KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140928

Mari kita bersama bantu Saudara Razis


Saya telah berinteraksi bersama Saudara Razis pada 26 September 2014 melalui Whatsapp. Beliau ditimpa kemalangan jalanraya pada tahun 2010 lagi. Namun ALLAH belum mengizinkan beliau untuk pulih sepenuhnya. Beliau masih belum dapat berjalan seperti biasa walaupun dalam rumah sendiri. Beliau hanya mengharapkan sumber pendapatan dari isteri yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta. Beliau memerlukan perbelanjaan untuk rawatan susulan antaranya fisioterapi yang memerlukan kos RM 277 sebulan serta kos perbelanjaan lain.

Bantuan JKM telah diperolehi, bantuan Baitul Mal sedang dalam proses mengisi borang.

Kepada mereka yang ingin membantu membiayai kos rawatan fisioterapi ini bolehlah menghubungi Sdr Razis Abdul Razak di 018-3254797 .

Atau kepada mereka yang ingin secara sukarela untuk melakukan rawatan susulan kepada beliau dengan kepakaran yang ada juga adalah amat dialukan.

Kita yang sempurna sihat tubuh badan ini, rajin-rajinlah tolong mereka yang memerlukan, serta rajin-rajinlah ke masjid untuk solat dan dengar kuliah. ALLAH beri kita macam-macam nikmat, namun kita masih minta macam-macam lagi.

Di sini bermulanya sebuah cinta. Cinta kerana ALLAH.

*****************
10 jam terbaring dalam tandas
Harian Metro 21 Feb 2014

Seremban: Kecederaan akibat kemalangan mengakibatkan seorang lelaki kini terlantar dan lebih menyedihkan, dia pernah terbaring di dalam tandas lebih 10 jam kerana tidak mampu bergerak.

Mohd Razis Abdul Razak, 37, lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah, malah kedua-dua tangannya kebas dan mempunyai masalah saraf menyebabkan dia tidak berdaya mengangkat barang.

Perbelanjaan perubatan mencecah RM400 sebulan diuruskan isterinya yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta.

“Saya pernah terbaring dalam tandas lebih 10 jam. Sebelum itu, isteri membantu saya ke tandas jam 8.30 malam dan dia terpaksa bergegas ke tempat kerja. Saya tidak mampu bangun dan terpaksa menunggu isteri habis bekerja jam 7 pagi keesokannya.

“Kebiasaannya isteri pulang ke rumah apabila ada kelapangan untuk menyediakan makan minum selain menguruskan saya, namun apabila banyak kerja di hospital dia tidak boleh pulang maka saya akan uruskan diri sendiri,” katanya.

Tiada ulasan: