KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140902

Di Rembau sepatutnya tak berlaku kes pelajar tak mampu ke IPTA



Terima kasih kepada semua pihak yang amat prihatin dengan kes seorang pelajar dari keluarga miskin di Kota, Rembau ini yang tak mampu untuk jelaskan yuran untuk masuk IPTA. Malahan pihak IPTA tersebut turut memberikan kerjasama yang amat baik.

Sepatutnya kes begini tidak berlaku di Rembau yang begitu kaya dengan adat.

Tahu tak apa makna kita ada pelbagai suku di Rembau ini? Adakah sekadar seronok-seronok untuk tontonan kebudayaan?

Sistem suku dalam Adat Perpatih ini sepatutnya adalah juga menjaga kebajikan anak buahnya. Kita ada 12 suku saja di Rembau ini, mana yang tiada suku, boleh berkedim.

12 suku kita di Rembau ini ramai di luar Rembau yang bekerja di kotaraya malahan luar negara. Kalau mereka tahu ada ahli suku mereka dalam kesusahan pasti mereka akan bantu.

Oleh itu Ketua Adat sepatutnya diberi lebih peranan atau memainkan peranan untuk membantu anak-anak buah ini. Buat rangkaian dengan semua anak buah mereka dalam dan luar negara.

Anak-anak buah kita yang di luar Rembau ramai yang nak membantu, tetapi tidak tahu caranya.

Tolonglah seperkara lagi. Dalam kita hendak membantu anak buah kita, orang Rembau, tolong ketepikan isu politik.

Selagi mereka ini perlukan bantuan, bantulah kalau kita mampu. Janganlah tanya mereka parti apa, mereka undi siapa dulu.

Oh ya, pelajar tadi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu.

Saya kata kepada pelajar tadi, ini bukan kerja saya, ini kerja ALLAH. Kita bantu hanya sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH.

Tiada ulasan: