Ahmadiyyah.
- Berulang-alik ke Ampangan, Seremban untuk berguru kepada Shaykh Abdullah, anak kepada Shaykh Muhammad Said al-Linggi.
- Menyara kehidupan dengan menjalankan perniagaan membeli getah di kedai bapa mertuanya yang terletak berhampiran dengan padang Sekolah Melayu Astana Raja.
- Kelibat Shaykh dikatakan tidak setempat. Sekejap di Seremban, sekejap di Melaka. Semuanya dalam keadaan berbasikal. Menunggang sangat laju. Mendaki bukit sama seperti menurun bukit lajunya.
- Walaupun mengajar di Melaka, Shaykh tetap mengajar di kampungnya sendiri dan kampung-kampung lain yang menghilir ke Melaka seperti Kampung Sawah Raja, Kampung Titian Akar dan Kampung Titian Bintangor.
- Shaykh bersama beberapa orang anak muridnya telah menyeberang Kuala Linggi menuju ke Siak. Perahu mereka dikejar oleh kapal penjajah. Shaykh mengangkat serbannya seolah-olah memberi isyarat tertentu. Dengan tiba-tiba turun hujan ribut di sebelah kapal penjajah Belanda sedangkan perahu yang dinaiki Shaykh berada dalam keadaan cuaca sangat yang baik dengan angin semakin kencang mempercepatkan perjalanan mereka menuju ke Selat Bengkalis.
- Sebelum berpindah, Shaykh pergi menghadap Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan tujuan untuk mendapat surat akuan daripada baginda. Shaykh juga telah menerima surat sokongan dari Haji Ipap yang merupakan Undang Rembau. Surat-surat itu kemudiannya dipersembahkan kepada pemerintah Siak pada masa itu iaitu Sultan Sharif Kassim.
- Keberadaan Shaykh di Siak telah mewujudkan hubungan erat dua hala antara Siak dan Rembau.
- Sekitar bulan Disember 1947, Shaykh menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan ratusan orang muridnya. Jenazahnya telah dikebumikan betul-betul di hadapan mihrab masjidnya seperti yang diwasiat kepada anak muridnya.

20140429

KULIAH HADITH 40


Bersama Al Fadhil Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 2 Mei 2014, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20140428

Loghat Negeri Sembilan sama dengan loghat Siak




Mungkin ramai yang tidak mengetahui loghat Negeri Sembilan sebenarnya adalah mirip dengan loghat Siak di Sumatera. Orang Rembau pada awalnya ramai berasal dari Siak yang datang ke Rembau pada awal kurun ke 13. Ada suku-suku di Rembau yang sama namanya dengan suku-suku di Siak, seperti suku Tanah Datar.  

Itu sebabnya Bahasa Minang tak sama dengan loghat Negeri Sembilan.

Perbilangan adat , “ Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau” bermaksud Yamtuan Besar Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau, mendapat perkenan Sultan Johor, ditabalkan di Rembau yang mempunyai pertalian rapat dengan Siak.

Tak cayo? Cubolah buek lawatan ke Siak lopeh ni.

Lopeh ni bulehlah artis W.A.R.I.S buek lagu pasal Ghombau dan Siak. Rupanya kita di Negeri Sembilan ini merupakan Pendatang Asing.

20140425

Guna duit BR1M untuk berjudi

Perlukah diletakkan syarat mereka yang menerima BR1M, bantuan zakat, bantuan JKM, biasiswa dan seumpamanya perlu menandatangani akujanji serta bukan kaki judi, kaki arak, kaki rokok, kaki lepak, kaki betina?

Guna duit BR1M untuk berjudi

25 Apr 2014 - Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.

"Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).

20140423

Sudah Terantuk Entah Berapa Kali Dah, Baru Nak Terngadah




Apa pun, “Better Late Than Never”

Jalani ujian air kencing setiap hari

22 April 2014 - Semua pemandu bas ekspres wajib menjalani ujian air kencing yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) setiap hari di terminal-terminal bas di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, ujian tersebut bertujuan memastikan para pemandu bas berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada dadah sebelum membawa penumpang.

20140422

Adakah sekarang polis musim melakukan saman lalulintas, trafik?

2 minggu lepas terima surat saman trafik PDRM diposkan ke rumah saya. Ianya kereta saya yang digunakan oleh rakan saya di Tampin. Semalam terima lagi surat saman trafik PDRM, ianya kereta saya yang digunakan oleh anak saya di Johor Bharu. Salah memang tetap salah lah. Cuma harap semua berhati-hati, dan bertimbangrasa apabila berada di jalanraya atau meletakkan kenderaan. Biarlah kita keluar duit 10 sen ke, 30 sen ke untuk parking meter, atau parking jauh sikit untuk mengelakkan saman dan kita tidak menghalang lalulintas atau membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

20140420

Kupon Derma Surau Sekolah Menengah Agama Rembau

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembesaran Surau Sekolah Menengah Agama Rembau yang terletak di pekan Rembau bolehlah menghubungi pihak sekolah di talian tel 06-6852404 atau faks 06-6853670 .

Atau boleh mengambil kupon derma melalui saya hanya RM5 untuk satu kupon dengan menghubungi saya di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com atau PM di www.facebook.com/Rozmal

20140417

KULIAH MAGHRIB Bersama Ustaz Mohd Fuad Othman




KULIAH MAGHRIB
Bersama Ustaz Mohd Fuad Othman
Sabtu 19 April 2014
Selepas solat Maghrib
Di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Pemimpin cium tangan rakyat


MASYAALLAH, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mencium tangan seorang buruh kasar di Gaza. Ismail berkata tangan tersebut dikasihi ALLAH dan RasulNya. Rakyat Palestin amat tersentuh dan menyayangi Perdana Menteri mereka yang amat merendah diri semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH dan mendoakan agar Perdana Menteri mereka dinaikkan darjat.

Pelancaran Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan


20140412

Tentera Udara Indonesia amat sensitif jaga ruang udara mereka


Gambar ini bukan lakonan, tetapi ialah situasi sebenar. Juruterbang warga emas dari Eropah berusia 60 tahun yang membawa pesawat kecil tidak bersenjata telah dipintas oleh jet pejuang F-16 TNI-AU hanya kerana tersilap masuk ruang udara Indonesia kerana mengelak ribut dalam perjalanan dari Sri Lanka ke Singapura. TNI-AU tidak mengambil sebarang risiko, sebarang pesawat, walaupun kecil dan dibawa oleh seorang tua perlu dipintas untuk disiasat.

Ini bukan kali pertama TNI-AU memintas pesawat yang tidak dikenal pasti di ruang udara mereka.

Disergap F-16 Milik TNI AU, Pilot Heinz Peier Mengaku Kaget
10 April 2014

Pilot pesawat sipil berpenumpang tunggal, Heinz Peier (60) mengaku sempat terkejut ketika pesawatnya disergap oleh pesawat tempur F-16 milik TNI AU. Hal ini karena ia sama sekali tidak mengetahui jika pesawat jenis Swearingen SX300 yang dipilotinya sudah memasuki batas udara Indonesia.

Kepada wartawan Peier mengaku jika dirinya melakukan perjalanan dari Colombo, Sri Lanka menuju Singapura. Diduga ia memasuki wilayah Indonesia tanpa sengaja karena menghindari badai.

Diketahui, Heinz Peier dipaksa mendarat di Lanud Soweondo oleh pesawat tempur TNI AU setelah terdeteksi memasuki wilayah udara Indonesia tanpa izin.

Ada masjid di Rembau tiada Bilal dan Siak yang dilantik kerajaan


Saya dikhabarkan ada masjid di Rembau ini yang tiada bilal dan siak yang dilantik oleh kerajaan negeri. Temuduga telah dilakukan, tetapi perlantikan belum dapat dibuat kerana dikhabarkan sistem maklumat sedang dikemaskini.

Harap pihak berkaitan memberikan sumber manusia, kakitangan, kelengkapan komputer, gaji yang secukupnya agar pengurusan masjid di Negeri Sembilan ini berjalan lancar.

Ini adalah kerana pada pengamatan saya masjid-masjid di N.Sembilan ini, khususnya di kawasan kampung banyak yang mati dari majlis ilmu dan solat jemaah seperti yang saya nukilkan sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Maju betul Rembau, dah ada KFC !


Maju betul Rembau sekarang ini, dah ada stesen keretapi, ada stesen komuter, mungkin tak lama lagi ada stesen keretapi laju Singapura-KL, sekarang dah ada pula KFC, 3 tingkat pula tu KFC di Rembau ni.

Bukan nak bangga, tapi amaran kepada orang Rembau ! Warga asing berebut-rebut beli hartanah di Rembau, pusat ibadah bukan Islam pun bukan main gah lagi di tepi stesen komuter Rembau dan tepi jalan utama Seremban-Rembau, tapi kita orang Rembau berebut-rebut biarkan rumah dan tanah terbiar di Rembau.

Makin banyak projek perumahan eksklusif di Rembau. Warga asing kalau beli RM 1 juta, duit mereka baru 300,000 saja.

Fikir-fikirkan, mampukah anak-anak kita miliki bukan rumah banglo malahan rumah teres di Rembau selepas ini?

Polis mungkin silap saman hadlaju di Rembau


Kepada pengguna jalanraya , dari jalan lama Seremban ke Rembau yang disaman sebelum stesen timbang JPJ di Pedas (Wetworld Pedas) berhampiran laluan KTM kerana melebihi hadlaju 50 km/j kemungkinan saman ini tidak sah.

Ini adalah kerana menurut sumber yang boleh dipercayai papantanda 50 km/j tersebut diletakkan oleh pihak KTM bukannya oleh pihak yang sepatutnya meletakkan papantanda hadlaju, dan hadlaju 50 km/j di kawasan tersebut belum digazetkan.

Apabila ianya belum digazetkan maka saman melebihi 50 km/j dan kurang dari hadlaju jalan persekutuan adalah terbatal sepatutnya.

Ini berlaku mungkin salah faham antara PDRM, KTM dan JKR.

Kita harapkan pihak PDRM dapat memperjelaskan isu saman yang mengelirukan ini.

Kepada mereka yang disaman di kawasan ini harap bersabar sehingga maklumat lanjut diperolehi.

Yang penting pandu cermat, di bawah hadlaju jalan persekutuan serta sentiasa baca doa perjalanan.

20140411

BONGEK BERSELAWAT 26 APRIL 2014, SABTU



Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Satu program yang amat jarang ditemui di Negeri Sembilan yang membariskan para ulamak tempatan antaranya :
Tuan Guru Haji Abdul Raof Nurin
Ustaz Haji Khushairi Hamdan
Dr Haji Shuhadak Mahmud
Ustaz Sofhan Abdul Halim

Semua dijemput hadir. Maklumat lanjut di http://madrasahbongek.blogspot.com